hilmirdadaud.blogspot.my

Apakah Fesyen Terkini Remaja

| On
December 09, 2015

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...


Masa di usia remaja adalah masa yang paling sesuai untuk bereksperimen atau nak mencuba pelbagai fesyen yang menarik. Ini kerana sesetengah trend fesyen tidak sesuai digayakan oleh golongan dewasa. Namun, usia remaja bukanlah ‘tiket’ untuk bergaya sesuka hati sehingga menjadi hamba fesyen.






Untuk ibu-ibu yang mempunyai anak remaja dan kakak-kakak yang ada adik remaja perempuan, hari ini Amy nak share sedikit tentang fesyen baju terkini remaja yang sesuai dipakai dan yang paling penting … sentiasa ‘evergreen’.



T-shirt dan Jeans...


Seperti yang kita semua tahu… t-shirt dan jeans merupakan kombinasi yang wajib ada dalam almari pakaian remaja zaman sekarang. Ianya ringkas, selesa, praktikal dan tidak akan pernah out-dated. 


Checkered Shirt...

Tak lengkap zaman remaja tanpa checkered shirt atau kemeja kotak-kotak. 


Ia boleh digayakan dengan jeans dan juga skirt. Kalau nak dijadikan outwear pun boleh jugak, padankan aje dengan t-shirt yang sesuai. Terpulanglah pada citarasa pemakai.



Bright Colours Sweatshirt

Trend pakaian yang ketiga terkini remaja sekarang ialah sweatshirt. Koleksi sweatshirt boleh di dapati dalam pelbagai warna yang terang seperti merah, jingga dan sebagainya.



Seperti t-shirt dan checkered shirts, sweatshirt pun boleh digayakan dengan seluar jeans, skirt dan sebagainya.




Floral Printed Jumpsuits…



Trend fesyen hipster… satu lagi trend yang sedang menjadi ikutan dikalangan remaja. Koleksi yang sedang popular sekarang ialah koleksi floral printed jumpsuits ini.

Cantik kan...



Long Slit Blouse



Rekaan terkini yang sesuai digayakan oleh remaja sekarang. Long Slit Blouse mempunyai potongan yang ‘loose’ dan selesa dipakai. 

Sekarang ada banyak koleksi pakaian muslimah yang ikut tred long slit blouse ni. 



Banyak pilihan untuk remaja zaman sekarang… yang penting kita kena bijak memilih dan bijak mengayakannya. 



3 comments on "Apakah Fesyen Terkini Remaja"
  1. zmn skrg nih dh banyak fesyen muslimah... remaja skrg nih dh makin ramai yg pandai bergaya cuma kadang dana nampak ada yg kurang sesuai utk pakai muslimah macam legging yg ketat n melekat pastu pakai tudung...

    ReplyDelete
  2. Ini kalau anak-anak kakak nampak Amy memang tak kelip mata mereka dibuatnya
    Memang cantik-cantik.

    ReplyDelete
  3. memang banyak fesyen sekarang ni, cuma kita kena pandai memilih sesuai atau tidak dengan kita kan.

    ReplyDelete

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts :)