Rasa macam nak raya pulak...

Assalammualaikum..

Hari sabtu yang lepas, takdelah banyak  aktiviti pun. Selepas hantar anak2 gi Kumon, amy ajak en hubby gi Herbalife kat KL. Kononnya kalau gi pagi2 , org tak ramai tapi bila sampai aje kat situ... alaaaaahai menyesal tak order online. Klu dah order kan senang dtg pick up aje tak payah tunggu sampai pukul 1:30 ptg.


 Tu baru yg kat dalam, yg kat luar ni pun ramai jugak.. Amy dapat no 1091 tapi kat kaunter tu baru no 1032... lama kene tunggu huhuhu..


Botol air 2000ml.

Kebanyakkan org yg kat situ bawa botol ni.. terlintas pulak dlm hati "best juga klu ade botol ni senang nak bawa air." alasan aje tu hihihi.. sampai rumah, anak amy dah usung botol ni kulu kilir dulu baru mamanye dapat membelek.

 Lama sangat kat herbalife tu, budak2 yg gi kumon pun dah balik. Masuk aje Amy dlm kete semuanya mengadu dah lapar sgt. Kesiannye. Lepas tu amy nak gi cari tudung kat Jln Masjid India dan Jln TAR pulak tp sebelum tu kami gi menyinggah dulu ke restoran Zam-Zam.

 Bila gi sini rasa macam nak raya pulak.. yelah setahun berape kali aje dtg sini. Yang wajib datangnye bila nak cari kain buat baju raya aje.


 Tengok kat pasar tu takde yang bekenan pastu singgah kat Hajra. Amy nak cari tudung yang hitam yang plain aje sbb senang bila nak antar atau nak jemput anak sekolah, tak payah nak fikir2 nak pakai tudung ape nak match ngan baju... sarung aje n jalan. Senang.

Kat situ amy beli tudung hitam plain (Lycra) RM 15 dan biru gelap (Cotton) RM33. Susah betul nak jumpa tudung yang bekenan.

 kat Jln Masjid India


Semua House.

Pendek kata kalau dah kuar ngan anak2 ni tak payahlah nak beranggan2 nak menyinggah banyak kedai, pening kepala nak cepat balik aje rasanya. 

Parking kat Semua House skang dah mahal. Amy kena RM7. Klu dulu-dulu hari sabtu n ahad dia bagi kadar tetap (fixed rate) takde pakai jam-jam pun. Tu sebabnye kalau tak bawa anak2 Amy naik LRT aje. Jimat duit minyak n duit parking.

Tak sempat nak menziarah Jakel n kawan2nye. Raya kan lama lagi..... tapi dah ade ke yg beli kain utk hari raya?

Takde idealah..

Assalammualaikum...

Salam Jumaat..

Dari semalam Amy takde idea utk n3. Masa angkat kain semalam kat balkoni tu menjenggah kejap ke bawah dan tiba2 terlintas nak tangkap gambar, so Amy tepek ajelah kat sini gambar tu... Mengelat ni Jangan marah ye hihihi.. 


Yang kat sebelah tu PPr,  Kat situlah anak Amy kena baling ngan telor tu. 



Padang sekolah Sri Bintang. Ada 2 padang yg digunakan oleh 4 sekolah disitu. Satu kawasan yg besar tu ade Sek Sri Bintang Utara (rendah n menengah) dan Sek Sri Bintang Selatan (rendah n menengah). Amy hantar dan jemput Ameer Irfan jalan kaki aje tiap2 hari ikut padang. Dekat kan... 


Pemandangan waktu malam... kalau nak nampak meriah amy selalu tengok kat sini.



Kalau nak nampak tenang tengok kat sini. Ade 2 pilihan... paling kanan nampak meriah paling kiri nampaklah yg ni.

Dulu masa mula2 pindah ade jugak plan nak duduk2 minum teh kat luar ni tp sampai skang tak pernah berlaku pun. kalau grill dah berkunci tak kuasa nak kuar lagi. Gril tu memang sentiasa berkunci sbb takut2 anak2 amy main kat luar tu, bukan boleh percaya ngan budak2 tu.

Suka sgt lagu ni...

Assalammualaikum...

Suka sgt lagu ni.. kenapa majoriti yg suka lagu ni perempuan bukan lelaki. Hanya kita sahaja yg tau. 

Kannnnn ..



Sebelum cuti berakhir..

Assalammualaikum...

Hari2 terakhir cuti sekolah yang baru ni (mcm tak best aje ayat amy ni, tak pe sila abaikan). Seperti yg lain, Amy juga bawa anak2 gi tengok citer Seefood. Kali ni kita org gi kat 1Sharmelin shopping mall yg baru dibuka....yg dekat sgt ngan umah Amy tu.

Memandangkan tempat tu baru lagi dibuka jadi tak banyak kedai yg boleh dituju. Yang bestnye... nak tengok wayang tu tak ramai orang. Kalau nak duduk ikut suka pun boleh.


Tengoklah budak2 betuah ni...

Citer The Lorax ni mcm best aje.. 

Nampak kosong..


Boleh main badminton kat sini tp tak pasti kene bayar ke tak. Yang Amy pasti parking kat sini  masih lagi free.





Esok nak sekolah, ari ni baru nak gunting rambut... itu adalah kebiasaan yang amy lakukan. Rupa-rupanye bukan amy sorg aje yg buat mcm tu... ramai jugak yg mcm amy ni.


Nasib baiklah masa kami sampai tu, semua budak2 yg ade kat situ dah siap n nak balik dah. Jadi masuk aje,  terus gunting rambut tak yah tunggu lama spt sebelum-sebelum ni. 

Kebetulan kedai tu ade 3 kerusi utk gunting rambut... ngam2 ngan anak amy yg ade 3 org ni. Sekejap aje dah siap.

Petang terakhir di Lumut...

Assalammualaikum...

Banyak dah n3 Amy buat pasal cuti kat Lumut. Ok yang ni last. Betul2 last. 

Kali ni tentang petang terakhir kami di Lumut iaitu pada hari khamis yang lepas. Amy Teringin nak makan cendol pulut kat Bazaar Mara yg kat jeti Lumut tu.



Ameer Nasiim ni tengah tido tp Amy suruh ayahnye angkat je tak payah kejut2. Nanti ade mcm-mcm cerita.


Jeli kelapa n Pulut cendol



Nak menceriakan budak yg bad mood baru bangun tidur tu.


Terus tersenyum... abang2nye pun tak lepas peluang nak ais krim jugak.



Ambik gambar kat situ sbb nak ade gambar kapal yg kat belakang tu.


Yang ni Amy tak tau. Nak kate ferry tak jugak.. angkat barang pun tak. Ntah apelah yang dia angkat.

Begitulah berakhirnya episod percutian ku di Lumut.

Mengimbau kembali...

Assalammualaikum...

Sedih.....lepas ni tak tau bila nak gi  Lumut lagi. Kerja hubby Amy yang kat Lumut tu mungkin akan habis dlm bulan April ni.. tak dapatlah nak rasa cuti lama2 kat tempat org lagi.

Kali ni Amy nak tepek gambar2 yang Amy ambik masa cuti sekolah hujung tahun lepas masa kat Lumut. Mengimbau kembalilah konon-kononnye ni hihihi... 




Dalam perjalanan nak ke Teluk Batik.... yang kelakar nye org lain semua pakai baju biasa masuk dlm laut tu tp anak2 amy pakai swimming suit. Ini semua sbb mama dia lupa pack  baju yg sesuai masa dtg Lumut. 


Budak2 ni duduk kat gigi air aje sbb semuanye takut ngan ombak.

Tesco Manjung

Jeti Lumut.





Kapal tentera laut yang dah dijadikan muzium kat Lumut. Nama dia amy dah lupa. Tiket nak masuk .. dewasa RM10 kanak2 RM6 kalau tak silap Amy. Dekat RM40 jugaklah Amy kene hari tu. Amy
 rasa tak berbaloi harga tiket ngan kapal tu.


Play ground yg ade dekat-dekat situ.



 Kat atas jambatan nak gi kapal tu.


Yang ni pulak kat depan hotel orient star. dah tak tau nak gi maner ptg tu, beli rambutan makan kat situ sambil menikmati pemandangan tepi laut.

Macam biasalah... budak2 ni maner gheti duduk diam, ade aje keje diorg.


Dulu Shawl Rose Skang Tudung Bawal Rose pulak...

Assalammualaikum...

Pertama sekali Amy minta maaf banyak2 pada kawan2 yg singgah kat blog Amy ni kerana Amy ni tak gheti nak mengarang. Tak de intro atau pun penutup terus aje tulis ape nak citer. Kalau buat karangan untuk exam ni gerenti fail. Maklumlah dah lama tinggalkan sekolah.

Kali ni Amy nak cerita tentang satu2nya aktiviti amy kat lumut ni pada waktu siang hari (masa en hubby amy gi  opis) Selain dari basuh baju n lipat baju. Bulan lepas cik Limah (adik ipar Amy) gi Bangkok borong renda tudung.(Amy panggil  renda sbb amy tak tau nak panggil ape lagi)  . 



Sebahagian daripada renda2 yang diborong Cik Limah.



Memandangkan skang cuti sekolah jadi dia minta tolong jahitkan renda2 ni pada tudung bawal yang dia dah borong jugak.... tapi dia borong kat KL. Nasib baik cuti tau... Nak siapkan satu tudung ni bukan main lama sampai tegang2 urat kat tengkok. Satu hari boleh dapat 3 aje... maklumlah jahit tangan klu jahit mesin tak kuasa Amy nak buat. Buatnye terjahit ngan rose2 tu sekali dah tak kembang semangkuk lagi dah bunga tu.

Renda rose yang dah di jahit pada tudung bawal

Tudung yang dah siap.

Dulu Shawl Rose skang Bawal rose pulak... Ape2 pun semoga dia berjaya dlm bisnes tudung ni. kalau ade sesape yang nak tengok tudung2 yang dia jual bolehlah gi kat Fb Halima Ameer Shawl Rose. Harganya setanding ngan kualiti kainnya. 


Herbalife...Saya nak kurus.

Assalammualaikum...

Sebenarnya Amy dah lama berniat nak ambik herbalife tapi memandangkan harganye agak mmmmmm, bulan jan 2012 barulah tertunai hasrat Amy tu. Itu pun sebab masa cuti sekolah hujung tahun lepas Amy berada di Lumut dan berjaya menaikkan KG dgn mendadak. Bila dah naik tu, banyak baju yang dah takleh nak pakai. Badan pun rasa lesu aje. Memang tak best betul.



Starter pack utk yg nak kurus.




Kene ambik 2 kali sehari. 

Yang bestnye ambik shake ni... Amy tak payah susah2 lagi nak fikir nak masak ape n nak makan ape. Utk anak2.. amy masak yg simple aje. Lagi pun shake ni sedap juga rasanya.


Masa pergi Cameron Highland hujung tahun lepas.

Masa kat Cameron Highland hari ahad yang lepas. Ni gambar sebelum sampai lumut. Dah sampai lumut jawabnye membesar balik Amy ni. Susah tau nak kontrol makan kalau gi jalan2. Amy ni suka mkn, badan pun senang naik.

Kalau boleh Amy nak cepat2 turun ke  50kg atau kurang sbb tabung dah semakin ringan kerana membeli benda ni setiap bulan. Kalau dah berjaya kurus, nak maintain tu tak delah banyak sgt RMnya mcm sekarang ni...

Tapi hubby Amy lain pulak citenye.. tak payah nak ambik benda2 yg macam ni,  kurangkan makan atau puasa aje dia dah boleh turun berkilo-kilo.

Tak caya.. tengok ni..

Dulu.. 

Ahad lepas..

Kurus banyak kannn, org lelaki ni senang betul nak kurus. Tak payah nak keluar duit utk slimming product, tp kuar duit utk wife dia pulak.. huhuhu. Lambatnye aku ni nak kurus.



Makan malam di Horizon Garden.

Assalammualaikum...

Semenjak adé kat Lumut ni, makan luar ajelah tak masak pun...hihihi masa nilah nak cuti memasak tapi asyik nak kene fikir nak makan ape n kat maner pulak. Kalau nak masak... nak kene beli mcm2 pulak pastu kene angkut balik kl, malaslahhh.

Semalam, hubby amy balik dr opis aje terus kami sekeluarga keluar makan. Kali ni try kedai yang kat bawah ni.. Horizon Garden kat Manjung.



Gambar ni ambik masa nak balik. Masa datang tu hujan masih turun lagi tak leh nak ambik gambar.



Dah lapar sangat,  makan nasi dulu. Lauk tak sampai lagi.


Gambar lauk dah kene makan.. dahhh, lauknye sampai satu2.



Takpelah sekali sekala dlm setahun dua makan mahal. Lepas ni tak dapat dah, nak makan macam ni kene masak sendiri lah jawabnye.

Walaupun mahal tapi puas hati.. lauknya sedap nak kuantitinye pun banyak sampai bungkus bawa balik. Haiiii kalau datang Lumut ni memang  KG akan bertambah2. Balik KL nanti kene diet balik ni...