hilmirdadaud.blogspot.my

Image Slider

Assalammualaikum....

Hari ni Amy nak share resepi kek kukus coklat yang sedap lg moist gitu...

Mungkin ramai yang dah ade resepinya tapi Amy tak kira... Amy nak letak jugak kat sini.



Bahan-bahannya..

A. 1 cwn serbuk koko,
     1 cwn gula,
     1 cwn minyak masak,
     1 cwn susu cair,
     1/2 cwn susu pekat.

- Dimasak dgn api yang kecil. Agak2 suam dan sebati- tutup api.

B. 1 1/4 cwn tepung,
     1 1/2 sk double action baking powder,
     3/4 sk soda bikarbonat.

- ayak/tapis bersama. Takut2 ade makhluk asing pulak kat dlm tu.

C. 3 biji telor - dipukul sehingga kembang semangkuk hihihi.. Amy letak esen Vanila 1 sudu kecil kat dlm tu.



Cara-caranya,

1. Panaskan periuk kukus.

2. Masukkan bahan A tadi ke dlm telor yang dipukul tadi. Gaulkan sehingga sebati.

3. Masukkan tepung sikit demi sedikit- gaul lagi. Dah siap.....

Bolehlah nak masuk dlm loyang ke dlm bekas plastik ke... Yang penting api sederhana jgn kuat sgt. Kang merekah sana sini tp dlm tak masak.


Topping... yang meleleh2 cam kat atas ni,

3/4 cwn serbuk koko,
1    cwn gula kastor,
1    cwn susu cair,
2    sb tepung jagung,
1    sb butter,
sedikit air.

Caranya - Masuk semua dlm satu tempat, kacau atas api kecil sehingga pekat sikit. Api jgn besar nanti hangusssss. Dah siap. Biar kan sejuk dulu sblm tuang kat atas kek.





Assalammualaikum...

Malam selasa aje yg duduk kat depan tv tu, malam lain tak de tau...





Rancangan tv ni yang dihadap setiap minggu..



Dah tak mengadap citer korea lagi... kang anak2 tak buat homework pulak.

Assalammualaikum...

Kenangan dolu-dolu...

Gambar en hubby (masa kat ALAM) kat pamphlet MISC masa belasan tahun.




Yang sebelah kiri tu yer...

Hahaha... nampak muka dr bawah aje. Pamphlet tu pun dah hilang nasib baik ade ambik gambar... 

Assalammualaikum

Minggu lepas ade kawan Amy order choc cheese cake, katanya nak kek yg lembut. Amy rasa sebelum2 ni kek cheese yang amy buatkan utk dia memang lembut pun klu baru keluar dr peti ais tu yg keras sikit... sikit aje tak banyak pun.

 So... amy pun carilah resepi yang lain yang tekan aje rasa mcm span gitu... tapi Amy dapat 2 resepi pulak. 


Chilled Choc Cheese Cake...

Yang ni Amy buat sebab gambar yang kat resepi tu nampak mengoda sungguh, lagi pun Amy tak pernah buat lagi cheese cake yg tak payah bakar ni.

Keratan rentas... mcm peta topo pulak.
Bawah sekali... seperti biasa oreo,
Kedua... Lapisan cheese,
Ketiga...Choc Mousse,
dan 
keempat.... Choc ganache.
Rasanya sedap dan mcm makan ice cream aje klu baru keluar dari peti ice tu.


Resepi kek ni pulak diambil di sini. Akak tu cakap kek ni lembut aje... so kek nilah Amy buat utk kawan Amy tu. Sorry... tak de gambar keratan rentas tau...


Yang ni adalah cheese kek yang selalu Amy buat just tambah coklat aje. 



Belum di letak topping lagi. Gatal tangan gi hentak sblm bakar kan dah lubang2. Kek yg atas tu yg kena hentak, kek ni tak payah.
Amy yg suka cheese ni... paling suka dgn kek ni, kek ni cheesenya 500g.. banyak kan. Kalau kek yg atas sekali tu, sedap tp rasa cheesenya kurengggg mungkin sbb ade byk bhn lain kat dalam tu.

Assalammualaikum...

Cer teka berapa harga semua ais cream ni?


Semua sekali....... RM21.00 (huhuhu... mahalnya ice cream ni)

Kalau beli kat luar..... banyak ais cream dapat ni. 
Assalammualaikum...

Hari Ahad kami gi tengok wayang aje. Plan nak gi Kidzania tp tanya kat pakcik google, dia bagi tau hujung minggu biasanya ramai org, tiketnya lagi mahal dr Sunway Lagoon yang kami pegi semlm. Kaki pun masih sakit lagi sbb smlm punya pasal.



Kalau dulu nak tengok wayang kena gi jauh tp skang 5 minit aje dah sampai.

 Mula-mula nak tengok MIB3 tp tak sempat sbb dia start pukul 12:10 dan citer dia kejap aje. Kami sampai pun dah pukul 12.



Kami tengok Marvel Avengers pukul 12:30 sampai pukul 2 lebih. Best jugak citer tu... ade hulk, Thor, Loki, Ironman dan captain America. Ironman tu memang dari cerita Ironman begitu juga Captain America dari ceritanya  dan digabungkan dalam cerita ni. 


Gi tengok wayang lagi murah dari gi Kidzania tu. Mungkin lepas ni boleh gi berkelah pulak. Tak semestinya kena keluar duit yang banyak utk cuti yang best kannnn..

Assalammualaikum...

Yeiiii sekolah dah cuti... hihihi. Anak yg cuti sekolah mama pulak yang lebih. Bagi yg seangkatan ngan Amy mesti faham kenapa... lega, rasa macam kita pun cuti sama. Tak payah nak terkejar2 nak buat sarapan, nak masak, nak buat keje rumah... tak payah nak turun naik lif banyak kali sbb nak antar dan ambik dr sekolah dan tak payah nak gosok baju byk2. Tinggal nak urus en hubby yang nak gi opis pagi2 aje.

Hari sabtu tu terus ajak en hubby gi Sunway Lagoon sbb dlm hati berlonjak2 hepi cuti dah start. Memang ketara mamanya yg over dr anak nya hihihi.


Habis aje Kumon terus tuju ke sini. Dah lama sgt tak gi sini sampai jalan pun dah lupa. Harga tiket pun sama, Sekali tengok harga tiket hari tu rasa mcm nak 'kensel' aje tp dah penat2 dtg tak kan nak balik pulak kot. Bukan sikit RM yang terbang... nyesal-nyesal.


Ayahnya sibuk beli tiket, sikecik ni pulak sibuk main benda tu. Kami ambik Wildlife Park, Water Park dan Amusement Park. Itu pun dah tak larat sampai sakit kaki.


Ikan ni besar tau...




Ular ni pun besar... tapi dah mati... Ntah apelah yg dia mkn sblm ni sampai besar mcm tu.


Tido di tengah hari...


Ambik gambar arnab ni dr atas. Giant Rabbit... sbb arnab ni memang besar saiz dia tak mcm arnab biasa.


Water Park... main air.



Lapar punya pasal, tak lunch lagi. Mahal harga  mkn kat situ. Terkedu bila tengok harga. Cer teka berape harga ais krim ni Amy kena bayar....
.
esok Amy bagi tau... simpan utk esok hihihi...


Sebelum tukar baju, mkn ais krim dulu..

Dah tukar baju pun... tetap nak main air lagi.



Amusement Park. Naik Buffalo Bill Coaster. Amy n Ameer Irfan tak naik sbb takut.. huhuhu. Tak sempat nak naik Apache Pots, Voltures dan yang lain2 sbb dah pukul 6 petang. Dia org dah tutup. 



Punyalah jauh parking keta. Budak ni dah letih sgt...


Masa baru sampai, budak2 ni tanya.." Mama.. kita tak tido hotel ke?" 


Dah tak larat... tunggu kat sini aje sementara ayahnya gi ambik kete.  Kami semua sakit kaki... termasuklah en hubby.


Assalammualaikum...

Gumbiranya dalam hati... lalalala... yei..yei akhirnya habis jugak. Dari cuti sekolah pertengahan tahun lepas en hubby Amy keje kat Lumut hari ni hari terakhir beliau di sana. Projek buat badge tu dah siap...  Tugboat pun dah sampai semlm nak tarik badge ni ke Port Klang. Ikut jadual... hari ni badge ni akan di tarik ke sana.



Inilah badge yg menyebabkan en hubby amy tu lama sgt kat sana.

Amy nak citer sikit pasal badge, mungkin ramai yg dah tahu. Badge ni tak mcm kapal tau, dia tak leh jalan sendiri. Tu yang nak kena tarik tu.

Yang Amy tau, Badge ni tempat org tinggal mcm org yang keje kat pelantar minyak tu. Ade juga fungsi lain tapi amy malas nak ambik tau.




Yang penting, lepas ni en hubby Amy dah boleh ari2 ade kat rumah. Walau pun waktu mlm aje.... tu pun dah kira ok lah tu kannnn.
Assalammualaikum....

Minggu peperiksaan... 



Baca kuat sikit... mama pun nak dengar jugak.
Assalammualaikum...

 Pagi semalam waktu hantar Ameer Irfan gi sekolah, ada banyak motor kat lorong kecil yang dalam gambar tu. Lorong kecik ni merupakan pintu belakang flat PPr Pudu Hulu. Bertentangan ngan lorong ni pulak adalah kawasan SK Sri Bintang Utara dan SK Sri Bintang Selatan.

4 Sekolah kat satu tempat, bayangkan betapa sesaknya. Nasib baik ni jalan mati. Amy hantar Ameer Irfan gi sekolah jalan kaki aje, sbb lagi cepat dari naik keta.


Nampak tak bangunan hujung tu. Kat situlah rumah Amy.
Pagi tadi keta ni elok lagi.


Ok berbalik cerita pasal motor tadi. Mereka semua tak leh nak lalu sbb ade seorang manusia yang tidak berfikir panjang dah blok lorong tu ngan keta dia. Dia org kena angkat motor tu pulak. Masing- masing merunggut tak puas hati. 


Dah pecah..

Lebih kurang pukul 8 pagi, Amy tengah sidai kain kat balkoni. Tiba-tiba dengar bunyi kuat, tak tau mcm maner nak terangkan bunyi tu tapi bila Amy dengar, Amy tau ade sesuatu yg kena baling. Amy pun carilah maner datangnya bunyi tu. Dari jauh Amy nampak ade seorang lelaki tengah gangkat batu dan membaling ke arah kereta tu. Lepas tu dgn selambanya dia pun pergi ngan motornya. Dia sorg aje kat situ tadi mungkin yang pertama pun dia punya keje. Ceh macam tulis novel pulak Amy ni kan, hihihi..




Pukul 1:30 Amy lalu sini lagi sbb nak menjemput Ameer Irfan. Kete ni ade lagi kat situ, apa lagi Amy pun sambil lalu sambil ambik gambar la.

Tu laaa ade banyak tempat boleh parking, kat situ jugak yang nak parking. Kan dah kena. Petang tu.... Amy tengok dr rumah Amy, keta tu dah tak de dah. Tak taulah macam maner riaksi tuan punya keta ni bila dia tengok keta dia. 

Pengajarannya....  jangan buat sesuatu ikut suka aje dan jangan menyusahkan org lain.


Assalammualaikum...

Tengoklah kedai Bata ni, nak lalu pun susah. Nak pilih kasut lagilah susah. 



Masa ni angin Amy memang tak baik, hangin tak tentu pasal. Sape aje yg bertanya rasa macam nak marah aje. Bila masuk kedai ni lagi bertambah hangin...
.
.
Last,


En hubby yang masuk, mencari selipar untuk anak-anaknya. Kalau ikutkan Amy, tak hingin nak beli kat situ. Dia tak kuasa nak melayan Amy, kang anak2 tak dapat selipar angin taufan pulak yang melanda ... hihihi, nasib baik dia memahami. 

Assalammualaikum...

Bukan main lagi kan si Ameer Nasiim ni.... Ni gambar kat Klinik Kita, Desa Pandan. Gi Klinik pun nak bergaya jugak tau.... hihihi. Cer teka kenapa ngan budak betuah ni....



Jawapannya..... dia kena sakit mata. Tu pasal nak kena pakai cermin mata hitam tu, kang ade pulak yg kata anak dia berjangkit dari anak Amy.

Dulu-dulu, Amy ingat kalau dekat2 aje dah boleh berjangkit tapi menurut doktor tu penyakit ni berjangkit melalui sentuhan. Kalau dah sentuh mata yg sakit tu, jangan pulak sentuh mata sendiri tanpa basuh tangan dulu. Kang tak pasal2  aje....

Assalammualaikum...

Hari ni Smart Reader Taman Pertama buat Teachers Day celebration, parents diminta sumbangkan makanan atau minuman bagi memeriahkan lagi majlis tu. Amy buatkan kek butter dan kek coklat moist aje. Jadilah. Itu pun tak menyempat2 budak 2 org tu nak bawakan.


Kek butter


Kek coklat moist

Nasib baik van smart reader tu boleh tolong bawakan, kalau tak kenalah naik teksi hantar kek2 ni.

Hari ni Amy nak kongsi resepi kek butter ni. Kek ni.. kalau pada tekak Amy memang sedap, moist dan gebu. Satu rumah berbau kek ni. Banyak kali Amy dah buat dan bagi pada jiran2 dan kawan 2 en hubby... setakat ni semua kata sedap.

Berbanding kek lain yang pernah Amy buat.. kek nilah yang paling senang dan rasanya sgt sedap. Asyik2 makan kek coklat, kek cheese, rv, dfcc... raya tahun ni Amy ingat nak buat kek zaman nenek Amy ni pulak.


Resepi ni Amy jumpa kat forum cari, resepi dari Kak Bebop. Ramai  yang dah cuba resepi ni dan semua kata sedap..

Resepi Kek Butter...

Bahan A,

250g butter (Amy guna scs),
200g gula,
210 tepung,
1 sudu teh baking powder,

Bahan B,

5 biji telor.
(Amy pandai2 tambah esen vanila sikit).

Cara-caranya....

Ayak dulu tepung ngan baking power tu, takut ade pendatang asing pulak kang. Pukul bahan A sehingga sebati.... masuk aje semua.

Last masukkan telor satu2. Pukul lebih kurang 5 minit. Sila jangan pukul lama2.... kenapa Amy pun tak tau sbb lum pernah buat lagi. Kalau oven kecik amy tu, suhu 130 dan masak selama 30 minit, kalau oven lain Amy tak tau... Pandai2 lah guna teknik cucuk dan lihat itu ye... hihihi. 

Selamat mencuba..

Assalammualaikum..

Pagi ni buka blog...konon  nak belek2 dulu ape citer menarik, semalam tak sempat nak menyengah, bila scroll aje ke bawah  terkejut Amy bila keluar benda ni... berderau darah sekejap.. Blog yg Amy follow semuanya tak de..


Alahai kecik pulak.. sorry lah ye..

Nasib baik kejep aje, lepas tu dah ok dah. Memang terkezut betul..
Assalammualaikum...

Hari ni cerita bergambar lagi.. Hari sabtu yang lepas, Amy n en hubby bawa 3 Ameer yg kecik2 gi playground kat KLCC (macamlah kat umah tak de playground kannnnn..). Gambar2 ni dah lama duk kat dalam draf baru hari ni Amy ada kesempatan utk menyudahkannya..

Kali terakhir gi kat playground tu masa Ameer Nasiim masih baby lagi.. dah lama sgt. Selalu gi KLCC tapi tak menyinggah pulak kat situ.

Macamlah kat rumah tak de playground... masing2 tak menyempat2 nak gi..

playground kat rumah tak de background KLCC... tu yg bersemangat nak bergambar..



Ameer Irfan...


Menunggang Panda... jadilah, nak tunggang kuda ntah bila ntah..


En hubby.. dah penat berjalan, duduk kejap.



bestlah tu...



ni kalau ter....... Nasib baik ayahnya ade kat tepi tu.. Inilah salah satu sbb mama n ayahnya tak leh nak duduk kejap, asyik nak mengekor dia org aje.


Ni dah turun tak leh panjat lagi tau..


Tinggal rangka aje.. 


Dah bawa baju mandi tapi tinggal kat kete. Mulanya amy fikir baru lepas hujan mesti sejuk, pastu menyesal pulak. Sudahnya Amy lipatkan kaki seluar masing2... main aje kat tepi2 tu.



Ameer Faris nak sangat gi kat jambatan ni. Ameer Nasiim dah basah dari atas sampai kebawah akibat aksi seorg budak. Air tu tinggi sikit aje dari buku lali, Ameer Nasiim yg kebetulan ade kat situ pun basah. Bila dia nampak si kecik tu dah basah terus budak tu lari. Salah mamanya lah yg tak bawa swimming suit. Kan dah basah..


Perut pun dah lapar, singgah kat sini nak beli caramel almond jap.


Tak pasal2 kena beli baju dan seluar baru..

Amy tak sempat nak gi mencuci mata, anak2 dah penat... semua nak balik... huhuhu