hilmirdadaud.blogspot.my

Kereta Terbakar Di Pagi Raya

| On
September 15, 2016
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera ...

Hari Ahad yang lepas anak-anak Amy habis kelas pukul 6:30 petang dan kami sampai rumah dah maghrib jadi memang tak sempat nak balik kampung. Kami rancang nak bertolak lepas sembahyang raya tapi hujan pulak jadi kena tunggu hujan berhenti.

Dari rumah Amy.

Tetiba terdengar bunyi benda meletup. Bunyi macam mercun tak cukup power aje pun ada. Tak lama kemudian bunyi meletup lagi dan start ada bau benda terbakar. Amy tengok kat luar asap dah tebal aje dan tak lama kemudian polis pun sampai.


Rupanya ada kereta yang terbakar. Gambar ni Amy dapat dari sahabat yang tinggal betul-betul berhadapan dengan tempat kejadian.


Tak pasti apa punca kebakaran. Kesian tuan punya kereta. Pagi raya pulak tu kereta terbakar. 



Sebelum keluar rumah cek jalan dulu. Dah banyak kali terperangkap dalam 'jem'. Dengar cerita ada bas terbalik sebelum tol Sg Besi tu. Sudahnya pukul 3 petang baru kami bertolak balik kampung.


5 comments on "Kereta Terbakar Di Pagi Raya "
  1. adoi..mcm mana leh terbakar tu..bahayanye

    ReplyDelete
  2. eca pulak malam raya kereta tak leh start..Dah lah masa tu kat Shell...orang dok tengok je apasal tak gerak g padahal da selesai pam minyak.
    Nasib baik abang dekat nak tolong.

    ReplyDelete
  3. Dugaan owner kreta.. Harap tak da sesiapa dalam kereta tu.

    ReplyDelete
  4. Tak de rezeki.... Tapi hish macam manalah boleh terbakar tiba tiba macam tu ek....

    ReplyDelete

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts :)