Aeon memberday...

Assalammualaikum...

Semalam masa baru sampai Jaya Jusco Amy ada nampak rela... tertanya2 jugak apahal pulak ni. Ada kes apa2 ke? kalau ye pun asal pulak Rela.. 




Kat laluan keluar masuk ada Rela dan kat parking pun ade.. Selalunya kalau pukul 10:30 tu parking lengang lagi tapi hari tu dah banyak dah.



Rupanya hari tu Hari memberday laaaa. Nasib baik bawa member kad kalau tak tak leh masuk.



Ambik gambar sambil menolak troli..Tak sempat nak ambik gambar kat dalam, kena cepat2 sbb Amy kena balik sebelum pukul 11:30 pagi. 

Kalau ada beli barang lebih dari RM100 boleh dapat voucher  RM10 kalau beli kat pasarayanya dapat RM5 sahaja.

Kalau tak tukar nama tak leh ke?.. kan dah sedap nama Jaya Jusco tu, Aeon tu tak bestlaaaa.




Pantang menyinggah kedai buku... hihihi. Sebab memberday punya pasal dapatlah diskaun 10%.


Inilah basil shopping kilt semalam.. Kalau nak kata murah tu jugak sbb sebelum ni tak de sale pun lebih kurang cam tu jugak harganya.

Sushi tu aje yg Amy rasa murah sikit, selalunya ada RM 1.20 dan ade yang RM1 tapi semalam semuanya RM 0.90. Vitagen tu pulak semalam beli semalam jugak dah habis... Ameer Faris ngan Ameer Nasiim berlumba2 menghabiskan, hari ni diorang tak gi sekolah sbb Ameer faris dah kena muntah2 dan cirit birit. 


Comments

Post a Comment

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts :)