Selamat Pengantin Baru..

Assalammualaikum...

Selamat Pengantin Baru kepada adik lelaki Amy yang selamat diijabkabulkan minggu lepas. Mereka bernikah pada hari Jumaat tapi Amy tak dapat datang nasib baik ada adik2  dan saudara mara.  Tak delah terasa sangat kehilangan kedua orang tua kami.

Hari Sabtu, majlis persandingan mereka baru dapat Amy pergi. Nasib baiklah KL dan Senawang tak jauh. Adik Amy kawin ngan org Senawang, N9. 

Nizam dan Nasha Nani.

Kalau masa Amy dulu, pengantin lelaki pun mak andam tu uruskan yang ni pulak hanya pakaikan tengkolok (yg kat kepala tu.. klu salah sorry tau) dan samping aje. Itu pun kat tepi jln sebelum berarak. Amy ingatkan nak sapu sikit bedak ke kat muka dia tapi tak jadi sbb ingatkan mak andam yg nak buat rupanya dia biarkan pengantin lelaki tu naik pelamin dgn muka berkilat.

Naik aje pelamin hujan pun turun.. nasib baik kalau tengah berarak tu hujan turun abis basah pengantin.


Majlis ni dibuat kat balairaya. Sembilan dulang hantaran dari pihak kami. Alamak.. coklatku tak nampaklah nampak reben dia aje. Kotak cupcake tu simple sangat sebab tak sempat nak hias kotaknya. Nasib baik ada reben.. lekatkan kan aje.


Irfan dan Faris bersama pak ngah dan mak ngahnya. Anak2 Amy asyik bertanya kenapa pulak mereka kena panggil mak ngah yang mereka tahu sebelah amy mereka ada pak ngah aje.  Lama Amy menerangkan pada mereka baru mereka faham.

Cupcake fondantku yang pertama..

Assalammualaikum...

Kejap aje dah bulan Disember.. pantas betul masa berlalu. Umur pun dah semakin meningkat.. huhuhu. 



Minggu lepas Amy sibuk sangat sampai tak sempat nak mengadap laptop. Sebelum ni Amy ada bagitau yg rumah Amy masih belum siap sepenuhnya walaupun dah dekat 3 tahun kami duduk. Hari Isnin minggu lepas tulah kerja Amy.. mengecat kat laluan nak ke bilik ni. Masih lagi tak siap sebab cat tak cukup.




Hari selasa start belajar buat bunga daripada fondant. Nak buat untuk hantaran  adik lelaki Amy yang telah selamat diijabkabulkan hari Sabtu yang lepas. Amy belajar kat internet aje. 

Kami sebelah lelaki ni tak delah buat persediaan sangat memandangkan kedua ibu bapa kami telah pergi 12 tahun yang lalu, kami adik beradik dan nenek buat mana yang mampu aje. 




Lama jugak nak membuat bunga2 fondant ni, memandangkan ni first time.. tangan pulak keras ambik masa berhari2 nak jadinya. Tu baru bunga yang simple belum lagi yang susah2. 

Barulah tahu mengada2 si fondant ni, kalau hari hujan susah betul dia nak terbentuk.. lembek aje asyik nak kena on aircond barulah ok.

Hari Jumaat baru start nak meletak bunga2 kat atas cupkek. Nak buat kek mesti Amy fail ngan fondant ni kalau pakai buttercream mesti comot2 + tersumbat lagilah sinki Amy tu.

Mula-mula main letak2 aje dulu tengok cantik ke tak... kaler maner yang lagi cantik.




 Try macam ni pulak.. 



Akhirnya inilah hasilnya... hari Sabtu pukul 2 pagi baru selesai. Jumaat petang tu sempat lagi Amy gi Jln Masjid India nak mencari kotak punya pasal. Kotak yang Amy beli untuk cupcake tu tak muat pulak.

Cupcake tu kek coklat dan Amy letak coklat ganache kat atasnya. Biasanya orang letak buttercream tapi malas punya pasal Amy guna coklat ganache aje... senang dan sedap.



Amy singgah Hanifa sekali untuk beli coklat. Kenapa Amy beli kat Hanifa nanti Amy akan bagitau kat n3 seterusnya. Ni gambar yang belum siap punya tau... yang dah siap pun tak delah cantik pun just simple aje. 
Sepanjang minggu tu memang tidur dah pagi aje.. kerja2 mengecat pun tergendala.. kain baju yang belum berlipat tu jgn ceritalah. Bila dah mcm gunung tu lagilah tak bersemagat nak melipatnya.