hilmirdadaud.blogspot.my

Akhirnya Siap Jugak...

| On
March 26, 2017
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera..

Lega bila kain langsir yang Amy beli tu dah siap jahit. Hari-hari mengadap langsir, dah tak larat nak tengok lagi dah...sampaikan tidur malam pun mimpi langsir jugak 😭. 

Sekarang ni nak rehat dulu, bagi hilang rasa muak tu dulu baru nak mencari kain langsir yang nipis tu pulak untuk 'day curtain'. Lepas-lepas tu barulah cari lagi untuk tingkap-tingkap yang lain.

kain langsir

Langsir tak abis jahit lagi mentol pulak meletop, nasib baik tak kena muka Amy masa tu. Mesti mesin ni nak bagitau dia pun dah bosan asyik kena menjahit aje kot.

Kain Langsir

Mentol aje yang meletop tapi mesin tak boleh berfungsi lagi. Terpaksalah tunggu en hubby balik keje. Rupa-rupanya suiz kat main suiz tu yang 'tendang'. Cis, buat 'suspen' aje.


kain langsir

Part yang paling Amy tak suka... kena gunting bagi lurus. Kadang-kadang yang kita rasa dah lurus tu pun tak lurus jugak. Lantaklah kau langsir tak de sapa nak cek ko lurus ke tak. Benang pun Amy bantai aje guna benang yang ada, benang kaler lain, kain kaler lain.

kain langsir

Satu lagi yang Amy lupa nak beli ialah besi pencucuk langsir ni. Langsir-langsir yang Amy jahit sbelum ni tak guna besi pencucuk tu, semuanya main masuk aje kat rod langsir ... tu pasal lah tak terfikir masa beli tu.

Banyak betul belanja untuk langsir ni kan. Tahun-tahun yang sudah  beli langsir untuk 1-2 tingkap aje jadi tak de lah terasa sangat. Tahun ni nak mencari langsir untuk 3+1 sliding door dan 12 tingkap...😭😭😭. 
Tu baru tingkap belum lagi pasang grill, kitchen cabinet. Kenalah buat sikit-sikit dulu gayanya. Ada kita buat tak de kita senyap-senyap aje.... kannnnnn.
4 comments on "Akhirnya Siap Jugak..."
  1. Rajinnya dia jahit langsir..langsir rumah Wa ni dah 5 tahun tak bertukar..:)

    ReplyDelete
  2. Hahah mesti mencabar kan nak kena fokus menjahit nih. Sakit belakang2, urat2. Tapi, bila dah siap puas hatilaa hasil kerja tangan sendirik. :)

    ReplyDelete
  3. wahhhh dah siapppp boleh raya dah ni ;-)

    ReplyDelete

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts :)