Garlic Roll...

Assalammualaikum...

Belek punya belek Amy punya koleksi resepi yang menimbun belum dicuba jumpa pulak resepi garlic roll dari blog kak Azlita. Kebetulan bahan2 pun ada + angin rajin masih ada saki baki lagi =  Dapatlah merasa roti ni buat minum petang... hihihi.

Amy tak ade tray yang sesuai nak letak roti ni jadi pakai ajelah apa yang ada.... tu yang terkeluar2 roti tu, bekasnya kecik punya pasal. Malas pulak nak gi kedai semata2 nak beli tray. 





GARLIC ROLL
Diambil dari Blog Kak Azlita
By : Suhaina

3 cawan tepung gandum ~ Kak Ita guna tepung roti.. Amy pun,
1 cawan air suam
1 sudu besar yeast
1 sudu teh garam
2 sudu besar gula
2-3 sudu besar olive oil ~ Kak Ita letak 2

Campurkan semua bahan kecuali minyak dalam sebuah bekas dan uli sehingga menjadi doh yang lembut
Tambahkan minyak dan uli semula sehingga mendapat doh yang elastik 
Sapukan sedikit minyak pada doh, tutup doh dengan tuala lembab yang  bersih dan biarkan doh rehat selama 40 ~ 45 minit
Doh akan naik sekali ganda
Sementara menunggu doh naik kita sediakan garlic spread
Setelah adunan doh naik buka tuala lembab dan tumbuk-tumbuk doh dan uli sekejap
Kemudian bahagikan doh  kepada 2 bahagian ~ seelok-eloknya di timbang setiap bahagian supaya sama beratnya.
Gelek doh dengan kayu pencanai 1/2 inc tebal berbentuk empat segi memanjang
Sapukan 1 sudu Garlic Spread di atasnya dan gulung.
Buat kaedah yang sama pada doh yang kedua juga
Potong doh sama lebar sebanyak 4 potongan
Kita akan mendapat 8 potongan doh
Susun doh dalam tray yang telah di sapu dgn butter hingga habis
tutup semula doh dengan kain lembab dan rehatkan semula selama 30 minit supaya doh naik sekali ganda lagi.
Angkat kain lembab tadi dan sapukan baki Garlic Bread di doh tadi
Sapukan kuning telur pada permukaan doh dan taburkan bijan atau serbuk lada hitam jika suka, Amy letak apa yang ada aje.
Bakar doh dalam oven pada suhu 170 - 180 C selama 20 - 25 minit

Panduan

Untuk mengetahui sama ada roti sudah masak betul atau belum, jentik bahagian bawah roti. Jika bunyinya seperti kosong, tandanya roti telah di masak dengan sempurna ~ Chef Wan.


Untuk garlic spread tu Amy guna yang yang dah siap tu aje, angin rajin dah tinggal saki baki punya pasal. 









CARLIC SPREAD

By : Suhana

50 gm Butter bergaram ~ suhu bilik
3 ulas bawang putih ~ dicincang halus
2 pokok daun ketumbar ~ dicincang halus
secubit garam ~ ita tambah
sedikit lada hitam kisar ~Kak Ita tambah
Gaulkan semua bahan
Siap digunakan.

Selamat mencuba...


Donut yang lembut walaupun dah semalaman...

Assalammualaikum....


Minggu lepas angin rajin Amy dah datang balik... jadi Amy pun selongkar resepi-resepi yang ada dalam simpanan. Selalunya donut yang Amy buat mula2 aje lembut pastu bila dah sejuk mulalah dia liat. Ada pulak yang meresap minyak, bila makan aje rasa tak best kat tekak.

Kali ni Amy try resepi dari yummylittlecooks yang diambil dari Alex Goh cookbook. Hasilnya.... Amy sangat berpuas hati. Lembut sangat dan kurang resap minyak. Tak sempat nak letak topping macam kat j co tu, masing-masing dah tak sabar nak kendurikan lastnya letak gula aje. 

Amy tinggalkan sikit utk sarapan keesokkan harinya ... sebenarnya nak tengok lembut lagi ke tidak. Pada keeokkan harinya pun donut ni masih lagi lembut. Tak rugi mencuba resepi ni.

Selamat Mencuba..




Donut
Yummy Little Cook


Ingredients:
(A)
300 gm bread flour(high protein flour)
200 gm plain flour
5 gm salt
60 gm sugar
20 gm milk powder
1/2 tbsp baking powder
31/2 tsps instant yeast

(B)                    
2 egg yolks
280 ml cold water

(C)
50 gm shortening

Topping:
some melted chocolate.

Method:
Mix (A) till well blended.
Add (B) and knead to form a dough.
Add (C), knead to form a smooth dough.
Cover the dough with wet cloth and leave it to prove for 45 minutes, or till it doubles in size.

Mould it into a ball then let it rest for 15 minutes.
Roll it out into a thin sheet about 10mm thick, then cut it with doughnut cutter.
Place uncooked doughnuts onto a lightly flour baking tray and cover with a wet cloth,leave it to prove for 35 minutes.
Deep fry doughnuts in hot oil till golden brown.Dish up and let it cool.
Dip the cool doughnuts into melted chocolate.Serve.

Tiramisu lagi...

Assalammualaikum...

Tiramisu ni Amy buat Isnin lepas... disebabkan cuaca panas + jerebu membuatkan Amy teringin sangat nak makan tiramisu. Tiramisu yang sejuk makan pulak pada waktu panas macam skang ni... bestnyaaaaa. Macam biasa Amy tepekkan resepi yang senang, ringkas dan sedap ni.





Tiramisu.... 

Bahan utk cheese...
500g cream cheese
100g gula aising( diayak)
1sudu kecil esen vanila,
250g thickened cream/ uht whipping cream.

Bahan-bahan yang lain...

biskut ladyfinger (klu nak pakai kek pun boleh)
serbuk koko
serbuk nescafee ( jenama lain pun boleh)
air panas (utk bacuh kopi).

Caranyanya...
Pukul cream cheese sehingga lembut. (sblm tu biarkan kat luar kejap dlm 15 minit tp jgn sampai dia lembik).
Kemudian masukkan gula dan pukul lagi.
Masukkan esen vanila dan cream sehingga kepekatan yang kita suka. 

Basahkan biskut ngan air kopi (Amy celupkan sekejap dlm air kopi tu) pastu susunlah dlm bekas.

Lapiskan cream cheese kat atas biskut tu.

Taburkan serbuk koko. Kemudian susun biskut yg telah dikopikan tu lagi... cheese dan serbuk koko. Buatlah seberapa banyak layer yang suka.

Sejukkan.