hilmirdadaud.blogspot.my

Menu berbuka puasa... Nasi Ayam berempah.

| On
June 13, 2012
Assalammualaikum...

Semalam Amy puasa ganti seperti biasa kalau dah namanya berpuasa mestilah nafsu mkn semacam aje. Dari malas nak masak terus rasa nak mkn mcm2... nak2 pulak tu kalau dah menyinggah blog yang ade resepi mcm2 mknan lagilah tak tahan godaan. 

Balik aje dari menghantar Ameer Irfan ke sekolah Kafa, terus berperang kat dapur tu. Nasib baik ayam tak beku lagi, bolehlah cuba resepi kak Azlita.... Nasi Ayam berempah. Resepi ni senang dan tak byk bhn nak sediakan.


Rupa ayam berempahku memang tak handsome...


Pau Goreng berinti kacang Merah.

Sambil menunggu ayam yang di rebus, tiba2 terigat pulak kat kuih yang Aliya buatkan utk Amy masa datang menyibuk kat rumah dia. Apalagi buka fb dia cari resepi ni. Nak cepat punya pasal salin bhn aje cara2 nya tak sempat, bila nak mengadun kenalah hentam aje... dah siap tinggal nak goreng aje tak sempat pulak sbb nak gi ambik Ameer Irfan dan bawa sekali yg lagi 2 org tu gi ngaji. 

Bila balik tengok pau tu dah tak de rupa lagi dah.... kenalah bulatkan balik... tu yang tak handsome juga tu.


Tak de sos sbb lupa nak beli cili merah. Rasa.... memang berbaloi mencuba. 



NASI AYAM BEREMPAH
By : Zana
Rujukan : Kak Anim
Di ambil dari blog kak Azlita

Bahan Nasi.


600 gm beras basmathi ( Amy buat 1 1/2 cawan aje)
2" halia -dihiris halus
5 ulas bawang putih- di tumbuk halus
2 helai daun pandan
1 kiub pati ayam + air rebusan ayam ( Amy tak letak sbb tak ade)
garam secukup rasa
sedikit minyak + sesudu marjerin untuk menumis

Bahan untuk sup dan ayam berempah
1 ekor ayam di potong empat
1 bunjut rempah sup-Kak Azlita  guna 2 sb serbuk rempah sup 
air secukupnya menutupi ayam
garam secukup rasa
4 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1"halia
bahan *-ditumbuk halus
2 sb rempah kari daging
minyak untuk goreng terendam

Bahan utk sos

6 biji cili merah
5 ulas bawang putih
1 st gula pasir
1 sm sos tomato 
2 sm jus limau kasturi
sedikit air masak

Selamat Mencuba....



Be First to Post Comment !
Post a Comment

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts :)