hilmirdadaud.blogspot.my

Cendol Sagu Rumbia, Labu.

| On
August 10, 2017
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Dah lupalah bila punya cerita ni... tulah lama terperap sampai lupa dah. Sebelum ni Amy ada cerita yang ada kereta sesuka hati parking depan pintu pagar rumah Amy ... macam pagar rumah dia aje dia buat kannnn,  tengah hari tu sebelum kami ke sana kami ke Labu dulu mencari Cendol Sagu Rumbia.

Minggu sebelum tu FIL Amy asyiklah bercerita pasal Cendol Sagu Rumbia Labu yang dia tengok kat TV tu. Bukan main beria lagi dia bercerita ... maka kami pun 'dapatlah' isi tersirat dari ceritanya tu. Dia nak ajak MIL masa tu MIL pulak kena tahan wad, jalan nak ke sana dia main agak-agak aje. Kebetulan kami memang hendak ke Pajam kami pun ajaklah dia pergi menyinggah ke Labu tu. Dengan pertolongan Pak Cik Waza sampailah kami ke sana.


Cendol Sagu Rumbia, Labu.

Kedai Cendol ni kat tepi jalan aje. Tempat parking dah penuh jadi kenalah park kat tepi jalan.

Cendol Sagu Rumbia, Labu.

Punyalah ramai orang sampai nak duduk pun kena tunggu meja kosong.

Cendol Sagu Rumbia, Labu.

Inilah rupa Cendol Sagu Rumbia tu. Cendol dia dari sagu kot sebab putih aje, tak tanya pun. Gula tu gula dari pokok Rumbia kot ... sesuka hati aje aku meneka...😅.

Cendol Sagu Rumbia, Labu.

Amy order Laksa, FIL ambik kuih aje. 

Order kat kedai ni pelik sikit. Kita cakap nak cendol 7 makan, 5 bungkus n Laksa 1, budak tu dah bagitau kat orang yang buat cendol tu order kami tapi orang tu cakap buat 10 cendol lepas tu nanti dia bawalah cendol tu tanya kita punya berapa , yang bungkus punya kena beratur kalau tak tunggu esok pun tak dia ambik pesanan kita tu. Penat mulut aje order. Laksa kena minta lagi sekali baru dapat.


Cendol Sagu Rumbia, Labu.

Rasa cendol tu oklah... sedap, rasa cendol lah tapi lain dari cendol yang kita selalu makan tu.

Yang penting FIL Amy tu lepas rasa nak makan cendol Sagu Rumbia.... punyalah jauh nak makan cendol. Sampai rumah dah lapar balik.
2 comments on "Cendol Sagu Rumbia, Labu."
  1. jauhnya nk cari kalu nk mkn ;-) tp nmpk sedaplah pulak

    ReplyDelete
  2. Kadang2 sanggup kan nak travel jauh semata sebab makanan. Kalau sedap makanan tu, rasa berbaloi sangat..

    ReplyDelete

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts :)