hilmirdadaud.blogspot.my

Cerita bergambar hari raya..

| On
July 24, 2015
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Dah lama tak up date blog ni.. banyak guna IFTTT aje. IFTTT tu sebenarnya Amy nak buang tapi dah lupa Amy guna akaun yang mana satu .... tu yang asyik keluar aje bila Amy up date IG. 

Amy rasa makin lama Amy ni dah semakin tak gheti nak bercerita. Kalau tak ada gambar rasa macam mati kutu aje. 

Raya minggu lepas Amy balik Negeri Sembilan dulu... Alhamdulillah walaupun bertolak dari rumah dah tengah hari tapi jalan clear aje.



Bila jejak aje kampung budak budak ni memang tak gheti duduk dalam rumah. Walaupun puasa tapi nak jugak main kat luar panas panas tu. Buah mangga tengah banyak atas pokok .... diorang yang tak pernah mengait buah ni apa lagi punyalah banyak buah mangga yang dikaitnya.


Bila buah mangga dah tak boleh nak dikait diorang main badminton pulak... tapi tak gheti main sebab kat KL main dalam rumah aje.


Malam raya harus main bunga api... adik Amy yang rajin pasang pelita keliling umah tu tahun ni raya umah wife dia so tahun ni tak de pelita keliling rumah


Gigih mamanya dan oyangnya mencari pelita, sumbu dan minyak kat dalam stor tu untuk memeriahkan malam raya anak anak punya pasal.


Balik masjid makan makan pastu terus diorang ni merdeka kat luar tu.




Faris kata motor ni cantik... motor ni motor atok sebelah tu buat gi motong gotah dulu pastu dah bagi kat Pak Ngah Ijamnya... Sekarang dah jadi tukun tak situ... kalau jadi hiasan dia tak letak kat situ.



Ketayap.. songkok.. samping semua dah hilang.


Anak beranak merah... ayahnya pun samping dah hilang.


Anak aku dapat penyapu lidi asyik nak menyapu aje... setempat aje yang bersihnya.


Air botol ni satu kemestian kalau raya kat umah oyang. Masa Amy kecik kecik panggil air oren bodoh, tapi sebab tak selalu minum pun. Rasanya air ni ada kat Melaka dan Negeri Sembilan aje... tempat lain tak pasti. Kat KL ni ada tak tak sama spesis.



Tengoklah muka dia tu... gara gara human kat luar, Ant Bully pun tak boleh nak tengok dan tak dapat main tipun mamanya.


Hujan lebat sampai ke petang... nasib baik air tak masuk rumah.


Petang raya kedua kami balik Melaka... jalam jem, perjalanan tak sampai 2 jam dah jadi 3 jam lebih.
Bila dah jumpa abang sepupu diorang... nilah jadinya. Abbas pulak suka melayan.


Beraya umah pakcik en hubby... 



 Mama dan ayahnya pun nak bergambar bawah pokok mangga jugak pastu tepi parit pulak tu macam dah tak de tempat lain nak bergambar. Amy suka gambar ni sebab Amy nampak kurus hehehe.


Be First to Post Comment !
Post a Comment

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts :)