Window shopping sampai sakit kaki...

       Nak cite pasal jalan kat kl lagi, tapi kali ni hubby n anak2 tak ikut. Amy pergi ngan adik ipar pulak  selepas krimas. Tau2 ajelah kalau kuar ngan anak2 kalau nak gi 10 tempat yang dapat pergi pun 2-3 tempat aje, so ayahnya sukarela nak menjaga ( dia pun malas nak gi sebenarnye).
         Dah dekat 9 tahun duduk kat KL, berkali2 gi Pavilion tp tak pernah pulak masuk dari tengah (tengah ke? ntahlah lebih kuranglah). Selalu parking kat Pavilion tu tp kali ni parking kat Wisma Cosway. Murah aje RM 3.50 per entry. Lagi pun Pavilion punya parking dah FULL.  Nilah kali pertama pergi Pavilion parking dia full.


Memang cantiklah...



Dah lama berkenan dengan kasut ni, mahal punya pasal... nak tunggu kot2 ade sale. Kat KLCC tinggal saiz 6 aje (saiz kasut ni besar pulak dr kasut yg lain) tak leh beli sebab besar. kene Cari saiz 5.


Banyak betul patung beruang kat Pavilion tu. Macam macam design ade.


Ni lah orang yang kene bawak amy berjalan tu. Kalau nak shopping memang selalu ajak dia. Dia n adik dia tau aje nak cari barang kat maner... biasalah org bekerja ni memang kene selalu shopping baru lah up to date.


dari Pavilion gi Lot 10 pastu gi Sungei Wang n Bukit Bintang Plaza, balik semula ke Pavilion tp singgah kejap kat Sephora . Memang dah sakit2 kaki... tulah pakai kasut tinggi2 lagi. Haus pulak tu nasib baik bukan bulan puasa. Kasut yang berkenan kat hati tu, saiz 5 semuanya dah habis.



Kita org berjalan dari pukul 2 sampai pukul 6. Ingatkan nak terus balik tp menyinggah pulak di Cotton on tu ade sale, tp tak beli pun saiz utk org yang slim aje kat situ. Nichi pun dah tak best. Tak pe nanti cuti raya cina kalau ade rezeki nak gi JPO pulak. Dengar citer kat sane murah sikit dari kat sini.

Sampai rumah, si kecil tu bising mulut dia, tak puas hati mamanya pergi lama sangat. Abg2 nye ok aje. Yang paling tak best, kaki sakit sampai keesokkan hari nye.

Jalan jalan KL

Assalammualaikum..

Pehh memang sesak betul KL hujung minggu yang lepas. Nak raya pun tak sesak macam tu. Dah dekat sebulan ni jalan kat Lumut dan Sri Manjung aje, kali ni jalan kat KL pulak.

First gi Berjaya Times Square, bukan nak gi window shopping tau tp nak gi DIGI bayar bil (saje nak bayar kat situ.. tempat lain pun boleh sebenarnye) hihihi..


.
Hari tu, anakku yang ini pulak demam.. nasib baik ayahnye ade... dialah yang dukung. Ubat demam sentiasa dibawa, cukup masa aje terus bagi.



Yang ni pulak kat Isetan, Lot 10. Sila abaikan budak yang berposing kat situ ye... bukan anak i tau.
Suruh budak2 tu bergambar dengan transformers tiruan tu, semuanya takut.. sudah  maknye ambik gambar anak orang..

NI pulak kat jambatan antara Lot 10 ngan Sungei Wang. Jalan kat bawah tu jemmmm..



 KLCC pulak.. nak gi kedai MAC. Dah gi kat Times Square n Lot 10 tp nak tengok kat sini pulak. Cari baju untuk I pad. Lepas beli baju untuk i pad tu terus balik.. tak best nak berwindow shopping lagi.. ramai sangat org.



Semua shopping kompleks  di hias cantik2... nak raya dulu pun tak secantik n semeriah macam ni. Tak adil betul lah dia org, padahal yang sambut Hari Raya lagi ramai daripada yang sambut Krismas. 

Demam lagi...

Dah lama tak buat n3 kat sini. Dah 8 hari Ameer Faris demam, risau jangan cakap lah. Belum 6 jam lagi makan ubat..dah panas balik badan dia. Berbotol2 ubat demam dah so ambik keputusan balik kl.


Ni gambar kat Hospital Ampang Putri. Memandangkan doktar yang selalu kami jumpa bercuti kenalah kami jumpa dr lain. Rupa2nya anak ku ini peparunya dah kene jangkitan. Tak gheti nak terangkan macam maner. Dr suruh masuk ward tapi amy tak nak.


Kesian dia, sampai kene bg gas, kene sedut kat hidung dan kene inject lagi.... part ni aku memang fail nak terangkan..


Ubat untuk dia pulak kene tunggu 15 minit nak disediakan. Antibiotik sampai 2 jenis kene makan.



Benda ni pun ade.. 


Kalau dah gi Ampang Putri, tau-tau ajelah kosnya... dengan doktornye, cek darah, ubat n ntah ape2 lg, bayangkanlah kosnye..huhuhu..

Agak-agaknya kalau claim kat "kampeni" en hubbyku tu.. besar tak bijik mata depa tengok bil tu?... 

Bercuti di atas katil...

Assalammualaikum...


Anak-anakku demam pulak.. kenelah 'kensel' plan nak gi jalan2 kat Lumut esok. Mula-mula si abg yang demam pastu adiknya pulak..




Nilah budak2 yang demam panas  tu.  Rumah hari ni sunyi sikit, kalau tak macam ade 10 org budak kat rumah ni.






 m Naim hanya bermain dengan Amirah sahaja.. mamanya pulak kena jadi nurse ari ni. Harap2 cepatlah sembuh.


                                                  Tata....

Cuti Sekolah di Lumut Part 2

Assalammualaikum............

         Weekends ni tak de gi maner2.. duk kat rumah aje... hujan. Malam tadi pun, gerhana bulan tak dapat tengok kerana kat sini hujan lebat.




Semalam lunch kat Restoran Ah Choon ni.. Jangan risau tau.. tauke dia tu islam. Nasi goreng dia adalah yg paling murah pernah aku makan kat Manjung dan lumut (RM 3.50), Tapi yang sedap adalah Udang lipan..mungkin banyak kedai yang sediakan udang lipan ni tapi tak terjumpa lagi.



 Selepas makan, kebetulan lalu kat depan opis en hubby.. so singgah kejap kat Taman Paya Bakau ni. Betul2 depan opis dia.



                 Kat sini ade banyak monyet dan monyet2 ni tak takut orang.. kita balik takut kalau dia mencapai barang kita.





Selepas tu, gi beli buah rambutan, manggis dan cempedak. Sepanjang jalan menghala ke Teluk Batik ni ade ramai yang menjual buah-buanhan tempatan. En hubby aje yg turun beli..


5:30 pm pulak gi Setiawan dengan family aisyah. Tengok wayang citer Puss in the boots 3D. Bukan main happy lagi anak-anakku, tapi sayang... 3D glass nya budak2 ni tak boleh pakai..adisi kecil belum direka lagi lah....



3 Layer Tea
Sebelum balik rumah.. singgah dulu kedai mamak. Setiap kali gi Lumut mesti nak tea ni.. dah jadi kemestian pulak. yang gelap tu nira nipah (bukan air nira tau). Rasanya memang best.

Rasa-Rasanya, kat KL ade tak air ni?



Cuti Sekolah Di Lumut Part 1.

Assalammualaikum..


Dah dekat setengah tahun en hubby ku kerja kat Lumut ni. Cuti sekolah ni, kami tinggal dengan en hubbyku di sini.. tak taulah ade berape part nanti cerita kat Lumut ni. Walaupun dah banyak kali dtg sini tp tak pernah lagi bawa anak2 berjalan sekitar apartment yang kami duduk ni.


Petang semalam, selepas en hubby ku balik dr opis.. walaupun dah lewat (pukul 6:35 pm) ajak jugak dia turun.. tak kira sape suruh selalu balik lambat.


Ni pemandangan dari balkoni. Belakang Apartment yang kami duduk. 




Ni pulak pemandangan depan apartment.. mengadap hutan, rumah usang, pokok sawit yang kecik lagi dan satu2nya jalan raya ke Lumut.


Apartment ni aje yang ade kat tengah2 hutan ni..kedai semuanya jauh..Tak boleh nak bergerak kalau en hubby aku tak ade kat umah.



Anak-anak ni pulak.. macam tak pernah jumpa tanah.. semuanya benda pelik.






Bukan main lagi anak ku yang besar tu.. dah dekat maghrib ni.






Sepanjang hutan paya bakau ni ramai org datang memancing.. yang pakai bot pun ramai. Monyet pun banyak jugak.  Kat sini, selain kucing,anjing..monyet pun ade yg jadi korban jalan raya. kesian..kesian.

Breakfast dengan Maggie..

Assalammualaikum...

Pagi ni tak tau nak breakfast ape..Tiba2 teringat dah lama tak makan magie.Pesanan utk diri ku sendiri..Magie ni tak baik utk kesihatan. Oleh kerana En hubby pun dah gi keje, anak2 pun lum bangun.. Aku sorang aje yg mkn makanan tak berkhasiat tak pe.

Arwah mak dulu selalu masak magie cam ni..
bawang merah,bawang putih dan cili api = semuanya di hiris iris. dan ikan bilis.
tumis semua di atas pastu masuk perencah magie tu, masuk magie dan air.


Resepi tu bukan untuk magie aje.. nenek pula selalu buat bihun goreng putih. Sebab dia putih aje.. aku bg nama putih. Tumis bhn di atas tu.. klu nak ikan bilis tu gareng masuk ikan bilis dulu pastu baru yg lain. Dah wangi tu masuklah bihun... nasi goreng pun sama tp nasi goreng aku bagi nama nasi goreng malas.. sbb bila aku malas aje baru buat nasi goreng cam tu. Senang.. hiris cili, bawang merah, bawang putih dan ikan biles tu aje..
Kalau nak buat sambal ikan bilis org malas pun boleh gak.. tapi kenelah byk kuantiti bahan tu terutama si ikan bilis.
Terer kan nenek dan arwah emak ku... tp dia org jarang sangat guna resepi tu yang selalu pakai tu adalah aku (tahap malas dah kritikal hihihi).
terai lah..

Sephora oh sephora

Hari sabtu yang lepas (3/12), bukan main banyak kete lg kat kl.. KLCC ramai sangat org. Rupa2nya ade PC fair. Nak masuk toilet beratur sampai luar, masuk surau .. nak ambik air sembahyang pun kene beratur. Oleh kerana ramai sangat org + anak2 yg byk cerita .. tak best nak berwindow shopping.. so terjah sephora sekejap..
Walaupun si sephora tu dah lama ade kat kl tp aku tak pernah berkesempatan nak memanjangkan langkah ke sana. Aku cuma sempat tangkap compact powder aje itu pun tak sempat nak mencuci mata lama2. Mcm2 brand ade.. yg bestnya tak de yang nak mengekori kite. Kita boleh tanya tentang semua brand.. tak lah terhad pad satu jenama aje.
Yang pasti lepas ni nk gi lagi..




Sephora KLCC


ramainye

Skian melaporkan..hihihi..