Puding Roti Karamel dan Puding Roti Kayu Manis.

Assalammualaikum...


Jarang sangat rasanya Amy membuat n3 pada hari Sabtu, maklumlah hari ni dan esok memang sentiasa sibuk berbanding hari2 biasa. Hari ni sebab bangun sahur punya pasal dan anak2 tak ke sekolah jadi adelah masa sikit pagi ni utk up date...


 Skang kat KLCC ada Pameran perabot dan hiasan rumah yg bermula semalam rasanya dan berakhir esok. Amy ingat nak pergi tak pi tak tau lagi bila. Hari ni plan nak minta en hubby drill balik cotton rail tu balik sbb masa buat ceiling tu dah kena cabut dan pi  cari barang jahitan sikit.

puding roti karamel


Bila dah buka miss lappy ni mesti nak gi menjenggah blog2 masakan. Suka gi situ.. gambar makanan diorg cantik2, bila dah cantik mestilah nampak sedap kan. Lepas tu apa lagi mesti berkobar2 nak try resepi diorg. Setakat ni resepi yg diorg bagi memang sedap.

Banyak pulak Amy membebel pepagi ni.. hihihi. Semalam pada mulanya rasa mcm malas nak masak .... ingat nak masak nasi ayam berempah aje, senang. Bila buka kabinet dapur nampak pulak sebungkus besar roti masih belum berusik. Exp date dia smlm.. sayang pulak jadi amy buatkan puding roti kayu manis yg memang "febret" anak2.
Baki roti buat puding tu byk jugak... Amy ada save satu resepi puding roti yg nampak sedap dari blog Kak Nor, so ape lagi nilah masa nak cuba. Amy buat dlm dua bekas tapi bekas kecik tu payah nak kuarkan dia... tu yg tak hensem tu.

puding roti karamel



PUDING ROTI KARAMEL

Amy ambik kat : Kak Nor

Bahan-bahan
3 sudu besar gula untuk dijadikan gula hangus 

4 keping roti gardenia

3 biji telur A @ 4 biji gred B - di pukul manja dan di tapis

2 cawan air suam @ (1cwn susu cair+1cwn air suam)

1/2 cawan susu pekat - resepi asal 1 cawan

esen vanilla (1sk)

Cara-cara
Cara membuat gula hangus , masukkan gula ke dalam kuali, masak hingga gula jd perang (guna api kecil takut hangit). 

Kemudian masukkan 1 sudu besar air, (berhati2 gula panas). kacau hingga sebati dan matikan api. 

Tuang terus dalam loyang. Ketepikan.
Panaskan pengukus.Carik2kan roti kemudian blender bersama air suam dan susu.

Selepas itu masukkan telur yang sudah ditapis itu dan masukkan esen vanilla. 
Blend sekejap agar sebati. 

Tuang adunan tadi kedalam loyang gula hangus dan kukus sehingga masak.(40min-1jam) - Amy kukus tak sampai 20 minit dah masak.

Sedap puding ni ... tak rugi mencuba. Rupanya mcm karemel telor tu kan tapi... Amy tak mkn karemel telor tu. Terima kasih pada kak Nor kerana share resepi ni.


puding roti kayu manis

Puding Roti Kayu Manis

Resepi ni Amy dapat masa gi Home Dec tahun 2010 kat KLCC. Masa tu nak cari oven, masuk aje kat ade bau sedap.. wangi pun ade jugak (bau makanan tau bukan minyak wangi). Bila sampai kat tempat jual oven khind tu nampak ramai org berkerumun. Penjual tu siap buat puding roti ni, masa sampai tak masak lagi tp Amy tak kira nak tunggu jugak. Bila di tanya resepi dia just bgtau bahannya aje, sukatan tak berapa jelas.

Balik rumah apa lagi buat "eksperimen" lah... setelah byk kali cuba barulah dapat sukatan yg agak sesuai. 



Puding Roti Kayu Manis.

Bahan2nya:

5 biji telor gred A.
125g butter- dicairkan.
7 1/2 sudu besar brown sugar
3/4 kotak kecil thickened cream (Amy guna paul's)
Serbuk kayu manis ( ikut suka.. Amy letak 1 sk)
Lebih kurang 3/4 bungkus besar potong kecik2.

Caranya:

Campurkan telor, gula, butter, thickened cream, serbuk kayu manis dan kacau sehingga sebati.
Masukkan roti dan gaul. Kalau mcm kering aje tambahlah lagi thickened cream tu, Klu nak mcm basah2 sikit kurangkan roti tu...
Bakarlah macam bakar kek biasa... sehingga masak.

Senangkan.. puding ni tak manis sangat jd sapa yg suka manis sila tambah lagi gula. 





Hari ni buat lagi Nasi ayam berempah...


Ayamnya Amy letak sikit aje rempah kari, klu byk nanti budak2 tu tak nak. So... sila abaikan ayam yg tak hensem tu hihihi.


Goreng samosa 2 keping aje takut tak habis.


Selamat mencuba... selamat berpuasa.

Dah siap... kena mengemas pulak.

Assalammualaikum...

Semalam dah siap dah umah Amy ni, tapi tak sempat nak ambik gambar lampu waktu malam. Balik aje pekerja2 tu terus mengemas umah. Habuk jangan cakaplah, bervacuum bersapu dan bermop pun tak hilang2 lagi putihnya.

cheras

Lampu dan kipas dah siap pasang. Suis pun dah ganti yg baru. Yg lama dah takleh pakai. Rumah sebelah pun dah di tampal.

cat

Tukang cat pukul 3 dah cabut. Macam maner tak cepat.... dah selapis aje cepat lah. Amy tak sempat nak tanya banyak sebab kes terkejar-kejar nak menjemput dan menghantar anak ke sekolah.

lampu foyer

Ni lah yg boleh di tunjukkan. Baru Ambik gambar tadi. Yg lain kena tunggu mlm. Ni kat pintu masuk umah Amy. Pakai lampu lama.

Malam tadi pukul 11:30 baru berhenti mengemas. Kena kemas bilik2 dulu... tak kan mlm ni nak tido kat depan lagi. Paksa en hubby Amy pasang katil walaupun beliau sedang syok tengok dragonball. Letak balik sofa, meja mkn dan tempat tv kat tempatnya balik. Itu yg penting. Barang2 yg kat yard tu belum usik lagi. Lepas raya kot... hihihi.

Hari ni nak sambung kemas. Habis drill semua berhabuk dan kena percikkan plaster tu. Sibuk sgt mengemas sampai lupa hari ni hari lahir Amy. Tak pelah bln puasa... lagipun umur dah banyak ni mcm dah tak best nak sambut.

Tinggal cat aje..

Assalammualaikum...

Semalam pekerja2 plaster ceiling tu berjaya menyiapkan kerja mereka. Walaupun dah lebih pukul 6 (permit utk renovate sampai kul 6 aje) mereka masih bertungkus lumut utk meyiapkan kerja mereka.


Membancuh plaster...


Letak cornice..


Touch up.. sila abaikan tilam tu. Kami tido kat ruang tamu aje sbb bilik tak siap lagi.


Dah berapa lama daaa tak berasap. 


Pasang down light..


Tengah ukur besar eyeball tu pada pemotong lubang.


Proses menebuk lubang utk eyeball..


Dah siap lubang tu... kecik ajekan.


Tukang cat baru sampai.. bos kecik tengah bagi arahan.. hihihi.

Bila dah ade orang2 tu kat umah ni, kita nak gi toilet pun susah. Kalau en hubby ada, kuranglah sikit risaunya.

Mungkin esok umah Amy ni dah kembali mcm biasa... uhh tak sabar dah ni. Nak tido pun susah.

Ok sampai sini aje dulu, nak gi ziarah kawan2 pulak. kang klu projek biskut raya dah start mesti tak dpt nak ziarah tiap2 hari.

Cari lampu pulak..

Assalammualaikum...

Semalam lepas aje pekerja2 tu balik kita orang pun terus gi kedai lampu nak cari lampu yang tak cukup tu.

Sebelum tu, lepas asar FIL ada datang hantar bubur lambuk. Dia memang setiap hari solat kat Masjid Maluri tu so setiap harilah bawa balik bubur lambuk. Gambar tak dapat nak letak... dah kena makan hihihi.. Ameer faris suka sangat ngan bubur lambuk ni.


cheras
Hari ni sambung buat kat bilik Amy pulak.

Ok sambung balik citer gi kedai cari lampu tu. Jalan nak masuk Desa Pandan tu punyalah jem sebab ada pasar ramadan yg besar kat situ. Kedai yg Amy pergi tu pun kat situ. Dari dulu sampai skang memang kebanyakkan lampu kita org beli kat situ. Design dia cantik2.


 Eyeball


Down light yang biasa aje. Guna energy saver punya bulb.

plaster ceiling

Down light lagi tapi yang ni LED punya. Lampu ni dah lama beli tapi tak cukup lagi dua... mungkin petang ni gi beli lagi. Satu lampu ni 12 w tapi terang. Tahan lama dan jimat elektrik.

Lepas ni kalau Amy gi lagi kat pasar ramadan Desa Pandan tu... Amy up date pulak pasal pasar tu ok?. Pekerja tu dah datang... nak kena tengok2 pulak. Sambil2 tu bolehlah gi jengah blog kawan2 semua mana yang sempat.

Ok daaaa.

Up date lagi..

Assalammualaikum...

Hari ni hari ke 4 kerja2 pemasangan plaster ceiling kat umah Amy.  Pagi ni perkeja2 tu masih lum sampai lagi... so buka miss lappy ni kejap nak tinjau2 apa citer terbaru.

N3 hari ni... nak up date kerja buat ceiling semalam.

cheras

Bilik Ameer Faris n Ameer Nasiim. 

cheras
 Dah buat lubang untuk down light. 

cheras

Ruang makan dah siap letak cornice. Amy minta wireman tu tolong hack sblm board di pasang kat atas tu. Manalah tau masa akan datang klu ada nak tambah plug kat dapur tu senang dah.

cheras

Nanti dah letak board dah tak nampak dah. Masa tengah hack tu, terkena besi dan terlajak tembus umah org sebelah... Adehhhh pening kepala. Malam tadi bila jiran Amy dah balik, kenalah gi umah dia. Sblm dia cari Amy baik Amy cari dia... betul tak?. Terkopek sikit dindingnya nanti plaster dah ok. Nasib baik tak de wall papar kalau tak terbang lagi duit.

cheras
Akan keluarkan wayar kat situ.

cheras

Dah siap pasang down light dan T5. T5 tak let nak tunjuk sub plug belum beli. Wireman tu sambungkan wayar aje masa nak tunjuk cahaya dr T5 yg dah siap pasang tu.

cheras

Masih belum siap di pasang cornice. Yg tengah tu fan box. Macam tu aje rupanya ingatkan adelah design. cehhh.

cheras

Selagi boleh sumbat... sumbat. Bilik Ameer Irfan ni akan buat last sekali. 

cheras

Yang ni pulak kat yard... dah tak de nak control cun dah. 

cheras
Nilah sofa kegemaran kami semua. dah tak leh nak landing lagi... hihihi.

Skang bila malam memang tak de "can" nak jengah blog. Penat tak leh nak cakap. Bila dia org dah balik startlah keje2 Amy nak bersihkan umah... kalau tak nak tido kat maner? Dah sapu kena vacuum pastu kena mop pulak. Habuk halus2 tu punyalah susah nak bersihkan. Lepas Isyak aje semua dah tergolek.... dah tak larat.

Tart nenasku yg pertama...

Assalammualaikum....
 Minggu lepas sebelum kerja2 kat umah Amy ni bermula, Amy ada cuba resepi tart nenas. Ramai yg kata sedap. sebelum ni Amy memang tak pernah buat tart ni, tolong gulung tu pernahlah.

Nilah ghupanya.. besar gedabak laaaa. 


Malas nak pakai roller tu, guna short cut aje. Pakai benda alah ni.. sekali hasilnya mak aiii besarnya. 

Resepi tu boleh dapat 100 lebih tapi Amy dapat 60 biji aje. Tangan pun sakit.. tak berbaloi betul.  Tart ni sedap, sesuai ngan tekak Amy. Amy tak suka tart yg bila kita makan  rasa mcm nak tersembur tu .. mungkin akan pakai resepi ni selepas ni.

Resepi..... nanti Amy sharekan pada masa akan datang.

Rumahku...

Assalammulaikum...

Sekejap aje dah 3 hari kita berpuasa... pantas betul masa berlalu. Sejak minggu lepas batuk sampai sekarang masih belum baik lagi. Suara pun garau aje ni.

Bulan ramadan ni mungkin tak banyak n3 yg akan Amy buat, lawatan ke blog kawan2 pun mungkin akan jarang2. Bukan sbb projek kuih raya tauuuu, tapi rumah Amy sedang buat plaster  ceiling. Sepatutnya dah siap minggu lepas tapi kerana ada aral yg melintang so mungkin Jumaat ni baru siap.

buat plaster ceiling
Sebelum pekerja2 tu datang... 



Rumah dah lah kecik, puas nak fikir maner nak sumbatkan barang2. Yard kat belakang tu dah penuh, balkoni pun dah tak ghupa balkoni.


Hari pertama...


Masa Amy dapat rumah ni dulu memang dah ada aircond tapi jarang sangat on, bila on melambung2 bil elektrik. 

cheras
  Di sebabkan aircond tu tak dapatlah Amy nak buat ceiling yg ada cornice tu. Kat sini letak light through box tu.

cheras
 Penat aje mengemas rumah bg kemas... kejap aje dah bersepah.  nak jalan pun susah.

cheras

Hari kedua... kat tempat makan ni buat yg biasa2 aje, nak buat yg gempak... duitnya pun gempak jugak.

cheras

Jam yg besar tu telupa pulak nak alihkan... abis dah penuh habuk...

Sekianlah sudah cerita utk hari pertama dan kedua. Nanti Amy sambung lagi ketiga.

Makan di rumah sedara...

Assalammualaikum...

Sebelum ni Amy ada cerita tentang kek oren yang MIL Amy nak bawa gi umah sedara kan... so ni nak sambunglah citer tu. Bukan citer pasal kek oren tu lagi tau tapi nak citer sikit pasal gi umah sedara tu.

Hari Jumaat mlm tu... family Amy dan keluarga en hubby Amy gilah umah sedara yang jemput kami makan tu. Walaupun en hubby pukul 8 baru sampai umah tapi Amy ajak jugak dia gi. Teruk Amy ni kan... tak pelah dah dekat 9 tahun dia tak jumpa sedara dia tu.



Bersama FIL Hj Ameer Hamza dan SIL yg bongsu Siti Nadia.

Rumah sedara kami ni kat Jln Ipoh, KL. Kami pergi 2 kete.. yelah kan maner muat ramai2. Sebenarnya sedara kami tu adik satu bapa MIL Amy... so pakcik en hubby Amylah kan. Apasal lain... itu tunggu citer pasal salasilah keluarga en hubby nanti. Ntah bilalah tu kannn hihihi.



Sebelah Ameer Irfan... SIL yg bawah en hubby Amy, Halima Nuriah. Yg sedang duduk pakai baju kurung biru tu MIL Hjh Kalsom Abd Rahman. 

Yg sebelah en hubby tu pakcik Asyraf. Lelaki yg duduk tu anaknya. Sebelahnya isterinya dan yg kat belakang tu menantunya.

Kedatangan kami di jamu ngan nasi berani bersama mcm2 jenis lauk dan Putu mayam. Semuanya sedap2. Layanan isteri pakcik .. memang tak dijangka. Dia senduk nasi kami, nasi sikit aje dia tambah lagi. Lauk tinggal sikit pun sama jugak.. pendek kata memang kekenyangan lah malam tu mana taknya asyik ditambah2 aje.

Pukul 11 baru kami balik... kalau selalu datang situ memang bertambah2 kg lah jawabnya.... hihihi.

Tepung beras dan choc utk AL.

Assalammualaikum...

Mesti ada yg tertanya-tanya apahal lah Amy buat tajuk macam tu kan.  Sebenarnya... dalam resepi Almond London yg Amy buat baru-baru ni ada menggunakan tepung beras. Masa nak beli tepung beras ni Amy ternampak tepung beras cap 3 gajah terus teringat kat nenek en hubby Amy.

Nenek en hubby Amy kalau nak buat kuih yg guna tepung beras ni, seboleh2nya dia suruh cari yg cap 3 gajah tu. Katanya kalau nak buat kuih bagus guna tepung tu dia tak ade campur ngan bahan lain, kuih akan jadi cantik dan sedap. Betul ke tak Amy tak tau... tapi kuih yg nenek en hubby Amy buat memang sedap dan cantik.


Nenek Maimon dan pakcik Haja.



Yang ni kandungannya tepung beras dan air. Ada jugak Amy nampak kalau brand lain dia tulis kat situ campuran tepung beras dan tepung lain.


Nenek tu nak yg macam ni... cap 3 gajah ni. Ramuannya dia tulis beras aje. Amy yang tak buat kuih2 dulu2 ni bantai aje tepung beras tu tak tengok cap pun.



Ingat petang ni nak letak coklat si Almond London tu, buat sikit dulu kot raya kan lambat lagi. Tapi tengah kompius ni... nak pakai dark choc ke nak pakai milk choc. Dua2 Amy suka. 

Pada pendapat korang kan.... org lagi suka yang maner yer?

Kek Yogurt Oren..

Assalammualaikum...

Minggu lepas MIL minta Amy tolong buatkan kek oren utk di bawa ke rumah sedaranya. Kalau dah buat tu mestilah kena buat lebih.. 


Mula2 Amy buat bancuhan kek oren ni utk 2 biji kek. Sampai sakit2 tangan memerah oren tu.


Antara bahan2nya... 


Putih telor yang telah dipukul... kat belakang tu mixer yg laju yg amy cerita sblm ni. Masih belum beli yg baru.. 


Butter yang telah dipukul bersama gula dan baru letak kuning telor. Bukan mangkuk tu aje yg comot... orgnya pun comot kena percikan butter tu. Mixer tulah punya pasal.


Tepung, jus oren dan yogurt . Amy malas nak guna whisk tu... amaran... jgn buat macam ni.


Dapatlah 2 loyang... satu 8' satu lagi 9'.



Oven Amy kecik aje... kenalah masak satu2. Ntah apa yang silap kek yg pertama tu jd macam ni... tak handsome langsung. Dalamnya pulak mcm tak berapa masak walaupun dah di cucuk ngan tester tu tak melekat. Nilah akibatnya klu malas... yogurt tu tak rata tapi rasanya tetap sedap.


Ingatkan yg besar tu nak bg org.. yg kecik tu utk mkn, jd Amy lebihkan pd yg besar tu. Yg kecik tu tinggal 700g aje. Tak pasal2 kena bacuh satu lagi. Nasib baik jadi... 

Amy guna whipping cream aje sbb tak tau nak guna topping apa. Tak kan nak antar mcm tu aje, kalau kenduri kat kg bolehlah.... Pada sesapa nak mencuba kat sini Amy letakkan sekali resepinya.

Kek Oren..

Bahan-bahannya

125g butter,
190g gula kastor,
60 ml jus oren (Amy letak lebih sikit),
1 sudu kecil parutan kulit oren ( lebih sikit tak pe tp jgn byk sgt)
Yogurt (amy guna plain yogurt cup yg kecik tu satu),
3 biji telor (putih n kuning asingkan),
220g tepung naik sendiri ( Amy guna tepung gandum tambah 1 1/2 sk Baking powder n 3/4 sk soda).

Caranya:-

1. Pukul butter, parutan kulit oren dan gula sehingga gebu.
2. Masukkan kuning telor dan sebatikan. (guna whisk aje)
3. Dlm bekas lain pukul putih telor sehingga kembang.
4. Masukkan jus oren dan yogurt..
5. Masukkan tepung n putih telor. Ratakan. 

Dah siap... Selamat mencuba.