hilmirdadaud.blogspot.my

Red Pearl Cookies..

| On
July 13, 2014
Assalammualaikum...

Resepi biskut ni dah  bertahun dalam simpanan Amy tapi tak pernah lagi buat. Masa membelek-belek buku resepi Amy tu nampak pulak resepi ni. Bahan-bahannya semua ada, cara nak buat pun macam senang aje.... apa lagi.



Resepi ni Amy ambik dari forum cari tapi terlupa pulak nak tulis sapa punya resepi. Kepada tuan punya resepi terima kasih Amy ucapkan kerana sudi kongsikan resepi ni.

Biskut ni satu adunan dapat dalam 40-50 ketul bergantung kepada saiz ketulan yang ada buat... hihihi. Amy buat 4 adunan dapatlah dekat 200 ketul. 


Red Pearl Cookies.



Bahan-bahan;

150g butter,
150g tepung gandum,
75g gula kastor,
60g cornflakes,
50g choc chip,
25g badam nips,
1 sudu the seen vanilla.

Cara-caranya;

1. Pukul butter dan gula hingga sebati (jgn kembang) Amy guna senduk kayu aje.

2. Campur semua bahan kering. Kacau sebati guna senduk kayu.

3. Gunakan garpu, jemputkan aduan ke atas dulang pembakar. Amy  guna tangan aje tapi jangan kepal-kepalkan.

4. Sapukan kuning telor dan hias dengan ceri merah.

5. Bakar... suhu ikutlah kesesuaian  oven masing-masing.

p/s; badam nips tu Amy panggang dulu dlm oven siang2.


Selamat Mencuba... 






1 comment on "Red Pearl Cookies.."
  1. Simple... b5w sy berkenan dgn resepi choc chip akk tu...xtau bla nk buat..tp bkn utk raya just utk kudap2an ;)

    ReplyDelete

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts :)