hilmirdadaud.blogspot.my

Jemput-jemput Cicah Sardin dan Teh Lemon... Belum GST Tambang Teksi dah naik.

| On
March 21, 2015
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera..

Petang tadi hujan... bila hujan startlah terfikir masal makan. Mula-mula teringin nak makan Puding Roti Kayu Manis... tengah buat tu teringin pulak nak makan jemput-jemput cicah sardin.



Pagi tadi gi Jaya Jusco terlupa pulak nak beli bawang. Kalau dah balik nak keluar balik.... kirim salamlah. So masuk aje apa yang ada.




Teringat pulak pada Teh Lemon yang en hubby beli masa dia gi Turki dulu... apa lagi bacuhlah. Amboiii selera waktu hujan ni....

Puding roti Kayu Manis.

Jemput-jemput siap Puding Roti pun siap... banyaknya nak makan hehehe.


Amy gi JJ nak pos barang sebenarnya pastu menyinggahlah ke MPH. Belikan Irfan buku rujukan Sains dan buku latihan yg lain. Faris pulak ambik buku citer advanture, Irfan nampak Faris ambik dia pun ambik jugak... 

 Ok baca cepat mama nak dengar..

Amy memang selalu gi JJ tu naik teksi. Naik aje meter dah RM3 pastu dia akan naik seposen-seposen tapi pagi tadi masa pergi meter teksi tu naik 25sen-25 sen. Takut tengok meter teksi tu. Selalu dr rumah Amy ke JJ tu biasanya RM4 tapi ari ni RM4.75.

Masa balik pulak... teksi yang lain, meter dia naik 20sen-20sen. Selalu dr JJ ke rumah Amy ni tak sampai RM4 pun tapi kalau jem tu sampai lah... hari ni Amy kena RM4.20 walaupun jalan tak jem.

Amy pelik betul... GST belum start lagi tambang teksi dah naik... dia naik sesuka hati pulak tu... ada yg naik 25 sen ada yang naik 20sen. Wehhh mana boleh macam ni, ingat orang yg naik teksi kaya ke? kalau kaya dah lama beli kete sendiri tauuuuu.



Herbal Plus pad tidak berbau herbal....

Whatsapp Amy 019-2253200


2 comments on "Jemput-jemput Cicah Sardin dan Teh Lemon... Belum GST Tambang Teksi dah naik."
  1. Tambang teksi naik hingga ke 67% serta merta,....;-(

    ReplyDelete
  2. belum apa2 dah naik kan..
    ermmmm...

    lya suka mkn apa2 saje y ada sardin,..mmg sedapp laa

    ReplyDelete

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts :)