hilmirdadaud.blogspot.my

M&M Cookies ....

| On
July 01, 2014
Assalammualaikum..

Biskut ni Amy buat seminggu sebelum puasa... tak sampai 2 hari dah habis kena kenduri.



Kalau tak letak M&M pun biskut ni memang dah sedap dah, tapi kalau nak buat untuk raya ... tak leh pakai M&M ni.. mahal.






M&M Cookies / Smartie Cookis.


Bahan A

250g mentega,
30g shortening,
250g gula perang,
2 tsp esen vanila,
2 biji telor gred B,

Bahan B

460g tepung gandum - diayak,
1/2 tsp baking powder,
1 tsp emplex,
1/4 tsp garam halus,
60g badam cincang,

Hiasan : coklat M&M @ Smarties.




1.   Pukul bahan A hingga kembang dan berkrim.  Masukkan esen vanilla dan telur satu demi satu dan pukul hingga bergaul rata.

2.   Masukkan bahan B dan uli hingga menjadi doh yang lembut.  Rehatkan doh selama 15-20 minit.

3.   Ambil 1/2 tbsp adunan (kecil) atau 1 tbsp adunan (besar), gentel bulat dan tekankan dengan 3-6 biji coklat M&M smarties. Amy letak 3 aje.

4.   Panaskan oven, susunkan di dalam loyang yang telah digris.  Jarakkan biskut 5cm diantara yang lain kerana biskut ini mengembang ketika dibakar.

5.   Bakar hingga keperangan.

TIPS  :  Jika inginkan tekstur yang lebih lembut kurangkan sukatan tepung 80-100 gm.



Selamat Mencuba....




3 comments on "M&M Cookies .... "
  1. sodap nih... kalu cookies mmg laju je kan laku nyer

    ReplyDelete
  2. Alahai.. comelnya.mesti budak-budak suka.

    ReplyDelete

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts :)