Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...
Dah dua kali buat tapi terperap kat draf tu dah dekat sebulan dah. Inilah jadinya kalau terlebih vitamin M.
Sejak anak-anak Amy ke British Counsil rajin pulaklah Amy ke Subway maklumlah kat bawah tu ada Subway ngan The Coffee Bean & Tea Leaf aje yang Amy nampak. The Coffee Bean tu memang Amy tak gi lah, kalau sorang ok kalau berlima...
Kalau tak sempat nak beli makanan untuk masa break biasanya Amy belikan cookies aje kat Subway tu tapi biasalah kan satu sorang mana cukup jadi terpaksalah mamanya mencari resepi.
Kali pertama Amy buat satu adunan ... Amy tengok dan bagi arahan aje yang mengadunnya si Faris, sibuk aje dia nak buat. Kali kedua pulak Amy buat malam, Faris mengendeng nak tolong tapi nak cepat punya pasal dia dapat tolong tengok aje hehehe.
Amy bulatkan siap-siap malam tu pastu simpan dalam peti ais. Keesokkannya sebelum gi British Counsil Amy bakar sikit dan bakinya bila anak-anak teringin baru bakar lagi.
Senang buat siap-siap tinggal bakar aje bila nak makan.
CHEWY CHOC CHIP COOKIES
Resepi Oleh : Tengku Marceline Tengku Finn
Rujukkan : Masak Apa Hani Ni
Diambil dari : Kak Azlita masam manis
Bahan-bahannya:
115 gm butter tanpa garam
120 gm ( 1/2 cawan ) gula halus putih
90 gm ( 1/2 cawan ) gula perang / brown sugar
1 biji telur gred A
1 sudu teh esen Vanilla
200 gm ( 1 1/4 cawan) tepung gandum
1 sudu besar tepung jagung
1/2 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh garam
300 gm (1 1/2 cawan) choc cip
90 gm ( 1/2 cawan ) gula perang / brown sugar
1 biji telur gred A
1 sudu teh esen Vanilla
200 gm ( 1 1/4 cawan) tepung gandum
1 sudu besar tepung jagung
1/2 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh garam
300 gm (1 1/2 cawan) choc cip
Mula-mula satukan tepung gandum, baking powder dan garam halus dan ayak.
Dalam bekas adunan, satukan butter , gula putih halus dan gula perang.
Kemudian gaul rata dengan senduk kayu atau wisk sahaja.
Jangan adun atau pukul lama sangat ya, sekadar ia bergaul sebati aje.
Kemudian masukkan telur dan vanilla.
Masukkan bahan kering yang telah kita ayak tadi dan gaul rata.
Kemudian masukkan choc cip dan adun sempurna
Sediakan loyang
Dengan menggunakan scoop ice cream, scoop ke atas tray atau dulang pembakar tadi. Amy guna sudu dan bulatkan guna tangan.
Jarak-jarakkan kerana adunan akan mengembang.
Letakkan hiasan choc cip atau choc button di atasnya
Simpan dalam peti ais selama 1 jam sebelum di bakar.
Amy bulatkan macam ni guna tangan dan simpan dalam peti ais.
Panaskan oven dengan suhu 180C
Oven perlu di panaskan 15 minit awal sebelum memasukkan adunan cookies
Amy bakar selama 15 minit.
Jika suka ia sedikit rangup bakar dalam 18 minit - 20 minit.
Tapi bagi yang suka ia chewy dan lembab-lembab di dalam bakar 15 minit dah memadai.
Bila dah keluarkan dari oven biarkan sekejap pastu Amy angkat dan sejukkan. Kena betul-betul sejuk sebelum simpan.
Memang tak rugi cuba resepi ni, memang sedap. Ranggup kat tepi-tepi dia dan chewy kat tengah.