hilmirdadaud.blogspot.my

Cerita bergambar kami di Ikea Cheras.

| On
November 22, 2015
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera..

Semalam hari ketiga Ikea Cheras dibuka kebetulan dah dekat dengan rumah haruslah pergi mencuci mata. Kalau drive dari rumah ke Ikea lebih kurang 7-8 minit jika jalan clear. Kalau dari rumah MIL Amy lagilah dekat, enjin tak panas lagi dah sampai dah.




Ikea Cheras ni memang lagi besar dari Ikea Damansara. Dari main road lagi ada Pak Rela tolong jaga sehinggalah dekat main entrance. Mungkin sebab ia baru lagi jadi suasana tak semeriah dan secantik Ikea Damansara. Tak meriah maksud Amy... dindingnya. Dinding banyak yang kosong.


Dari parking...



Inilah yang kami dapat dari staf Ikea yang dekat escalator tadi. Jadilah Viking sekejap.

Kami datang pukul 9 lebih terus gi makan dulu.


Selfie dulu sementara tunggu ayah beli makanan.


Tempat makan ni memang besar tapi tempat basuh tangan dia kat satu tempat aje dan jauh dari meja kami. Kalau anak-anak nak gi basuh tangan sendiri tak boleh sebab Amy tak nampak diorang.


Toilet sebelah restoran. Tak semeriah yang dekat Damansara sana. Mungkin diorang akan memeriahkan lagi dinding kat situ masa yg akan datang... mungkinlah kot. 

Dalam toilet pulak ... yang ni tak best. Basah ...  tak ada mesin pengering lantai tu. 



Kena beratur nak masuk restoran... kena tunggu kejap. Ada tukang jaga kat situ. 



Amy berkenan sbb murah tapi promosi ni sampai hari ni aje (Ahad 22/12/2015). 





 Kat sinilah diorang paling suka...


Amy suka jugak dengan rak ni... tapi nak letak kat mana, rumah sekangkang kera.


Bagi Amy, Ikea Cheras ni besar giler lah. Pukul 2 baru keluar dari situ. Tak beli banyak pun. Bayangkan kalau Amy berkenan dengan langsir ke, sofa ke, tilam ke, katil ke... pukul berapa nak balik tu? Malam kot hehehe.




Ruang pingan mangkuk besar ... banyak pulak tu. Puas hati kalau nak pilih satu satu. Banyak pilihan.




Amy tak tau nama ruang ni tapi ala-ala ruang stationary lah.




Bahagian bunga dan pasu... ha pilihlah mana yang berkenan. Banyak pilihan buat rambang mata.




Amy suka pasu ni... comel dan cantik tapi Amy tak beli pun. Kalau ikutkan semua nak beli duit aje yang tak mandang hahahaha.



Ternampak pulak yang ni. kebetulan kat rumah ada yang kaler putih. Benda yg lekat kat dinding tu pun ada ... kaler putih gak. Bolehlah buat camni nanti.


Iklan Sekejap...


Promosi Bundle Herbal Plus...

1 bundle(10 bungkus) RM120 termasuk pos!!!
Harga asal RM138 + pos RM8
JIMAT RM26. 



Promosi sehingga Disember 2015.

ok sambung balik... hehehe.


Budak-bidak ni dah bising... bila nak balik. Kalau kat Ikea Damansara tak pernah diorang bising. Ikea Cheras ni besar punya pasal jadi diorang rasa macam ... "bila nak sampai hujung ni?". Lebih kurang camtulah. Meregek kaki dah letih berjalan pun ada jugak.

Mamanya tak terasa semua tu... hahaha. Banyak ruang dalam Ikea tu yang Amy tak ambik gambar. Ni pun dah banyak.


Nak beli ais cream, karipap ... hotdog.
Semalam ais cream 80sen satu.


Mama pun nak jadi viking jugak...

Bila Ikea dah dekat ni selalulah nampaknya Amy ke sini. Anak-anak gi sekolah mamanya gi berangan kat Ikea.



Ini ajelah yang Amy beli. Balang kaca tu Amy beli sebab kaler dia. Amy beli stiker label sekali, pasni boleh lekat kat botol.

ok tu aje citer kat Ikea semalam. Petang tadi kami ke Ikea, kononnya nak beli sofa yg RM199 tapi tak jadi masuk sbb jalan nak masuk parking dari Jalan Cochrane tu tutup, mungkin sebab hujan sebelum tu kot... tak kuasa nak ikut jalan lain kami terus ke Jaya Jusco Maluri. Tak ada rezeki nak beli sofa tu. 
4 comments on "Cerita bergambar kami di Ikea Cheras."
  1. hujung bulan ni baru nak pi ikea cheras.. oh sedihnya wall tak cantik lagi. Maybe ikea kejar sale hujung tahun sempena xmas tu buka cepat cawangan ke 2

    ReplyDelete
  2. alaaa kat sini xda ikea... teringin sgt nk pergi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dengar cerita Ikea akan di buka di utara jugak, nanti bolehlah pergi.

      Delete

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts :)