hilmirdadaud.blogspot.my

Cerita bergambar kami di Labuan..... Part 1

| On
June 10, 2014

Assalammualaikum....


Bila en hubby bagitau kena gi Labuan... Amy pun apa lagi nak ikut, nak ikut.. kan cuti sekolah. Tak kira nak ikut jugak. Walaupun flight tak sama tetap nak gi jugak.

Kononnya nak buat n3 ni setiap hari so takdelah kes banyak gambar ceritanya tak ade.. siap guna wifi hotel + pinjam laptop opis en hubby lagi. Wifi terhegeh-hegeh... laptop pulak buat hal, akhirnya sampai rumah baru nak tulis... akhirnya cerita bergambar jugaklah akhirnya.


Disebabkan anaknya nak gi toilet last minute, ayahnya tertinggal kapal tobang pukul 9 pagi. ..hihihi. Nasib baik dapat naik ngan kami... Nasib baik ada.. economy dah full. 


Kami pulak kat belakang... 





Alhamdullilah... kami selamat sampai. Siap ada kaunter untuk kete sewa lagi. Sapa nak sewa kete bolehlah tanya ngan diorang. 


Kami ambik teksi untuk ke hotel.. tambang teksi punyalah mahal padahal dr airport ke hotel tu tak sampai pun 10 minit tambangnya RM15. Dari Puduraya ke rumah Amy kat cheras ni pun kalau yang bayar kat kaunter tu baru RM13.50.


Kat depan hotel... bederet kete ni. 


Dorsett Grand Labuan... Nasib baik en hubby sempat gi meeting kul 3 tu. 





Inilah rupa bilik kami... sampai aje terus kena kembur ngan budak2 ni.



Amy suka toilet ni... besar. Bath tub pun ada.







Saje aje dia letak kat situ nak suruh budak2 ni kendurikan. Satu Mr Potato tu RM13... tak pe, tak pe.. 



Nasib baik shopping complex tu depan hotel aje... ha hambik.


Dua tiga kali tengok harga roti ni macam tak caya aje. Terlupa nak beli roti masa kat KL punya pasal. Rotinya tak se moist n sesedap yang kat semenanjung punya.


Kami makan malam pun kat sebelah hotel tu aje, Medan selera Labuan. Mi hoon soto RM5, Nasi Goreng Cina RM7 dan kepak ayam 5pcs... RM2.50 satu. Air teh tarik, teh o ais limau, teh ais dan milo ais 2. Semua sekali RM32. 
2 comments on "Cerita bergambar kami di Labuan..... Part 1"
  1. waahhhh best nyer g labuan...sy thn lps cuma transit je kt situ ;-)

    ReplyDelete
  2. Bestnya tu. Tetiba dapat ke Labuan ya. Seronoklah jalan2 tu

    ReplyDelete

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts :)