hilmirdadaud.blogspot.my

Apam Kampung Menu Petang Kami...

| On
January 13, 2017
Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera...

Semalam Amy buat apam untuk minum petang. Selalu guna resepi kak ipar yang pakai minyak masak tapi semalam Amy cuba resepi lain pulak. 

Rasa lebih kurang sama, cuma yang ni bau wangi pandan dan yang selalu Amy buat tu tak letak daun pandan pun. Untuk Amy yang tak berapa rajin ni, Amy lebih suka resepi yang selalu Amy buat tu .... masuk aje semua dan kukus. Dah siap. Resepinya Amy ada share DI SINI.


apam tembam apam kampung

 Apam Tembam/Apam Kampung.
Resepi Oleh : Adnan Ibrahim

Bahan A.
1/2 cwn gula melaka/perang
1/2 cwn gula pasir
2 cwn air
1 helai daun pandan.
- Satukan dalam periuk dan masak sampai gula larut.
- Sejukkan dan tapis. Pastikan dapat 2 cwn air. Kalau tak cukup boleh tambah.

Bahan B.
11g yis - Amy guna sepaket mauripan.
1 sudu teh gula
1/2 cwn air suam
- Satukan dalam bekas lain, kacau rata dan perap 10 minit. Ia akan berbuih-buih dan naik.

Bahan C
4 cwn tepung - diayak
secubit garam
1/2 cwn air



apam tembam apam kampung



Caranya:
- Satukan tepung dengan garam dalam bekas lain.
- Buatkan lubang kat tengah dan tuangkan yis yg diperap tadi.
- Kacau rata
- Tuangkan air gula dan gaul rata.
- Tuangkan 1/2 cwn airlagi dan gaul rata sampai tidak berbintil. Amy guna whisk aje, rasa macam nak tercabut tangan.
- Kalau nak blander pun boleh tapi sikit-sikit sebab adunan ni kental, kalau nak guna mixer pun boleh.

- Tutup (tutup dgn tudung yang tinggi sebab adunan akan naik)
- Biarkan dia 1 jam sehingga dia naik 2 kali ganda.
-Sediakan loyang 11 inch yang telah disapu minyak. (Amy tak de loyang 11 inch guna 9 inch aje.
- Tutup loyang dengan aluminium foil tapi Amy bungkus kain kat penutup periuk kukus tu.
- Kukus dengan api besar selama 40 minit.
- Bila dah masak tunggu sejuk baru potong.
- Nak senang potong, sapu sedikit minyak kat mata pisau tu.

apam tembam apam kampung

Adunan ni dapat banyak, jika yang nak makannya tak ramai separuhkanlah resepi ni.

Amy guna loyang 9 inch jadi apam Amy naik tinggi. Nak sedap lagi letaklah kelapa sikit. Kami makan macam tu aje. Anak-anak Amy tak suka jika ada kelapa lagipun mamanya malas nak ke kedai semata-mata nak beli kelapa parut aje...😂




9 comments on "Apam Kampung Menu Petang Kami..."
  1. sedap sis... gebunya apam sis...

    ReplyDelete
  2. Kalau rumah kakak kena makan dengan kelapa parut letak sikit garam - sedap tau Amy:)

    ReplyDelete
  3. sedapnyaaaaa.. minum dengan air teh panas! fuh.. hehe

    ReplyDelete
  4. Emmmm Dapnyeee. Makan time hujan2 mesti lagi nikmat ni. Hihi

    ReplyDelete
  5. sy plak mesti ada kelapa x de kelapa rs mcm mkn togel je hahahaha

    ReplyDelete
  6. Teringin nak buat apam tu yg tengok resepi ni

    ReplyDelete

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts :)