Bihun Sup Utara dan Cucur Udang Yang Sangat Sedap ...

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Tiap-tiap hari makan nasi tapi sekali sekala kenalah tukar. Dua hari yang lepas Amy cuba resepi bihun sup utara pulak. Selalu makan bihun sup dengan sambal kicap tapi kali ni dgn sambal kaler merah pulak. 

Kalau makan bihun ni rasa macam tak kenyang jadi Amy gandingkan pulak dengan cucur udang. Resepi Cucur Udang ni pun Amy ambil dari blog kak Azlita jugak. 

Satu adunan tu dapat banyak... satu mangkuk besar, punyalah banyak. Amy hantar rumah MIL sikit dan bakinya masih banyak.  Tak sangka anak-anak dan en hubby berjaya menghabiskannya ... nak gambarkan sedapnya tu sampai ada yang bertanya ada lagi ke tak. Tak rugi cuba resepi ni... memang sedap.



 Sup tak boleh letak siang-siang jadi Amy tunggu dah dekat buka baru nak letak. Kononnya nanti dah dekat berbuka baru letak sup dan sambal untuk bergambar sekali terlupa dah dekat nak azan baru teringat.  Amy terlupa letak sambal untuk bihun tu untuk gambar ni... huhuhu.



Bihun Sup Utara
Resepi Oleh : Ida Shahida

Resepi ni dapat banyak, Amy buat 1/3 aje dari resepi ni.

Daging 2 kilo
Tulang 2 kilo
atau
kalau ayam beli yang tulang kerangka sahaja 3 ekor
Isi ayam 6 ketul

3 batang serai ~ di ketuk
3 inci lengkuas  ~ diketuk
3 inci halia ~ diketuk
2 labu bawang putih ~ di hiris 
7 biji bawang merah ~ di hiris
Daun leek * salery * ~ diptong besar 3 inci ~ ika ada

2 sudu besar gula 
secukup rasa pak aji
2 kiub ayam atau  daging maggi ~ saya lebih suka guna kiub ayam- lebih sedap lebih power walaupun nampak pelik tapi percayalah kiub ayam lebih sedap jika dimasukkan kedalam masakan berasaskan daging , ayam dan ikan)
1 camca besar lada hitam ~ ditumbuk kasar
1/2 sudu serbuk kunyit masuk kedalam periuk sup
2 sudu teh garam
6 batang kulit kayu manis
8 bunga lawang 
10 buah pelaga 
2 bungkus perencah 'sup tulangj
air secukupnya (periuk besar daging mesti tenggelam)

Masukkan daging di dalam periuk besar dan dikuti dengan air sehingga daging tenggelam dan hampir 3/4 penuh periuk. Masakkan di atas api. 

Bila sudah mendidih masukkan ke semua bahan yang telah di bersihkan, kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga. 
Biarkanlah ia masak 11/2 -2 jam supaya daging dapat empuk dengan sempurna. ~ air boleh di tambah jika surut 
Setelah daging empuk keluarkan ke semua bahan yang di rebus bersama daging tadi ~hanya tinggalkan ketulan tulang dan daging sahaja.

Teruskan merebus.dan masukkan kiub ayam, gula, pak aji, garam, lada hitam. serbuk kunyit dan selebihnya tu...bolehlah di rasa kuah sup ini. 
Sebatikan rasanya seimbang. 
Bila sudah secukup rasa angkatlah ke semua ketulan daging di dalam periuk besar tadi. sejukkan dan bolehlah di potong untuk jadikan bahan hiasan bihun sup. 
** untuk pengetahuan:
 kuah sup ini hanya kelihatan kosong tanpa ada tinggal satu bahan pun di dalam kuahnya termasuklah 3 sekawan tadi.

BIHUN 

1 1/2 kampit bihun yang besar ~ rendam bihun bersama 1 sudu teh serbuk kunyit. 
Bila bihun sudah agak lembut bolehlah di celur sekejab. 
Celur dalam air didih-2-3 minit saja

HIASAN

Daging ketulan besar yang telah di rebus empuk ~ dipotong kiub kecil kecil 
Daun sup ~  dihiris halus 
daun bawang ~ di hiris halus
1 kampit kecilbawang goreng 
100gram lobak masin - dicincang halus halus



Cucur Udang Rangup
Resepi : Madiha


Bahan2
3 ½  cawan tepong gandum
1 sudu besar (penuh) baking powder
2 cawan isi udang
3 cawan air sejuk
2 sudu besar Knorr Pasti Sedap (jika tiada boleh gantikan dgn 1 sudu besar serbuk pati ayam)
1 ¼  sudu kecil garam
½  cekak daun kuchai ~ dibersihkan & hiris 2 cm, cuci dan tos
¼ biji kubis ~ dihiris halus & cuci & tos
1 ½ biji bawang besar ~ dipotong dadu
1 gengam taugeh
1/2 batang karot ~ di sagat kasar
2 batang cili merah ~ di buang bijinya dan di cincang halus
½ sudu kecil kunyit serbuk
1 biji telur

Minyak untuk menggoreng

Cara Menyediakan

Satukan tepung gandum dan baking powder, kemudian di ayak
Campurkan kesemua bahan2 dalam satu bekas yang besar kecuali air & telur.  
Gaulkan kesemua bahan2 tadi biar rata.  
Masukkan telur & air sikit demi sikit sambil dikacau rata.  
Habiskan kesemua air & kacau rata.
Panaskan minyak yang banyak secukupnya dengan api yang sederhana.
Ambil sesenduk kecil bancuhan cucur (sebaiknya gunakan senduk nasi yg lebar tu) lalu cucurkan ke dalam minyak yang telah panas dengan cara membentuk cucur menjadi bentuk yang agak lebar.  
Ulangi proses sehingga cucur memenuhi kuali.
Bila cucur timbul,  cerai-ceraikan cucur supaya tidak melekat antara satu sama lain. 
Terbalikkan cucur & goreng sehingga garing ke dua-dua belah.
Bila dah garing, angkat & toskan.
Hidang cucur udang dengan sos cili kegemaran semasa panas atau suam untuk nikmati kerangupannya.  



SOS CILI

6 batang cili merah 
3 ulas bawang putih
1 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar sos cili
garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya
Sedikit bijan

Satukan cili merah dan bawang bersama sedikit air dan kisar halus
Masukkan dalam periuk dan masak hingga didih
Masukkan sos cili, garam dan gula secukup rasa ( ita guna gula perang )
Bancuhkan tepung jagung dengan sedikit air dan tuang dalam cili tadi
Biarkan kuah pekat
Angkat dan taburkan bijan
Sedia di hidangkan bersama cucur udang 


Comments

  1. My favorite bihun sup, yummy!..
    Sedap dimakan dengan cili kicap..
    Cucur pun best jugak, bebila boleh cuba 😄

    ReplyDelete

Post a Comment

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts :)