Roti Lapis Daging Berkeju ...

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Dah lama simpan resepi ni... biasalah Amy kan, hehehe. Resepi simpan lama pastu bila dah buat pun duduk kat draf tu pun lama.

Resepi ni Amy buat hari Sabtu 2 minggu lepas,  angin rajin datang nak buat untuk breakfast anak-anak. Kebetulan pagi tu ada mesyuarat PIBG kat SMKSBU... asyik sangat kat dapur sampaikan lupa tengok jam, sekali tengok dah pukul 8:30 emmm tak pergilah jawabnya.


Resepi ni senang dan sedap. Nasiim cakap rasa macam lazagna.

Resepi ni guna keju chedar parut tapi memandangkan satu plastik kecik tu pun dah berbelas ringgit jadi Amy guna slices cheese yang ada dan gunting halus-halus. Tu pasal tak berapa cantik atas dia.

Inti daging Amy buat sehari sebelum dan tak letak cili sbb nanti ada aje alasan budak-budak tu tak nak makan.



ROTI LAPIS DAGING BERKEJU
Resepi Oleh : Sarimah Md Nor

Diambil dari ; Kak AzlitaMasamManis

12 keping roti

3 biji telur

200 ml susu segar

8 keping slice Cheese
Keju Cedar parut
garam secukup rasa 






Inti Daging
300 gm daging cincang atau 4 keping daging burger ~ di hancurkan
2 ulas bawang putih ~ cincang halus
1 labu bawang besar ~ di dadu
1/2 peket perencah daging black paper Maggi (Amy guna sos black paper Maggi  2 sudu besar)
1 sudu teh lada hitam ~ tumbuk halus 
2 batang cili padi ~ hiris halus (Amy tak letak)
1 batang lada merah ~ hiris halus (Amy tak letak jugak)
daun sup dan daun bawang ~ di mayang
sedikit minyak untuk menumis
garam dan gula secukup rasa

Panaskan minyak, tumiskan bawang putih dan bawang besarhingga harum
Masukkan daging dan goreng hingga daging empuk. Tambah sedikit air jika terlalu kering.
Masukkan perencah black paper atau sos lada hitam dan gaul rata
Tambahkan serbuk lada hitam garam dan gula secukup rasa.
Masak hingga kering dan daging empuk
Masukkan lada merah, cili padi, daun sup dan daun bawang
gaul rata
Tutup api dan biarkan sejuk



Mula-mula, sediakan loyang atau bekas pembakar.
Oles bekas atau loyang pembakar dengan butter
Campurkan telur, susu dan secubit garam dan kocok hingga telur sebati dengan susu.
Ambil roti dan celupkan dalam adunan susu dan telur tadi
Susun dalam loyang pembakar satu lapisan.
Kemudian ratakan inti daging di atasnya.
Susukan pula slice chese atas inti daging tadi.
Kemudian ulang proses yang sama hingga habis roti.
Baki susu dan telur tadi tuang dalam loyang pembakar
Lapisan terakhir letakkan inti daging
Kemudian taburkan dengan parutan keju
Bakar dalam ketuhar dengan suhi 170 ~ 180 C selama 40 minit
Angkat setelah masak
Tunggu  suam sikit dah boleh di potong
Makan panas-panas memang sedap sangat..

Comments

Post a Comment

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts :)