hilmirdadaud.blogspot.my

Umrah PertamaKu - Madinah ke Mekah.

| On
March 13, 2018
Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera...

Selain dari pergi ke sekitar Madinah ada juga program ziarah sekitar Masjid Nabawi dan diberi penerangan mengenai sejarah pembinaan dan pembesaran Masjid Nabawi. 

Kumpulan kami juga dibawa menziarahi perkburan Baqi yang menempatkan para isteri Rasullulah SAW, ahli keluarga dan para sahabat RA. Aktiviti ni lah yang kami kena tinggal kali kedua tu... huhuh, padan muka.

Ziarah Muzium dan ziarah ke kawasan Saqifah Bani Saadah terpaksa dibatalkan sebab Muzium buat renovation. Semua aktiviti ziarah ni dibawa sendiri oleh Ustaz Hariato (Harry).

Umrah PertamaKu - Madinah ke Mekah.

Malam terakhir kami di Madinah, kami telah diberi taklimat perjalanan ke Mekah oleh Ustaz Faizal(Mursyid). Ustaz Faizal datang dari Mekah ke Madinah semata-mata untuk membawa kami ke Mekah.

Selepas solat subuh dan sarapan pagi kami semua diberi penerangan sekali lagi mengenai pantang larang ihram, pakaian lelaki dan perempuan ... apa yang boleh dan apa yang tak boleh. Haaa masa nilah ada macam-macam soalan pelik yang keluar.

umrah bersama uhr travel

Kami semua diminta keluarkan beg sebelum pergi solat zohor dan ziarah Wada'. Balik masjid tinggal makan aje. Lepas makan boleh balik bilik kejap untuk ke toilet dan lepas tu kami semua check out.


Umrah pertamaku- madinah ke mekah

Miqat Bir Ali

Ingatkan jauhlah Masjid Bir Ali tu rupanya tak sampai setengah jam dah sampai.

Cantik kat dalam masjid ni, ada taman kat dalam dia. Amy suka. Masjid yang paling cantik yang pernah Amy pergi sepanjang berada di sana.

Miqat bir ali

Alhamdulillah, tak berapa ramai orang hari tu. Selesai solat kami semua berkumpul semula di luar masjid.

Ustaz faizal bagi penerangan sekali lagi tentang ihram dan larangannya. Orang perempuan tak de banyak citer. Orang lelakilah dia cek betul-betul tang selipar tu dan confirmkan sekali lagi yang diorang hanya pakai 2 helai kain aje. Manalah tau kot ada yang terlupa pasal seluar kecik... heheh.

Jemaah dibahagikan kepada 2 kumpulan. Satu kumpulan lelaki dan perempuan yang akan berniat umrah biasa dan satu lagi niat umrah bersyarat ... walaupun makan pil masuk jugak dalam kumpulan ni.

Dua-dua kumpulan Ustaz Faizal bacakan niat kami ikut aje. Bila tang niat bersyarat tu ... segan pulak rasanya, heheh.

Miqat di bir ali

Nasiim tengah test cara mama dia pakaikan kain ehram ...

Kain ihram
Mamanya tak pakai kain ihram tapi mamanyalah yang pening kepala pasal kain ihram ni. Manalah sempat kalau nak harapan en hubby sorang yang pakaikan anak-anaknya. Nanti ada pulak kes yang tertanggal tengah jalan.

Akhirnya mamanya lagi expert pakaikan kain ihram dari ayah dan datuknya... siap boleh keluar dan masuk balik tangan bila ittiba' 😁.  

Masjid bir ali

Masjid Bir Ali dari dalam bas.

Kami meneruskan perjalanan ke Mekah. Perjalanan 400 km lebih. tak jauh dari Masjid Bir Ali kami semua dah pengsan.

Dah dekat maghrib kami singgah di satu hentian RnR. 
Apa yang hendak Amy katakan ialah...

Aku tak tahu aku kat mana

ditengah-tengah padang pasir

tempat jin bertendang

In the middle of nowhere....

Umrah PertamaKu - Madinah ke Mekah.

Cantik pulak pemandangan...

RnR tu kecik sangat.
Masjid dia pun kocik sangat. Toilet lagilah... beratur.
En Hubby dan anak-anak antara yang awal masuk toilet dan berwuduk jadi diorang dapat solat dalam masjid.... ehhh Amy rasa Amy tak nampak seorang lelaki pun yang solat kat luar.

Amy, Cik Ya dan MIL lambat jadi kena solat atas kapet berpasir kat luar. Tak de priversi langsung. Punyalah ramai perempuan kena solat kat luar, orang dari bas dari jalan semua boleh nampak.

Umrah PertamaKu - Madinah ke Mekah.

First time solat kat luar ... 



mertabak arab
Mertabak SR3.

Tak banyak kedai kat situ, ada satu kedai makan, satu kedai serbaneka dan 2 orang yang menjual kebab dan mertabak.

Kedai makan lengang, semua beratur kat orang jual mertabak dan kebab.
Semua orang beratur tapi ada satu pak arab ni dia nak main potong aje alasan dia tak nak beratur dengan perempuan. 

Seorang perempuan Indon tak puas hati dia pun soundlah ... pak arab tu jawab dia lelaki orang tu perempuan ... haram, cakap dengan dia pun haram. Kami semua tengok dia... ko apa hal, zaman batu kapur ke apa

Sudahnya semua orang malas nak layan... lantak lah ko kat situ. 

Kami meneruskan lagi perjalanan, naik aje bas masing-masing sambung pengsan. Dah dekat nak sampai Masjid Saidatina Aiesyah (Miqat Tanaeim) baru kami dikejutkan dan bertalbiah sehingga sampai ke hotel.

p/s: Hari terakhir di Madinah ni bibir semakin teruk. Nak senyum pun payah. 
5 comments on "Umrah PertamaKu - Madinah ke Mekah."
  1. alhamdulillah
    rezeki tu
    doakan saya juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyaallah ...
      semoga Hans juga dimurahkan rezeki dan dijemput ke sana juga :)

      Delete
  2. baca ni pun dh terasa kepenatannya kak oi.... tp kan, nape lah pak arab tu jns yg mentaliti mcm tu ek, perempuan msti mcm di tindas.... sedangkan pttnya perempuan di hormati

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu... akak pun tak puas hati, kat sana ada jenis lembut ngan perempuan tp ada jugak yg mcm tu.

      Delete
  3. rs nyer dulu buat miqat, masjid ni kecik je... org pun x ramai... rnr pun rs nyer x de lg...tau2 je kami dah smpi mekah

    ReplyDelete

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts :)