hilmirdadaud.blogspot.my

Sambal Kicap Sos Tiram Bonda Rozita.

| On
August 25, 2017
Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera...

Buka tutup buka tutup peti ais tu last-last keluarkan ikan. Bila dah keluarkan ikan kenalah fikir nak masak apa ... kadang-kadang rasa tak tau dah nak masak apa. Akhirnya goreng ajelah.


Tak kanlah ikan goreng aje kan. Kat rumah ni yang makan sayur Amy dan En Hubby, anak-anak ambik kuahnya aje. Jadi Amy buatkan sambal kicap dan ulam timun.

Amy ada simpan resepi sambal kicap sos tiram Bonda Rozita jadi masa ni lah nak try. 

Senang aje resepinya... semuanya main campak ikut selera masing-masing yang penting kena ada :

cili api
bawang putih
sos tiram
cuka
kicap

Nak lebih detail bolehlah tengok kat SINI.

Anak-anak dan En Hubby kata sedap sambal kicap ni. Irfan yang tak suka sambal kicap pun boleh makan bertambah-tambah. Lebih sos kicap ni Amy simpan dalam botol kecik, lain kali nak makan terus tuang aje.


4 comments on "Sambal Kicap Sos Tiram Bonda Rozita."

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts :)