Resepi Pancake Gebu Sedap...

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Dah lama tak buat pancake tetiba teringin pulak nak makan nasib baik Amy masih simpan lagi resepi pancake gebu tu. Amy bancuh siap-siap malam Sabtu dan pagi Ahad tu bangun aje terus masak.

Resepi Pancake Gebu Sedap...

Family Amy memang suka pancake jadi Amy buat 4 adunan. Habis kena kenduri. Kalau nak makan berdua aje, satu aduan tu pun cukup.

Amy kongsikan resepi pancake gebu lagi sedap ni yang Amy ambil dari allrecipes. 

Resepi Pancake Gebu Sedap...

Resepi pancake gebu ni dapat 5 bintang dan 8912 reviews.... Amy dah banyak kali cuba resepi ni dan Amy kurangkan sikit baking sodanya. Memang sedap dan fluffy.


Resepi Pancake Gebu Sedap...

Pancake Gebu dan Sedap.

Bahan-bahan:
3/4 cwn susu
2 sudu besar white vinager - cuka makan biasa pun boleh
2 sudu besar butter - melted (Amy guna buttercup)
1 biji telor
1 cwn tepung
1sk baking powder
1/2 sk baking soda
1/2 sk garam (Amy x letak)
2 sudu besar gula
- Amy letak 1 sk esen vanila.

Resepi Pancake Gebu Sedap...


Caranya:

1. Campurkan susu dengan cuka dan biarkan sekejap.
2. Dalam bekas lain, satukan bahan kering dan ayak- mana tau kalau ada alien 😅
3. Whisk kan melted butter dan telor dengan susu+cuka. Kemudian masukkannya ke dalam bahan-bahan kering. Whisk lagi sehingga sebati dan 'lumps' hilang.
4. Panaskan kuali- Amy guna kuali leper yang tak melekat tu kadi Amy tak minyakkan pun terus tuang aje.
5. Kalau letak esen vanila, api kena kecik kalau tak nanti pancake hitam... heheh.
6. Amy tuang satu senduk adunan ke dalam kuali leper dan biarkan sehingga gelembung hilang dan baru terbalikkan sekejap dan angkat.

Amy suka makan pancake dengan sos maple kalau tak ...madu pun jadi tapi si Faris lebih suka makan dengan coklat.

Semuanya Kena Letak Nama...

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Tahun kedai buku SKSBU lambat buka berbanding tahun-tahun yang lepas tapi buku aktiviti masih belum ada lagi. Macam biasa kenalah balut buku, dan tulis nama. Ni baru Faris dan Nasiim punya belum lagi Irfan. 


Kena Letak Nama...


Kena Letak Nama...

Kebetulan masa pergi Tesco hari Sabtu lepas, pencil kaler Stabilo ni 36 batang diorang jual murah. Yang Nasiim punya RM11.90 dan Faris RM11 kalau tak silap Amy. Yang 36 batang dalam kotak plastik siap bertali tu pun harga lebih kurang sama tapi Amy tak pasti yang tu Stabilo atau Faber Castell.

Bukan setakat buku dan baju aje yang kena ada nama, pensil kaler pun kena letak jugak. Kalau tak pagi bawa petang ada aje yang hilang. Salah satu alasan diorang, kawan kata kawan punya. Kalau letak nama satu-satu macam ni, kalau cicir pun tahu sapa punya. 

Tapi kalau yang jumpa tu tak perduli sapa punya.... 



Kena Letak Nama...

Sejak diorang kena tukar baju setiap hari kat sekolah...(sk-Kafa), tahun lepas aje 6 helai tali leher hilang. Dah bertahun Amy tak beli tali leher tapi tahun ni kena beli. Tali leher pun kena letak tanda nama. 

Kena Letak Nama...

Alat tulis lagilah... 



Kena Letak Nama...

Tahun lepas si Nasiim hilang 2 pasang kasut. Dua-dua tu hilang masa kat surau waktu KAFA. Kalau dia ambik kasut Nasiim pastu tinggal kasut dia tak pelah jugak ni langsung tak de. Tak pasal-pasal Amy kena datang sekolah bawa selipar sebab kasut yang satu lagi basah.

Kalau nak tahu.... botol air mineral tu pun Amy kena tulis nama. Dulu bawa botol cantik dan tulis nama pun hilang. Bekal makanan (jenama tupperware) tertinggal dalam kelas pun hilang. Sekarang botol mineral dan bekas makan yg tak de jenama. Tulis dengan marker besar-besar. Kalau hilang pun tak delah terkilan.

Pagi Terakhir di Avillion, Port Dickson.

Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera...

Sebelum balik kenalah bawa anak-anak gi swinning pool. Pagi Khamis lengang aje tapi hari Jumaat ramai pulak yang kat situ.

Pagi Terakhir di Avillion, Port Dickson.



Pagi Terakhir di Avillion, Port Dickson.

Pagi Terakhir di Avillion, Port Dickson.


Pagi Terakhir di Avillion, Port Dickson.

Tengoklah si Irfan tu, dah puas berendam dalam kolam pun masih lagi nak main air.

Pagi Terakhir di Avillion, Port Dickson.

Tengok puas-puas sebelum balik.


Pagi Terakhir di Avillion, Port Dickson.

Gambar last di Avillion. Kami bertolak dari hotel pukul 11:15 pagi dan sampai tol Sg Besi pukul 12 :20 tengah hari tapi lepas tol aje jalan dah sesak, pukul 1 baru sampai rumah. 

Percutian di Port Dickson - Makan Malam

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Dah berjam berendam perut pun lapar + kulit dah terbakar... heheh, kami pun balik ke bilik. Lepas solat Asar kami pun keluarlah mencari makanan. 

percutian di Port Dickson

Masa ke Teluk Kemang nampak kedai Cendol Bakar, rasa macam teringinlah pulak. Kami sampai sana pukul 5 Petang tapi malangnya cendul dah abis...hampa 😭.


percutian di Port Dickson

Kenalah cari kedai makan lain. Ingat nak pergi fast food tapi nampak pulak kedai Embok Village. Malam sebelum tu kedai tu nampak penuh macam tak muat-muat jadi kami pun singgahlah kat situ.


percutian di Port Dickson

Pelangan masih belum ramai lagi.


percutian di Port Dickson

Kedai ni cantik. Amy suka dekorasi kedai ni.

percutian di Port Dickson


percutian di Port Dickson

Nasib baik makanan cepat sampai. Risau jugak terlewat Maghrib.

Bila perut dah kelaparan, makanan sampai aje baca doa terus ngap tak ingat dah nak ambik gambar. Kalau mak mertua duduk kat meja sebelah pun tak perasan...heheh.





percutian di Port Dickson

Nilah aktiviti malam-malam budak berdua ni. Mula-mula main lepas tu diorang gaduh, ada aje yang tak kena. Siaran tv kat bilik serupa macam tak ada aje. 


Mandi Laut - Bercuti di Port Dickson

Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera...

Lepas solat zohor, kami pun keluar semula untuk mandi laut. Kalau tak bawa anak-anak mandi laut rasa macam tak tercapai pulak motif ke sini.




Sempat si Nasiim tu bawa bubble dia.




Merdeka masing-masing main pasir. Bukan senang nak dapat peluang ni nak pulak dapat lampu hijau dari mamanya. 


Mula-mula kami rancang nak mandi kat pantai Avillion tu. Kat situ lebih private tapi air laut kat situ banyak keladak yang hitam-hitam tu. Jadi kami berjalan ke hadapan sikit ke Pantai Bagan Pinang.




Pantai Bagan Pinang ni lebih bersih dan air pun lebih jernih. Tak de keladak hitam tu. Tengoklah budak-budak tu ... dapat ketam 2 ekor lepas tu diorang buat main dan tak kasi ketam tu lari.


Siput-siput yang banyak keluar dai pasir tu diorang tak heran pun.



Nampak bersihkan... tak de keladak hitam.

Amy dah ada bawa sunblock tapi boleh terlupa pulak nak sapu kat budak-budak tu. Dari pukul 2 lebih sampai pukul 4 lebih kat laut tu, hambik.... masing-masing balik berbelang. 

🚙🚙....😎😎😎

Bercuti di Port Dickson - Berjemur tengah panas.

Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera...

Dari Ostrich Farm kami ke Teluk Kemang. Saja nak jalan tepi pantai kat situ.

Bercuti di Port Dickson

Bergambar tengah-tengah hari buta, mata kecik aje masing-masing.


Bercuti di Port Dickson

Tak larat nak berjemur lama-lama kami pun balik ke hotel.


Bercuti di Port Dickson

Sebelum masuk bilik singgah dulu kat sini. 


Bercuti di Port Dickson

Bukannya selalu dapat ambik gambar macam ni. 

Bercuti di Port Dickson

Mama ngan ayahnya pun bukan selalu dapat ambik gambar berdua.


Bercuti di Port Dickson

Lepas dah puas bergambar kami pun balik hotel untuk solat zohor dan keluar balik untuk mandi laut. 


Percutian Di Port Dickson - Ostrich Farm.

Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera...

Hujan turun awal pagi, masa bangun solat subuh hujan dah berhenti. 

Percutian di Port Dickson - Ostrich Farm
Selepas hujan...



Percutian di Port Dickson - Ostrich Farm

Air laut surut waktu pagi. Jauh sangat air laut tu. Rasa nak jalan aje ke sana. 


Percutian di Port Dickson - Ostrich Farm

Pukul 10:36 pagi. Air dah sampai tepi pantai balik. Barulah rasa macam tinggal kat atas air.



Percutian di Port Dickson - Ostrich Farm

Depan bilik...
Rumah kami di KL tak de benda tu, kat kampung oyangnya ada yang kecik aje tapi tak de bumbung. 


Percutian di Port Dickson - Ostrich Farm
Berjalan ke parking kereta. 


Percutian di Port Dickson - Ostrich Farm

Kami dah sampai Ostrich Farm. Amy tak ingat berapa harga tiket dia tapi kami ambik pakej yang ada Ostrich. Rasanya RM6+ kot.


Percutian di Port Dickson - Ostrich Farm

Daun untuk makanan haiwan kat situ RM5 seikat. Kambing, ostrich, Kaldai pun boleh makan. 



Percutian di Port Dickson - Ostrich Farm

Bagi Ostrich makan pulak. 

Percutian di Port Dickson - Ostrich Farm

Budak ni tak nak dekat-dekat dengan ostrich tu... dia takut.

Percutian di Port Dickson - Ostrich Farm

Inilah ostrich yang semua orang nak bergambar tu. Baru berumur 3 tahun. Tak silap Amy nama dia Puteri Rajin. Dia telan belimbing sebiji-sebiji nampak belimbing tu berjalan kat leher dia. Bila Amy dekat dengan dia terus dia berkenan dengan kerosang Amy. Rupanya sebab benda tu berkilat.


Percutian di Port Dickson - Ostrich Farm

Si Nasiim tu masih lagi takut.


Percutian di Port Dickson - Ostrich Farm

Bagi makan kaldai pulak. Cantik line kat belakang kaldai tu, Amy tengok dekat-dekat manalah tau kot orang yang buat line tu. Tengoklah si Nasiim ...  dia jauh aje dari kaldai tu. 



Percutian di Port Dickson - Ostrich Farm

How to train you donkey...😉


Percutian di Port Dickson - Ostrich Farm

Kaldai dia takut tapi berani pulak dengan kuda. Nasiim kena bayar RM5.


Percutian di Port Dickson - Ostrich Farm

Percutian di Port Dickson - Ostrich Farm

Irfan kena RM 10 sebab dia dah besar. Faris pulak RM5. Kejap aje naik kuda tu, pusing satu round tak sampai 5 minit dah selesai. Lepas tu kami tengok binatang lain pulak.... arnab, ayam, Merak dan banyak lagi. Ingatkan lepas tu nak pergi Muzium 3D dan Rumah terbalik tapi tak jadi.
🚙🚙 ..... 😎😍😍