Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...
Rasa macam tak lengkap pulak kalau bulan puasa ni tak buat biskut. Tahun ni seperti tahun-tahun yang lepas Amy buat biskut coklat cip.
Biskut ni biskut 'fabret' family Amy. Sekali buat 3-4 bacuhan. Hari tak raya lagi dah abis 1-2 bekas. Walaupun dah ada Amy sertakan dalam post yang lepas-lepas tapi Amy kongsikan sekali lagi resepi biskut ni.
Resepi ni Amy dapat dari adik ipar Amy tapi yang empunya asal resepi tak lah Amy ketahui.
Dulang yang pertama Amy bakar kononnya nak kaler yang cantik sikit jadi masa bakar dia Amy kurangkan dari biasa tapi hasilnya... rupa cantik tapi tak rangup. Kalau biskut ala Subway dah ok dah tapi kalau biskut ni rasa macam pelik pulak. Jadi dulang yang seterusnya Amy bakar lama sikit. Kaler gelap sikit tapi rasa rangup.
Choc Chip Cookies.
Bahan-bahan:
200g butter (Amy guna buttercup),
140g brown sugar,
200g choc chip,
260g tepung superfine,
40g tepung jagung,
2 biji kuning telor,
1/2 sudu kecil emplex,
1/2 sudu kecil esen vanila.
Cara-caranya ;
1. Campurkan tepung superfine, tepung jagung dan emplex kemudian diayak... manalah tahu kot ada makhluk asing.
2. Pukul butter dan gula sehingga sebati sahaja.
3. Masukkan kuning telur dan esen vanila. Sebatikan. Amy guna senduk kayu aje.
4. Kemudian masukkan tepung yang telah diayak tadi dan choc chip sikit sikit ke dalam adunan. Mula-mula adunan tu macam lembik aje, jangan risau... biarkan seketika nanti dia akan ok.
5. Kepal-kepalkan dan buatlah bentuk apa yang suka kemudian bakar ikut suhu oven masing-masing.
p/s: Tepung gandum yang Amy gunakan untuk buat biskut telah Amy sangaikan terlebih dahulu dan diayak.
Selamat Mencuba.
rajinnye..sy x rajin..huhu
ReplyDelete