hilmirdadaud.blogspot.my

Kek Butter Asas- 1 Adunan 3 Rasa.

| On
September 08, 2016
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera ...


kek butter

Dua hari lepas kak azlita masammanis ada share resepi asas kek butter dan dari satu adunan tu boleh dapat 3 kek butter yang berlainan rasa. Bila tau aje buat 1 boleh dapat 3, Amy pun terus rasa nak buat.. nak buat. Dah tengah hari pun sanggup keluar cari blueberry filling, Planta, Anchor butter dan almond flake pastu balik terus bersilat kat dapur.


kek butter

Resepi kek butter asas ni dikatakan menjadi ibu duit kepada baker dan housewife, ini yang membuatkan keinginan Amy nak mencuba bertambah. Nak pulak hari Raya Aidiladha dan dekat, kalau sedap bolehlah buat lagi.

Alhamdulillah, resepi ni memang menjadi. Panas-panas lagi dah kena kenduri. Amy guna suhu oven yang sama dengan dlm resepi. Selalunya mesti Amy kena ubah tapi resepi ni tak perlu.

kek butter



Semalam masa bakar Amy tinggalkan sekejap untuk ambik anak-anak dari sekolah, ingatkan sempatlah sampai rumah sebelum abis 'timer' dia. Yelah kan baru first time buat, manalah tau kot tak masak ke, merekah ke atau dah rentung ke... heheh. 

Rupanya tak sempat. Lif pulak lambat. Sampai rumah cepat-cepat buka oven... nasib baik. Cantik aje dia masak. Tak merekah dan tak rentung.. heheh.

Resepi kek butter asas ni Amy guna butter Anchor ... saja nak cuba butter jenis lain. Bagi Amy guna SCS lagi sedap rasa dan baunya.

hilmirdadaud.blogspot.my

BASIC BUTTER CAKE
Resepi : Chef Asma.

Bahan A :
250 gm margerine planta
50 gm butter
150 gm gula halus atau kastor
1g m gula aising

Bahan B :
250 gm telor - lebih kurang 5 biji
1/4 sudu teh esen vanila

Bahan C :
250 gm tepung gandum
1 sudu teh baking powder - satukan dan ayak.



hilmirdadaud.blogspot.my

- Satukan bahan A dalam mixer dan pukul sehingga kembang atau berkerim pucat
- Masukkan telur satu persatu dan putar sehingga sebati.
- masukkan esen vanila.

- Masukkan tepung sedikit demi sedikit.
- Bahagikan adunan kepada 3 bahagian yang sama banyak. (adunan ini untuk 3 junis kek yang berlainan)
- Sediakan 3 bekas aluminium (7x3 inc)


hilmirdadaud.blogspot.my

KEK BUTTER PANDAN

- Bahagikan adunan kepada dua bahagian yang sama banyak.
- satu bahagian letak pandan emalco dan pewarna hijau - Amy guna perasa pandan yang kaler hijau.
- satu lagi biarkan tak de kaler.
- Sedikit badam untuk hiasan.

caranya :
- Tuangkan 1 lapisan plain - ratakan
- Kemudian tuangkan pula lapisan hijau - ratakan
- Tuang lagi lapisan putih - ratakan
- Tuangkan lapisan pandan - ratakan - buat 2 palin 2 hijau.
- Akhir sekali dengan belakang sudu dan swirlkan aduana.
- Tabur badam untuk hiasan.


hilmirdadaud.blogspot.my

KEK BUTTER NEAPOLITAN

- Bahagikan adunan kepada 3 bahagian.
- 1 bahagian letak perisa blueberry dan pewarna hijau.
- 1 bahagian letak perasa mocha - Amy letak serbuk koko.
- 1 bahagian biarkan kosong.

Caranya :

- Tuangkan satu sudu aduan vanila di dalam bekas aluminium.
- Kemudian tuangkan pula 1 sudu adunan mocha di atas dan tengah-tengah vanila.
- Tuangkan 1 sudu lagi adunan purple di atas dan tengah-tengah adunan mocha.
- Ulang sehingga habis.


kek butter

KEK BUTTER BLUEBERRY

- Sediakan blueberry paste dan masukkan ke dalam piping beg.
- Masukkan separuh aduan ke dalam bekas aluminium da ratakan.
- Picitkan blueberry paste tadi secara rawak.
- Tuangkan baki adunan tadi dan menutup lapisan bawah.
- Hias atas kek dengan baki blueberry tadi.


kek butter

 Bakar adunan kek dalam oven yang telah di panaskan 15 minit awal dengan suhu 160 C api atas dan bawah selama 45 minit. Amy letak kat rak kedua dari bawah. 


Selamat mencuba...
5 comments on "Kek Butter Asas- 1 Adunan 3 Rasa."
  1. Ini yg dikatakan bijak Amy
    Sekali baking ada tiga perisa.
    Menarik!

    ReplyDelete
  2. sedapnyaaa :) buat minum petang, hidang kat tamu. bile mek nk buat jugak ni. nice sharing :)

    ReplyDelete
  3. mudah kan kak... bahagikan 3 blh tambah perisa apa2... jd kek lain2 terus berubah rasa...
    semua nampak sedap... nampak moist

    ReplyDelete
  4. sedapnya kak. Boleh la ajak mak saye buat ni. btw tenggss for recipe

    ReplyDelete
  5. Intersting sangat untuk dicuba, tambahan yang dok tengok ni pun penggemar butter kek.
    Good idea ever.

    ReplyDelete

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts :)