Kek Milo 3 Minit

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Dah siap makan tetiba tekak teringin kek coklat. Bukan kek coklat yang biasa Amy buat tu tapi kek yang gam-gam sekali makan... macam mana nak terangkan Amy pun tak gheti... heheh.

Selongkar punya selongkar terjumpalah resepi kek milo 3 minit ni yang Amy simpan dari blog kak Azlita Masam Manis. Kebetulan barang semua ada tinggal adunan kan aje.

kek milo sedap dan senang

Resepi ni senang sangat dan sedap. Masa untuk membuatnya pun tidak selama kek yang Amy biasa buat. Tak perlu mixer, guna whisk aje. Masuk aje semua bahan dalam satu bekas dan guna whisk untuk sebatikannya. Senang kan.

kek milo sedap dan senang

Kek Milo 3 Minit.

Bahan-bahan:
4 sudu besar tepung gandum
4 sudu besar milo
4 sudu besar gula halus atau kastor
4 sudu besar susu segar - Amy guna uht whipping cream
4 sudu besar minyak jagung
1 biji telor
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh esen vanila
sedikit choc cip dan choc rice untuk hiasan.
 ramekin (bekas yang boleh dibakar di dalam microwave)


kek milo sedap dan senang

1. Ayak tepung gandum bersama baking powder.
2. Masukkan tepung bersama semua bahan kecuali choc cip n choc rice kedalam mangkuk besar.
3. Gunakan senduk kayu atau whisk - kacau adunan sehingga sebati.
4. Oles ramenkin dengan sedikit butter atau minyak dan tuangkan adunan 1/2 mangkuk. Jangan penuh sangat kerana kek ni akan naik takut nanti membuak-buak.
5. Taburkan choc cip dan choc rice diatasnya.



kek milo sedap dan senang


Kalau guna microwave 3 minit sahaja.
Amy bakar guna oven. Mula-mula 15 minit pertama 180c api bawah dan 5 minit lagi api atas bawah. Bergantung pada besar ramekin yang digunakan dan juga oven masing-masing.


kek milo sedap dan senang

Resepi ni Amy buat 3 aduan... kami 5 beranak manalah cukup satu aduan tu. 

Amy guna 5 remekin, yang kaler pink tu kecik sikit dari yang kaler putih. Baki aduan dapat lagi 5 remikin- Amy bakar keesokkan paginya untuk breakfast. Kesimpulanannya.... 3 adunan tu Amy dapat buat 2 kali bakar.

kek milo sedap dan senang

Kek Milo ni sedap dimakan suam-suam, jangan pulak keluar aje dari oven turus ngap.... nanti ada pulak yang melecur lidah 😂.

En hubby dan anak-anak semua kata kek milo ni sedap tapi tak leh tambah sebab Amy bakar ngam-ngam sorang satu.



Comments

  1. Anak kakak buat masuk dalam mug aje Amy
    Memang cepat buatnya dan senang kan..

    ReplyDelete
  2. Tak pernah cuba lagi kek ni. Blh cuba ni sebab macam tak leceh sangat. Hihi

    ReplyDelete
  3. Bila dah masak nampak cantik.
    sedap ke?

    ReplyDelete
  4. Sesuai untuk berdiet. Makan soranng satu jer bekas tuh. Eh! minat la bekas ramekin tuh. Hari tu nampak jer..tapi beli nyer idak. Takut tak pakai. Tapi simpan pun boleh..sebab cantik. Boleh? Hahah~ Simple nyer resepi. Budak2 pun boleh buat ni kan Amy? Thanks for sharing.

    ReplyDelete
  5. Sedapnya kak amy :) pagi2 teringin makan kek milo pulak bila baca post ni :)

    ReplyDelete
  6. yang ni lg laaaaaa sedap.. comel je cup kecik2 tu..

    ReplyDelete
  7. Uisss menarik.. Boleh cuba nanti..

    ReplyDelete
  8. smpi ati akk buat sorg satu terkulat2 diorg lps mkn sbb x puas hehehhe

    ReplyDelete

Post a Comment

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts :)