hilmirdadaud.blogspot.my

Cerita Minggu Lepas : Bersihkan Rumah Semenyih.

| On
September 19, 2016
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera ...

Kami balik dari kampung awal sikit minggu lepas sebab dah rancang nak pergi bersihkan rumah yang di Bandar Sunway Semenyih.

Rumah tu kami beli tahun 2004 dan sampai sekarang tak pernah tinggal lagi. 


house for sale

Amy pernah sewakan tahun lepas, tak lama cuma 4 bulan aje. Atas dasar percaya Amy tak minta pun deposit api dan air. Sewa bulan RM700 padahal rumah yang lain RM900. Deposit pun 2 bulan aje. Dua bulan terakhir penyewa tu tak bayar sewa dia kata tolak deposit, Amy pun ok lah. Dah sebulan keluar baru serah kunci Amy masih lagi ok. 

Sekali bila Amy datang tengok rumah tu... hambik. Mural punyalah banyak. Mereka janji akan cat balik kalau ada hasil seni kat dinding tapi Amy jugak yang kena sental. Bil api RM400 bil air RM137 dan dah kena potong. Ingatkan kalau tolong orang, orang akan bertimbang rasa dengan kita tapi dia pulak tinggalkan hutang.

Amy dah malas nak sewakan dah. En hubby pun dah pergi tanya bank harga pasaran rumah tu. Mungkin dalam masa terdekat ni kami akan jual. 

house for sale
Ruang dapur.

Rumah ni jenis superlink dan land area 28 X 51. Built up pulak 1770 sqft. Ada 4 bilik tidur dan 4 bilik air.


house for sale

Ruang tamu dan bilik ke 4.

Menyapu, mengemop, lap tangga, sental hasil seni + percikkan air coklat kat dinding, basuh toilet... Letih dan lengguh tangan mengemas rumah besar. Biasa mengemas rumah kecik aje. 

house for sale

Hujung jalan tu Sek rendah. Dekat sangat.


minum petang, goreng pisang

Balik menyinggah gerai goreng pisang kat Taman Tasik Permaisuri.   





6 comments on "Cerita Minggu Lepas : Bersihkan Rumah Semenyih."
  1. Sayanglah Amy.. jgn jual.
    Jadikan homestay iklankan di Mudah.com

    ReplyDelete
  2. wahhh....yup,setuju.... bagi saya pun tak payah jual dulu, try jadikan homesty...skrg nak jual pun payah gak, apa-apa pun.....cantik rumah ni...

    ReplyDelete
  3. sayangnya amy nk jual. baik carikan penyewa yg betul betul kenal / buat homestay :) rumah besar nii. selesa sangat2

    ReplyDelete
  4. Biasalah tu Amy..... orang tak selalunya membalas budi yang kita taburkan. Serahkan ajelah pada Allah. Boleh mandi peluhkan kalau mengemas satu rumah ni hihi

    ReplyDelete
  5. wahhh, jangan jual kak.sewakan tpi makesure buat perjanjian.So, apa2 terjadi, boleh saman penyewa kalau dia buat hal.hehehe

    sebab ne pelaburan masa panjang kan?

    ReplyDelete
  6. Besarnya rumah akak :)

    Begitulah kak. Kadang2 kita niat nak tolong orang, tapi orang pulak buat tak elok dengan kita. Sama kes macam ayah siqah. Rumah ayah siqah bagi sewa kat orang. Sudahnya berbulan tak bayar last sekali dia kuar je sebab ayah suruh keluar, tapi tak bayar pun sewa yang tertunggak tu. Adalah jugak rm2k. Pastu rumah ditinggalkan dalam keadaan yang menyedihkan. Teruk sangat rasa. Sekarang, dalam proses nak cantikkan rumah tu, tapi tak nak bagi sewa dah. Biar jadi homestay kami kalau ke sana je :)

    ReplyDelete

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts :)