Bizi dan kepenatan... mcm nak pengsan.

Assalammualaikum...

Pejam celik pejam celik kejap aje anak2 dah besar. Kalau tahun lepas yg gi sek keb seorg tahun ni dah 2 org. Kejap aje dah darjah 4 si Irfan tu... dlm hati "ehh dah besar anak kau ekk". Bila anak2 dah semakin besar mamanya pun dah semakin bertambah umurnya.. huhuhu.


Nak gi sek agama...

Start aje sekolah minggu lepas Amy rasa macam tak cukup masa aje. Memanglah sebelum-sebelum ni anak2 Amy semuanya dah gi sekolah tapi bila dah 2 org yg ke sekolah keb ni Amy rasa macam tak terkejar aje.. Mungkin pada orang lain ini perkara biasa aje. Kadang2 Amy terfikir " hebatnya ibu2 yang ada anak lagi ramai daripada Amy".

Bangun pagi menguruskan anak2 dan suami pastu nak uruskan rumah pulak.. kejap aje dah tengah hari. Ambil dari sek dan petang nak gi sek agama pulak. Kalau masa baliknya sama tak apa, kalau hari Rabu lagi penat. Mula2 ambik Nasiim pukul 12 pastu Faris 12:30. Kena hantar Faris sekolah Agama 2:30 pastu kena ambik Irfan dr sek keb pukul 4ptg. Kena ambik Faris dr sek agama pukul 5. Banyak kali tau kena turun naik lif tu sampai rasa macam nak muntah dah. Tu belum campur kalau tiba2 kena gi kedai lagi tu. Sampaikan pak guard yg kat bawah tu pun dah kenal ngan Amy ni.

Malam pulak, pukul 8 semua dah kena buat homework.. kena mengadap 3 sekali tu. Homework sek keb, sek agama dan kumon....adehhh tak terlayan tau. Siap lebih kurang pukul 10 pastu semua kena masuk tido, termasuklah mamanya sekali. Terus pengsan kepenatan hahaha.. Nak bukak miss lappy pun tak sempat.

Amy harap sangat kalau lepas ni kalau Amy tak dapat nak membalas komen atau tak berbw janganlah ada yg berkecil hati. Rasanya sekarang tak dapatlah nak bw selalu.. 


belum habis lagi ni... hihihi, kesian kat jiran PPr Amy ni dah 11 hari tak de air.

Cupcake.. jom cuci mata.

Assalammualaikum...

Dah lama sangat tak menyenggah kat sini... miss lappy amy meragam  tu yg lama menyepi tu. Dapat aje peluang terus menyenggah.. 

Banyak nak cerita... gambar2 pun banyak tp tak de peluang lagi nak bercerita.

Hari ni Amy nak share gambar2 cupcake yg Amy dapat semasa tengah cari idea nak buat cupcake hantaran utk adik amy awal bulan lepas..

Jom cuci mata..


Yang ni senang sikit... gulung2 aje dah siap.







Kalaulah dapat buat mcm ni.. syoknya. 


Yang ni pun Amy suka..

Satu hari nanti nak belajar buat yg mcm ni pulak..








Comel..


Yang ni pun cantik..


Gambar ni harus disorok dr anak2 Amy, kang tak pasal2 mamanya kena belajar buat pulak.


Yang ni sesuai utk makan2.. sbb nampak menyelerakan. Betul tak?

Sweet aje kaler yg ni..






Simple dan cantik..

Selalu tengok deco buttercream aje.. hari tengok fondant pulak. Best kalau guna fondant ni macam main play dough aje. Tapi kalau nak ikutkan sedap.. Amy lebih suka kalau topping tu guna whipping cream aje, lebih sedap. 

Sekian...