hilmirdadaud.blogspot.my

SAPS - Semak Keputusan Peperiksaan Anak Online

| On
January 16, 2017
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Dah lama sebenarnya Amy dengar tentang Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) Ibubapa tapi Amy aje yang malas nak ambik tau. Yang penting anak-anak buka VLE Frog diorang untuk siapkan kerja sekolah.


saps semakan ibubapa

Selalunya setiap kali periksa anak-anak akan bawa pulang Buku Adap (buku rekod) tapi akhir tahun lepas punyalah Amy tunggu Buku Adap si Irfan tu last-last Amy kena semak keputusan peperiksaan dia online.

 Hambik, barulah masa tu Amy ni kecoh nak tengok apa bendalah SAPS tu. Rupanya SAPS Ibubapa ni dibuat oleh Kementeria Pendidikan Malaysia untuk ibubapa menyemak keputusan peperiksaan anak-anak online ... tak payah tunggu buku rekod dah.

 Amy ingatkan bila dah ada SAPS Ibubapa ni tak payah tunggu buku Adap lagi ... tak payah mengadap cikgu lagi tapi... masih kena juga. Baru minggu lepas pihak sekolah buat hari mengadap cikgu (Amy tak ingat nama harinya). 

saps semakan ibubapa

 Klik SINI untuk akses Sistem SAPS Semakan Ibubapa. 



saps semakan ibubapa

Baguslah dah ada Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) Ibubapa ni.... sonang, bila cikgu masukkan markah aje dah boleh tengok dah. 

Kita boleh semak keputusan peperiksaan :
1. Peperiksaan Pertengahan dan Akhir Tahun Darjah 1 - Darjah 6.
2. Peperiksaan Pertengahan Tahun dan Akhir Tahun Tingkatan 1- Tingkatan 5.



saps semakan ibubapa
Macam inilah...
Bolehlah kita pantau satu-satu markah anak kita. Mana yang naik dan mana yang turun. 
4 comments on "SAPS - Semak Keputusan Peperiksaan Anak Online"
  1. semua sekolah ke dh ada sistem nih kak? bgs jgk kan... semua boleh di cari ngn ujung jari je

    ReplyDelete
  2. ada sekolah letak "program 3 penjuru" atau "dialog prestasi"

    ReplyDelete

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts :)