hilmirdadaud.blogspot.my

Taiwan ... Selamat tinggal Taiwan.

| On
October 15, 2015

Assalammualaikum...

Entri terakhir cerita di Taiwan. Akhirnya habis juga citer kat Taiwan ni, citer kat Spain tu tak habis lagi dah setahun dah.... hehehe.


bercuti di Taiwan


bercuti di Taiwan

Nak bersauna boleh...
Nak mandi bershower pun boleh. Satu ruang 2 fungsi.



bercuti di Taiwan

Flight kami petang, kawan yang lain pagi jadi lepas breakfast dengan diorang Amy pun balik bilik ambik kesempatan bersauna dan berendam dalam bathtub macam orang putih tu sambil tengok kartun... bestnya.


bercuti di Taiwan
Depan Lobby Hotel..

Dr Eng seorang aje yang tak balik ke Malaysia. Dia hantar kami ke airport. Rasa macam VIP pulak bila seorang pengasas syarikat yang besar hantar kita yang sale tak banyak mana ni. 

bercuti di Taiwan
 Kat Airport..


bercuti di Taiwan

Dr Eng belanja kami makan kat airport.
Dr Eng bawa kami ke Restorean Tea ... ingat tea aje depan dia hehehe. Dr Eng kata tu restoran vegetarian, orang sana kalau vegetarian memang betul betul vegetarian so kita boleh makan dengan tenang.

Takut jugak nak order, maklumlah kedai kat dalam airport mestilah harga pun macam nak terbang kan. Kalau kat KLIA pun Amy fikir banyak kali nak makan kat sana rasa macam membazir aje.

bercuti di Taiwan


Mee Soba dan ‘tea entah apa-apa' saiz gajah. 

Bukan mangkuk dan gelas lagi dah... dah macam besen dan jag aje saiznya. Sedap mee ni, nak ikutkan memang tak habis tapi mengenangkan orang dah belanja ... takut kecik hati pulak kalau tak habis dah lah mahal giler. Amy sorang pun dah dekat RM70 (masa tu duit kita dah jatuh dah).




bercuti di Taiwan

Ternampak pulak budak kecik ni kat dalam tu. Comel sungguh... nak jugak tarik beg tu, kembar dia mak dia dukung.

Sampai KLIA pukul 8 malam, tunggu beg semua dah pukul 10 lebih. Punyalah lama tunggu beg tu. Konon nak naik ERL tapi nasib baiklah husband Auntie Ika datang jemput kalau tak tau lah sampai KL sentral pukul berapa.

Sekianlah sudah cerita di Taiwan. Amy teringin sangat nak pergi Tokyo sekali lagi, dulu pergi dengan kapal MISC ... makan tido dalam kapal aje. Skang kalau nak pergi kena bayar sendiri. Tau ajelah Jepun tu mahal giler. Doakan Amy dimurahkan rezeki dapat pergi sana yer... 

Be First to Post Comment !
Post a Comment

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts :)