Assalammualaikum..
Biskut ni Amy buat seminggu sebelum puasa... tak sampai 2 hari dah habis kena kenduri.
Kalau tak letak M&M pun biskut ni memang dah sedap dah, tapi kalau nak buat untuk raya ... tak leh pakai M&M ni.. mahal.
M&M Cookies / Smartie Cookis.
Bahan A
250g mentega,
30g shortening,
250g gula perang,
2 tsp esen vanila,
2 biji telor gred B,
Bahan B
460g tepung gandum - diayak,
1/2 tsp baking powder,
1 tsp emplex,
1/4 tsp garam halus,
60g badam cincang,
Hiasan : coklat M&M @ Smarties.
1. Pukul bahan A hingga kembang dan berkrim. Masukkan esen vanilla dan telur satu demi satu dan pukul hingga bergaul rata.
2. Masukkan bahan B dan uli hingga menjadi doh yang lembut. Rehatkan doh selama 15-20 minit.
3. Ambil 1/2 tbsp adunan (kecil) atau 1 tbsp adunan (besar), gentel bulat dan tekankan dengan 3-6 biji coklat M&M smarties. Amy letak 3 aje.
4. Panaskan oven, susunkan di dalam loyang yang telah digris. Jarakkan biskut 5cm diantara yang lain kerana biskut ini mengembang ketika dibakar.
5. Bakar hingga keperangan.
TIPS : Jika inginkan tekstur yang lebih lembut kurangkan sukatan tepung 80-100 gm.
Selamat Mencuba....
sodap nih... kalu cookies mmg laju je kan laku nyer
ReplyDeleteAlahai.. comelnya.mesti budak-budak suka.
ReplyDeleteEmplex tu apa?
ReplyDelete