Ikea...

Assalammualaikum..

Ni citer minggu lepas lagi hihihi.. gambar2 semua dah ade dlm draf tulisnya aje yg belum.

Hari Khamis tu kebetulan en hubby ada meeting kat Surian Tower,  dah dekat benar ngan Ikea... budak2 ni pun cuti lagi. En hubby parking kat Ikea pastu dia jln kaki ke Surian Tower tu.


Tak sempat nak breakfast kat rumah, kena cepat kang lambat pulak ayahnya gi meeting. Mamanya bawa gi restoran Ikea aje.


Ada masa sampai petang jadi boleh buat macam rumah sendiri ye puan-puan hihihi. Ni tiga beradik ni tengah tengok citer Dragon Ball.

Amy suka sudut ni kalau boleh kat rumah pun nak buat cam ni tapi nak sumbat kat maner?


Kalau gi Ikea ni mesti banyak berangan. Nak beli ntah bila... berangan ajelah.


Yang macam ni pun Amy suka jugak... cantik, duitnya pun cantik.


Yang ni kurang sikit harganya dari yang kat atas tu.


Tengok tv lagi, nampak mcm rumah sendiri tak?. Yang ni betul2 sebelah ruang dapur,  boleh tiru idea ni utk yard Amy tapi kena tambah mesin basuh ngan iron board... rasanya tak muat jugak.


Almari sudut ni pun mcm ok je. klu letak kat bilik budak2 tu tak le sesak sangat. Almari yg ade tu tak praktikal langsung , tak leh nak gerak2 dah ( beli rumah ngan kabinet sekali).


Ameer Faris nak bergambar kat sini pulak.


Tak habis2 budak ni..



Gi Ikano pulak..



Ameer Faris baru duduk kat situ, budak baju biru tu dah datang nak halau org. Mak dia tengok buat tak tau aje. Kecik2 lagi dah pandai buli org.

Tengah hari mkn kat Mc D, The Curve tu ngan en hubby. Bila en hubby balik opis kat Kota Damansara, kami tinggallah kat situ anak beranak. Nak masukkan budak2 tu kat Smaland tp asyik penuh aje, Kidzania... huhuhu mahal pulak, kulu kilir kat situ ajelah sampai ptg.

Sakit kaki berjalan satu hari.. budak2 yg mula2 happy bukan main dah bosan sbb lama sgt. Gi situ bukan dapat nak window shopping pun, nama pun bawa 3 budak ikut kehendak dia ajelah.




Comments

  1. best kan pegi ikea. Tapi yang paling best, makanan dia ar. Nyum2! nak meatballs ikea. :D

    ReplyDelete
  2. farah kalau ke Ikea wajib ke Meatball.. aww! terus terliur pulak!

    ReplyDelete
  3. pi IKEA mmg bess rasa tak mo balik....hehe

    ReplyDelete
  4. dh lama tk g ikea............jauh..

    ReplyDelete
  5. sy xpnh g pun lg.. sbb kt tmpat sy tggal xda ikea.. hihii

    ReplyDelete

Post a Comment

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts :)