hilmirdadaud.blogspot.my

Red Pearl Cookies lagi tahun ni...

| On
June 19, 2015
Assalammualaikum dan Salam Ramadhan..

Hari ni angin rajin nak buat biskut raya datang tiba-tiba, tak rancang pun nak buat hari ni.  Amy kongsikan sekali lagi resepi biskut Mutiara Merah ini di sini.




Sebenarnya Amy rasa pelik sikit ngan biskut ni... macam ada yang tak kena sehinggalah saatnya Amy up load gambar ke sini barulah sedar apa yang tak kena.....




Amy lupa sapu kuning telor kat atas biskut ni rupanya, adehhh.
Dah ada dah dlm resepi tapi tak teringat langsung... letak yg kaler merah tu terus masuk oven.


Sepatutnya pakai chery merah tapi Amy pakai yg dlm gambar ni, tak ingat nama dia tapi dia dah siap potong kecik-kecik. Tokey kedai Amy beli barang ni kata betik... betik pun betik lah, kalau chery Amy malas nak potong2 + anak Amy tak suka sbb rasa macam ubat batuk aje.



Red Pearl Cookies.


Bahan-bahan;

150g butter,
150g tepung gandum,
75g gula kastor,
60g cornflakes,
50g choc chip,
25g badam nips,
1 sudu the seen vanilla.

Cara-caranya;

1. Pukul butter dan gula hingga sebati (jgn kembang) Amy guna senduk kayu aje. Masukkan esen vanila dan sebatikan.

2. Campur semua bahan kering. Kacau sebati guna senduk kayu.

3. Gunakan garpu, jemputkan aduan ke atas dulang pembakar. Amy  guna tangan aje tapi jangan kepal-kepalkan.

4. Sapukan kuning telor dan hias dengan ceri merah.

5. Bakar... suhu ikutlah kesesuaian  oven masing-masing.

p/s; badam nips tu Amy panggang dulu dlm oven siang2. 




Be First to Post Comment !
Post a Comment

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts :)