Carrot kek yang tak jadi...

Assalammualaikum...

Belum petang lagi tapi dah letih sgt rasanya... bestnya klu dapat melelapkan mata sekejap. Hari ni Amy masih lagi berpuasa.... puasa ganti... hihihi. Tahun lepas Amy dapat lesen cuti puasa pada awal ramadan dan akhir ramadan tu yg byk tu.

Semalam plan nak bg carrot cake kat MIL dan kawannya (kebetulan besday mereka dekat2) tp tak de rezeki. Keknya dah lama siap tinggal letak cream cheesenya aje.


Entah apa yang silap... cream cheese tu cair pulak, bila letak kat atas kek... meleleh aje. Kak Ida pernah cakap,  kalau cream cair kena pukul whipping cream kat tempat lain dulu pastu masukkan ke dlm cream tu tapiiiiii td pakai thick cream, boleh ke kembang?. Tak pernah test lagi. Klu Rich whipping cream tu ... beku lagi daaa.



Kemudian buat satu lagi carrot cake... cucuk punya cucuk, dah tak lekat dah masaklah tu kan tapi bila Amy nak keluarkan kek tu terus terlambak. Atas aje yg masak ghupanya. Nasib baik amy alas. Amy masukkan balik dlm loyang tu kacau-kacau dan bakar balik sampai masak.

Itulah ghomannya (rupanya). Walaupun tak hensem tapi en hubby kata sedap.... hihihi.

Al kisah MIL Amy pulak nasib baik tak jadi nak bg kawan dia hari ni so dia minta Amy buatkan kek yg simple aje. Kawannya nak buat kenduri jadi Amy fikir tak payah krim2 senang nak potong2 kan.

Kena buat lebih... hari Jumaat nanti, anak buah Amy yg kat Jeddah tu nak dtg umah neneknya. 

Comments

  1. rupa xelok kalau rasa sedap ok per hihihi..

    ReplyDelete
  2. wah carrot cake.. sy lom berani buat lagi..cream cair? pakai whip cream mmg susah sikit kan..sbb tu sy lebih suka deco pakai cream cheese je lg senang sbb dia tak cair dah..

    ReplyDelete
  3. pandai bt kek..saya langsung tak pandai...

    ReplyDelete
  4. pandainya buat kek..saya tau buat kek batik je. huhu

    ReplyDelete
  5. kalau rasa sedap, bentuk ape pon, orang telan. don't worry

    ReplyDelete
  6. SEDAPNYA KEK CARROT... rupa xcntik xpa.. tp rs sedap.. :-)

    ReplyDelete
  7. salam kenal...

    rupa paras tak penting...yg penting raso nyer...:)

    ReplyDelete
  8. xpe,practice makes perfect..hehe..

    ReplyDelete

Post a Comment

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts :)