hilmirdadaud.blogspot.my

Port Dickson Hari Pertama - Kita Makan Dulu

| On
December 11, 2016
Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera...

Kami bertolak dari KL ke Port Dickson dah pukul 11:30 pagi dan sampai sana pukul 12 lebih. Kena tunggu pukul 3 petang baru boleh check in hotel. Kebetulan perut pun dah berdondang sayang, kami singgah makan tengah hari dulu.

Port dickson

Dah bertahun-tahun tak pergi Port Dickson. Tak tau nak tuju mana. Akhirnya kami berhenti makan di Noriah Tom Yam, Port Dickson Waterfront bertentangan dengan Perpustakaan Awam. Kedai tu nampak lebih ramai orang dari kedai yang lain. 

Patutlah ramai orang rupanya masing-masing menunggu makanan. Kedai lain Amy perhatikan dah siap makan dan dah balik pun. Dekat satu jam kami menunggu. Ambik order beriya tapi ada yang kita order dia tak tulis. Nasi sampai air pun dah nak habis. Nak kata sedap tu tak delah.... biasa-biasa aje, bolehlah telan.

Tak sempat nak ambik gambar perut dah kebulur. Makanan sampai baca doa terus ngap. Bila dah abis makan baru ingat tak ambik gambar.... heheh.

Port Dickson Hari Pertama

Habis makan dah dekat pukul 2. Panas terik dan tekak rasa macam nak makan ABC ke .... Cendol ke. Kami terus ke Teluk Kemang dan singgah ke PC Famous Coconut Shake. 


Port Dickson Hari Pertama

Amy dan En Hubby order Cendul All In One RM5 semangkuk.


Port Dickson Hari Pertama

Bagi Amy.... sedaplah kecuali Amy tak suka ice cream dalam cendul tu. Rasa macam tak kena.


Port Dickson Hari Pertama

Anak-anak order coconut shake yang ada ice cream jugak. Satu gelas RM3. 

Bagi Amy jika dibandingkan dengan Coconut Shake yang kat Klebang tu.... yang tu lagi besar, harga RM3 dan lebih sedap. Yang kat sini ada banyak macam serdak. Dah abis makan kami terus ke hotel untuk check in.
8 comments on "Port Dickson Hari Pertama - Kita Makan Dulu"
  1. Wah!! Jalan-jalan cuti sekolah ye Amy..
    Time cuti nie semua tempat ramai orang kan..

    ReplyDelete
  2. Wah!! Jalan-jalan cuti sekolah ye Amy..
    Time cuti nie semua tempat ramai orang kan..

    ReplyDelete
  3. Pergi muzium 3d & muzium tentera kat PD. Best. :)

    ReplyDelete
  4. Ada serdak kurang sedap kan kak amy? Tekak ni rasa macam.. Tak selesa.

    ReplyDelete
  5. saya pun bertahun2 tak ke pd. mesti sedap cendol tu sis, tp saya suka lagi yang ada pulut dan durian

    ReplyDelete
  6. teringin jgk nak bercuti kat PD ni

    ReplyDelete

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts :)