hilmirdadaud.blogspot.my

'Try Test ' Mary Kay..

| On
September 28, 2016
Assalammualaikum  dan Salam Sejahtera...


 Sila abaikan muka kepenatan kami.. heheh.


Jumaat lepas Cikgu Siti Zulaiha datang untuk kenalkan Amy dengan produk Mary Kay. Oooopps... ini bukan iklan Mk tau, heheh. Cikgu Zulaiha ni pun stokis Greeno dan dia juga mengajar di sekolah Irfan yang kat belakang rumah ni aje.

Sebenarnya dah lama nak cuba tapi Amy kena tunggu skincare yang Amy pakai tu habis dulu. Amy ingat kan boleh pilih aje mana yang berkenan rupanya tak. Cikgu Zulaiha bawa banyak sample, ada Botanical, MalaCEP Plus, Acne-Prone, TimeWise dan TimeWise Plus. Test dulu mana yang sesuai dengan kulit Amy.


 Masa test tu bila kulit Amy rasa tegang, Cikgu Zulaiha bagi oil-free hydrating gel untuk melegakan. Kira macam skuat bantuanlah... hihih. Bila sapu gel tu rasa sejuk aje dan rasa tegang terus hilang.

Amy ingatkan kalau rasa tegang lepas cuci muka tu perkara biasa rupanya tak. Sebenarnya pencuci muka tu yang tak sesuai dengan kulit Amy yang sensitif ni jadi kenalah tukar yang lain. Kalau ada rasa pedih ke gatal-gatal ke pun itu tandanya tak sesuai. Mk ni pun ada jaminan, katakanlah dah 1-2 minggu guna rasa tak sesuai kita boleh tukar dengan yang lain.

Amy try skincare dan make up. Dah alang-alang ada tu try ajelah kan. 

Tadi Amy kata bukan iklan kan... tapi manalah tau kot ade yang berminat nak tahu atau "try test"(macam pandu uji kete pulak) bolehlah Whatsapp atau sms Cikgu Zulaiha 013-6132510. 
7 comments on "'Try Test ' Mary Kay.."
  1. Amy tolong promokan buat cikgu tu baguslah
    Ini dikatakan bantu kawan/bangsa.

    ReplyDelete
  2. Banyak dgr review mary kay ni bgus nanti lepas akak try share lah ye hehehe

    ReplyDelete
  3. Kulit Reen tak sesuai dengan Mary Kay.. Tak nampak sangat kesannya selepas pemakaian. Reen suka lip gloss MK.. Wangi!

    ReplyDelete
  4. selama ni ingat kalau tegang tu tandanya kulit kita dah bersih lepas pakai pencuci. tapi biasanya saye mmg jarang cuci muka. hehe

    ReplyDelete
  5. Semoga kulit Amy sesuai la dengan MK ni yer. :)

    ReplyDelete
  6. Tak pernah dengar Mary Kay.. hope sesuai dengan kulit kak amy :)

    ReplyDelete

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts :)