hilmirdadaud.blogspot.my

Bercuti Di Langkawi - Beli Apa Yang Patut Di Beli.

| On
December 18, 2018
Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera...

Balik dari naik SkyCab pagi sebelum tu, kami menyinggah di Idaman Suri sekejap. En Hubby tak turun kereta pun. Amy pergi beli pelapik periuk dan set sudu garpu untuk nenek di kampung. Cepat-cepat ambik dan cepat cepat pergi bayar.

Bercuti Di Langkawi - Beli Apa Yang Patut Di Beli.

Kemudian kami ke HIG pulak, tak teringat pun nak ambik gambar. Masuk-masuk kedai aje terus pergi beli benda yang hendak di beli. Amy beli coklat sikit, menyesal tak beli lebih. Dah makan kat sana, sampai KL tinggal sikit aje. Nak bagi orang pun tak dapat.

Selain coklat Amy ada juga beli benda lain. Tak delah banyak beli pun, terhad dengan duit tabung yang ada. 

Sebelah malam kami ke Rams pulak. Mencari periuk visions. Masa kat HIG,  banyak tutup periuk visions kat sana ada bubble dan kecacatan yang lain.

Bercuti Di Langkawi - Beli Apa Yang Patut Di Beli.

Selepas Rams kami pergi makan kat kedai mamak yang tidak jauh dari situ.


Bercuti Di Langkawi - Beli Apa Yang Patut Di Beli.

Kalau ikutkan diorang ni kedai mamak tetiap hari pun tak pe, Amy ni aje yang jadi tak tentu arah bila nampak macam-macam kedai makan .... heheh.

4 comments on "Bercuti Di Langkawi - Beli Apa Yang Patut Di Beli."
  1. sama lah. tak tentu arah gak tengok kedai makan banyak2 ni. rasa macam nak masuk semua kihkih

    ReplyDelete
  2. wakkkkkk.. akak kalau pegi bercuti kan, tak de pun beli cenderahati wakkkkkkk.. pengalaman sbelum2 nya, habis buat tadah habuk jek.. hee~

    ReplyDelete
  3. masuk kat mana-mana kedai di langkawi memang rambang mata dibuatnya.huhu

    ReplyDelete

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts :)