Shopping bunga di Sg Buluh.

Assalammualaikum...

Minggu lepas... selepas gi Viva, Amy tinggalkan anak2 ngan cik Limah dan mertua Amy. Dah lama sgt nak gi shopping pokok bunga kat Sg Buluh tu.

Maklumlah tinggal kat rumah tinggi2 ni manerlah ade tanah nak bercucuk tanam.... menanam dalam pasu ajelah nampaknya. Sebenarnya, mula2 Amy pun tak tau kat maner nak tu kat Sg Buluh tu tapi ade terbaca kat satu blog tempat yg murah kat belakang hospital.... terus aje tuju ke situ. Bila dah sampai... mak aiii banyaknya kedai bunga, mulalah tak tentu arah nak pilih jln yg maner satu.

Last, masuk satu lorong en hubby Amy parking keta... Amy pun jalanlah kaki masuk dari satu ke satu kedai. Rambang mata, kalau boleh semua amy nak beli tapi nak letak kat maner tu?

Masa kat situkannnn rasa best sangat, sama seperti yg Amy rasa semasa beli bunga kat Cameron Highland dulu bezanya kat Sg Buluh ni panas.


Antara pokok yang Amy beli... Amy suka sangat ngan pokok ros tapi setiap kali amy beli mesti pokok tu tak hidup lama..sedih tau. So kali ni beli 2 dulu. Petunia tu pun Amy suka.


Kat tempat aircond... kawasan larangan dan sentiasa berkunci. Kat sini memang kena panas matahari pagi so bolehlah letak pokok2 yang tahan panas. Ni baru letak2 aje dulu lepas ni nak kena cari idea nak kasi cantik tempat ni.

Kebanyakkan pokok yg Amy beli 3 pokok RM 10. Bunga Ros tu aje yang mahal. Petunia tu satu RM 8 kalau kat tempat biasa Amy beli kat KL ni satu RM12.

Musim panas ni Amy kena siram satu hari 2 kali kalau tak layu aje nak tengok pun tak best.

Comments

  1. cantiknya pokok bunga tu..berseri jer rumah..

    ReplyDelete
  2. wah.. banyaknya bunga.. rajin amy jaga :-)

    ReplyDelete
  3. saya suka tengok bunga.. tp kalau saya yg jaga bunga.
    semua bunga mati d tangan saya.. hihiii..

    ReplyDelete

Post a Comment

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts :)