hilmirdadaud.blogspot.my

Projek Kitar Semula Yang Last Minute

| On
August 27, 2018
Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera...


Sebelum start apa-apa baiklah Amy up date blog ni dulu, kang dah start tak tau bilalah dapat 'mengup date'... heheh.

Cuti sekolah seminggu kami tak ke mana-mana pun. Raya pun di sini aje cuma hari Sabtu balik Melaka, itu pun balik hari.

Irfan pulak satu minggu tu buat tugasan Geografi untuk PT3, Faris kena habiskan latihan untuk UPSR (cikgu Sc suruh siapkan satu buku). Nasiim ajelah yang relax sikit sebab baru tahun 4.

sains tahun 6

Sebelum start cuti Faris ada kata kena sediakan botol air 1.5L tu 6 biji jadi kenalah beli. Tapi anak soleh tu boleh terlupa pulak yang projek penyapu dari botol plastik tu kena siapkan masa cuti sekolah. Malam tadi baru tahu. Mamanya rasa macam nak jadi naga aje.

Jadi malam tadi jugaklah kena siapkan. Amy, En Hubby dan Irfan sekali kena tolong. Haa hambik pukul 11 malam ada bunyi mengetuk.

Punyalah seksa nak satukan 5 biji botol yang dah kena gunting tu, dah lah tak sama spesis sampai sakit-sakit tangan.


sains tahun 6

Satu lagi projek buat lastik. Yang ni pun buat malam tadi, nasib baik senang kejap aje dah siap tapi pagi tadi ada pulak yang dah tertanggal.

1 comment on "Projek Kitar Semula Yang Last Minute"
  1. wahhh kreatif nyaa! walaupun last minit tapi berhasil :D

    ReplyDelete

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts :)