hilmirdadaud.blogspot.my

Tiramisu... ringkas, senang dan sedap.

| On
May 03, 2013
Assalammualaikum...

Cuaca hari ni mendung aje... kalau ikutkan mata dah lama terlelap kat sofa tu. Huhhh bestnyalah  kalau dapat macam tu tapi nanti ada  yang balik sekolah kelaparan hihihi.

Hari ni Amy nak share resepi tiramisu yg selalu Amy buat... alaaa mesti ramai dah tau kan tapi Amy tak kira nak jugak tepek kat sini... hihihi. 




Tiramisu ni Amy buat hari sabtu yang lepas. 





Resepi ni amy ambik dr Joy of baking utk topping rv tapi amy ubah sukatannya ikut suka hati amy ... hihihi. 





Ini resepi yg amy guna... 

Bahan-bahannya:-

250g cream cheese (amy guna Philadelphia),
250g thickened cream,
130g gula castor,
1 sudu kecil esen vanila,

Biskut ladyfinger (klu nak pakai kek pun boleh)
serbuk kopi ( Amy guna decaffeinated ),
Air panas (utk bancuh kopi.. tanpa gula atau susu)
Serbuk koko.

Cara-caranya:

1. Pukul cream cheese sehingga fluffy pastu masukkan thickened cream, gula dan esen vanila. Amy masukkan gula tu sikit2 pastu rasa supaya tak delah manis sgt cheese Amy tu nanti. Bila dah siap masukkan dlm piping bag supaya nanti tak terceduk-ceduk.

2. Basahkan biskut ladyfinger tu ngan air panas yg telah dicampur ngan kopi... jgn sampai lembik sudah. Susunkan dlm bekas.

3. Picitkan cheese tadi kat atas biskut tu. Nak nipis ke nak tebal ke... ikut suka ok.

4. Taburkan serbuk koko. Lapiskan lagi ngan biskut ladyfinger tu pastu cheese pastu serbuk koko... buatlah seberapa byk yg suka. Amy buat 2 aje.

5. Sejukkan. 





Yg kat atas ni untuk anak-anak Amy. Amy tukar air kopi ngan air milo.
Selamat  mencuba. 





6 comments on "Tiramisu... ringkas, senang dan sedap."
  1. Seadpnya. Nak sebekas ☺☺

    ReplyDelete
  2. fav sy ni..akk, hntr sebekas ke sini bleh? ;-)

    ReplyDelete
  3. alaaaaaaa menariknyee dikk
    favorite akak juga nie huhuh

    leh tak tempah ngan amy ?

    ReplyDelete
  4. nice day:)
    saya adalah saya hari ini karena pilihan-pilihan
    yang saya kemarin..


    bagi-bagi motivasi yaa.. :)


    http://wisataoutboundmalang.com/

    ReplyDelete
  5. Best nye. Tapi Tedi tak suka biskut finger.

    ReplyDelete

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts :)