hilmirdadaud.blogspot.my

Vanila Cupcake..

| On
March 27, 2013
Assalammualaikum..

Hari ni Amy nak share resepi vanila cupcake yg Amy buat utk tempahan bulan lepas. Ini kali pertama Amy cuba resepi ni dan hasilnya memang sedap, anak-anak dan en hubby Amy pun suka.



Resepi ni Amy copy dari Mat Gebu. Terima kasih banyak2 kepada beliau kerana sudi sharekan resepi ni. Resepi ni utk setengah aduan. 




Vanila Cupcake..

BAHAN-BAHANNYA :-)

125 gram mentega
3/4 cawan gula perang @ soft brown sugar (ini pun mat rasa manis dah, boleh kurang skit lagi)
2 biji telur (satu ambil kuning sahaja)
1 cawan tepung gandum*
1 camca teh baking powder*(*satukan dan diayak)
1 camca teh serbuk vanillin (mat ganti dengan butter vanilla)
75 ml susu segar

ini resepi separuh
  1. Panaskan oven pada suhu 180C, alas acuan cup cake dengan paper cup atau guna cup yang keras. Ketepikan.
  2. Putat mentega dengan gula perang hingga gula hancur, masukkan telur dan terus memutar hingga berkrim. Perlahankan kelajuan, masukkan tepung yang telah diayak berselang seli dengan susu segar hingga habis, kacau rata.
  3. Akhir sekali masukkan esen vanilla, gaul rata dengan spatula. Isi dalam acuan 3/4 penuh. Bakar 25 minit atau hingga masak. Keluar dan sejukkan. Hias dengan buttercream atasnya mengikut kreativit anda. Boleh hidangkan...



Yang kat bawah ni pula resepi dr blog Ryo azhar. Tak kisahlah nak  salin yang atas atau yang bawah ni.. sama aje sebenarnya resepi ni. Amy guna brown sugar dan serbuk vanila dan memandai2 menambah parutan kulit lemon. Lemon tu sebenarnya amy ambik jus dia buat sirap gula untuk buttercream. Kalau tak... tak kuasa amy nak beli lemon semata-mata nak kan kulit dia aje.


Vanilla Cupcakes
by: ryo@ryoazhar.blogspot.com

Bahan2 :

  • 250 g butter
  • 1 1/2 gelas gula kastor
  • 3 biji telur
  • 2 gls tepung gandum
  • 1 tbs serbuk vanilla
  • 1 tbs baking powder
  • 150ml susu segar
Caranya :
  1. Panaskan oven
  2. Pukul mentega dan gula hingga kembang
  3. Masukkan telur satu persatu,pukul lagi
  4. Masukkan tepung,serbuk vanila,serbuk penaik dan susu
  5. Gaul adunan hingga rata,kemudian masukkan dalam piping bag.
  6. Picit adunan ke dalam bekas kek (cawan kek),guna sudu pun boleh,separuh bekas atau 3/4 cawan/
  7. Bakar  pada suhu 180'c selama 25-30 minit.
  8. Dah sejuk,boleh la hias dengan buttercream/choc ganache.

Selamat Mencuba..
1 comment on "Vanila Cupcake.. "

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts :)