hilmirdadaud.blogspot.my

Choc Chip Cookies...

| On
July 12, 2014
Assalammualaikum...

Hari ni Amy nak share resepi Choc Chip cookies yang Amy buat setiap tahun. Setiap kali buat mesti 4 aduanan pastu siap nak kena sorok lagi kalau tak belum raya dah abis kena kenduri.

Resepi ni Amy ambil dari adik ipar Amy bertahun-tahun dahulu pastu tak pernah pulak nak bertanya sapa tuan punya resepi. Terima kasih Amy ucapkan kepada tuan punya resepi kerana sudi berkongsi resepi yang menjadi kesukaan family Amy ni.


Choc Chip Cookies.


Bahan-bahan:

200g  butter (Amy guna buttercup),
140g brown sugar,
200g choc chip,
260g tepung superfine,
40g tepung jagung,
2 biji kuning telor,
1/2 sudu kecil emplex,
1/2 sudu kecil esen vanila.

Cara-caranya ;

1. Campurkan tepung superfine, tepung jagung dan emplex kemudian diayak... manalah tahu kot ada makhluk asing. 

2. Pukul butter dan gula sehingga sebati sahaja.

3. Masukkan kuning telur dan esen vanila. Sebatikan. Amy guna senduk kayu aje.

4. Kemudian masukkan tepung yang telah diayak tadi dan choc chip sikit sikit ke dalam adunan. Mula-mula adunan tu macam lembik aje, jangan risau... biarkan seketika  nanti dia akan ok.

5. Kepal-kepalkan dan buatlah bentuk apa yang suka kemudian bakar. 

p/s: Tepung gandum yang Amy gunakan untuk buat biskut telah Amy sangaikan terlebih dahulu dan diayak.

Selamat Mencuba.





2 comments on "Choc Chip Cookies..."
  1. Kalu x sangaikn tepung tu x pe ke kak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh aje... sangai tepung tu supaya biskut tahan lebih lama dan tepung tu lebih ringgan.. tu aje.

      Delete

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts :)