hilmirdadaud.blogspot.my

Persiapan Hari Raya ...

| On
June 11, 2018
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

biskut semperit

Tak sangka kejap aje masa berlalu kan, kejap aje dah nak raya. Amy ni pulak punyalah lama menghilang baru ari ni nak nampak muka... heheh.

Amy baru buat 2 jenis biskut raya, mood nak membiskut kelaut tahun ni 😅. Lepas raya ada cuti lagi jadi balik dari kampung sempat lagi nak kemas-kemas rumah dan tukar langsir, heheh. Alasan.

Baju raya anak-anak dah lama siap, En Hubby kata dia pakai aje baju melayu yang ada tu. Amy pulak asyik bertangguh-tangguh nak mencari kain nak buat baju lastnya tak sempat. Ingatkan nak pakai aje baju kurung yang ada tapi ekkk baju tu semua dah mengecik daaa 😭.

Hari Sabtu lepas terpaksalah pergi mencari. Nak ke Shah Alam, jauh dan ke Bangi pun jauh jugak. Ariani (Jakel) ajelah yang dekat tu pun pukul 10 pagi orang dah ramai. Parking jangan cakaplah.

Tak masuk pun Ariani tu, orang punyalah ramai. Akhirnya masuk kedai Siti Nurhaliza. Orang tak berapa ramai dan duit dalam tangan pun tak berapa jugak.. tengok harga rasa macam nak nangis.

Kalian pulak dah buat biskut raya ke?
Dah kemas-kemas rumah?
Dah tukar langsir?
Dah pack baju nak balik raya?
Ke Dah sampai kampung?
4 comments on "Persiapan Hari Raya ..."
  1. wah kuih semprit tu tentu sedap.

    ReplyDelete
  2. ok. nnt sy dtg, sediakn balang extra ya... sy nk tapau 2x kuih tu hahaha

    ReplyDelete
  3. ingat akka bizi ngn tempahan raya

    sedapnya nampak semperit akak tu....
    last2 gini kak jakel msti penuh org dh... kedai2 biasa kene rajin usha la kak, kadang harga ok baju pun ok

    ReplyDelete
  4. mek balik kg hari ni. baju pun tk pack lg. kuih raya beli aje. langsir dan kemas rumah itu malas nk pkir. hahaha. slmt hari raya, maaf zahir batin

    ReplyDelete

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts :)