Monday, 20 January 2014

Easy Moist Red Velvet Cake...

Assalammualaikum....

Sekejap aje dah masuk minggu ke 4 dalam tahun 2014 kan... Selalunya kalau hari Isnin aje rasa macam terkejar2 nak kemas rumah nak masak nak jemput anak sekolah pastu nak gi sekolah Kafa pulak... ada orang yang datang nak ajar mengaji lagi... pehhh penatnya, nasib baik hari ni nenek Amy ada. Dia datang minggu lepas jadi tak delah terkejar sangat sebab bab masak tu dia tolong setelkan hihihi.


Dah lama terperam sebenarnya entry ni kat dlm draf tu hari ni barulah ada masa nak menyengahnya hihihi. Hari ni Amy nak share resepi RV cake yang sangat sedap dan moist yang Amy buat untuk birthday en hubby. RV kali ni lebih sedap berbanding RV yang Amy buat sebelum ni. 

Resepi ni Amy ambik dr blog kak Ita dan blog Divacancook. Resepi ni sama cuma resepi kak Ita tepung dan gulanya lebih sikit. Ikutlah mana yang suka.... kalau nak kek yang tebal sikit cam Amy ni ikutlah resepi kak Ita, kalau nak yang rendah sikit boleh ikut resepi yang satu lagi tu. 

Kak Ita guna 2 loyang 8' Amy pulak guna 2 loyang 9'. Kalau rajin kek ni boleh buat 4 lapis tapi Amy malas nak potong so dia jadi 2 aje. Mula2 rasa cam tebal aje kek ni tapi bila dah masuk mulut sedap aje.



EASY MOIST RED VELVET CAKE


360 gm tepung gandum
1 sudu teh baking powder .... Amy letak 1 1/2.
1 sudu teh soda bikarbonate
1 sudu teh garam
2 sudu besar serbuk koko
400 gm gula halus
1 cawan minyak jagung
2 biji telur A
1 cawan buttermilk
2 sudu teh esen vanilla
1 sudu besar pewarna merah ~ ini bergantung pada pewarna yang digunakan... Amy ter...letak 2sb.
1 sudu teh cuka masakan
1/2 cawan air kopi / Nescafe panas ~ mesti letak untuk dapatkan kek yang lembab

Panaskan oven. Sediakan 2 loyang berukuran 8' (Amy guna 9'), sapukan mentega dan letakkan lapik kek ~ ketepikan

Dalam bekas, satukan dan ayak tepung, baking powder, soda , serbuk koko dan garam ~ ketepikan
Dalam bekas yang besar, satukan gula dan minyak
tambahkan telur, buttermilk, esen vanilla dan pewarna, gaul rata dengan whisk atau spatula
Tambahkan air kopi panas dan cuka masakan
Tambahkan bahan tepung yang di ayak sedikit-sedikit dan gaul adunan rata
Tuang adunan sama banyak dalam 2 loyang
Bakar dalam ketuhar selama 40 minit atau sehingga kek benar masak

cucuk ditengah kek dengan lidi untuk menentukan kek telah masak. Jika lidi keluar bersih dan licin, ini bermakna kek telah dibakar sempurna, jika tidak tambahkan lagi masa membakar.

Seperti biasa cream cheese frosting Amy ambik dr joyofbaking

Cream Cheese Frosting:


250g cream cheese, 
250g Mascarpone cheese,
1sk esen vanila
80g gula aising... diayak
1 1/2 (360 ml) cups cold heavy whipping cream (double cream) (35-40% butterfat) .... tuang sikit2 sehingga kepekatan dan rasanya sesuai ngan citarasa masing2.




The BEST Red Velvet Cake Recipe. Easy. Moist.

Ingredients
  • 2 cups all purpose flour
  • 1 teaspoon of baking soda
  • 1 teaspoon of baking powder
  • 1 teaspoon of salt
  • 2 Tablespoons unsweetened, cocoa powder
  • 2 cups sugar
  • 1 cup vegetable oil
  • 2 eggs
  • 1 cup buttermilk
  • 2 teaspoon of vanilla extract
  • 1-2 oz. red food coloring
  • 1 teaspoon of white distilled vinegar
  • ½ cup of prepared plain hot coffee (don’t skip this ingredient)
Instructions
  • Preheat oven to 325.
  • In a medium bowl, whisk together flour, baking soda, baking powder, cocoa powder and salt. Set aside.
  • In a large bowl, combine the sugar and vegetable oil.
  • Mix in the eggs, buttermilk, vanilla and red food coloring until combined.
  • Stir in the coffee and white vinegar.
  • Combine the wet ingredients with the dry ingredients a little at time, mixing after each addition, just until combined.
  • Generously grease and flour two round, 9 inch cake pans with shortening and flour.
  • Pour the batter evenly into each pan.
  • Bake in the middle rack for 30-40 minutes, or until a toothpick comes out clean. Do not over bake as cake will continue to cook as it cools.
  • Let cool on a cooling rack until the pans are warm to the touch.
  • Slide a knife or offset spatula around the inside of the pans to loosen the cake from the pan.
  • Remove the cakes from the pan and let them cool.
  • Frost the cake with cream cheese frosting when the cakes have cooled completely.
Notes
~TIPS~
Be sure to not overbake! Check the cake at 30 minutes as some ovens run really hot.
Cakes are really moist and you may need to refrigerate them to firm them up before stacking and frosting.
To bake cupcakes, bake for 18-20 minutes, checking at the 18 minute mark.



Kek ni tak sempat nak deco cantik2, lepas sapu cream cheese frosting en hubby dah tanya bila boleh kendurikan kek ni... apa lagi terus kena kendurilah nasib baik sempat ambik gambar.

Tak rugi tau mencuba resepi ni... senang dan sedap.




4 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...