Assalammualaikum...
Jarang sangat rasanya Amy membuat n3 pada hari Sabtu, maklumlah hari ni dan esok memang sentiasa sibuk berbanding hari2 biasa. Hari ni sebab bangun sahur punya pasal dan anak2 tak ke sekolah jadi adelah masa sikit pagi ni utk up date...
Skang kat KLCC ada Pameran perabot dan hiasan rumah yg bermula semalam rasanya dan berakhir esok. Amy ingat nak pergi tak pi tak tau lagi bila. Hari ni plan nak minta en hubby drill balik cotton rail tu balik sbb masa buat ceiling tu dah kena cabut dan pi cari barang jahitan sikit.
Jarang sangat rasanya Amy membuat n3 pada hari Sabtu, maklumlah hari ni dan esok memang sentiasa sibuk berbanding hari2 biasa. Hari ni sebab bangun sahur punya pasal dan anak2 tak ke sekolah jadi adelah masa sikit pagi ni utk up date...
Skang kat KLCC ada Pameran perabot dan hiasan rumah yg bermula semalam rasanya dan berakhir esok. Amy ingat nak pergi tak pi tak tau lagi bila. Hari ni plan nak minta en hubby drill balik cotton rail tu balik sbb masa buat ceiling tu dah kena cabut dan pi cari barang jahitan sikit.
Bila dah buka miss lappy ni mesti nak gi menjenggah blog2 masakan. Suka gi situ.. gambar makanan diorg cantik2, bila dah cantik mestilah nampak sedap kan. Lepas tu apa lagi mesti berkobar2 nak try resepi diorg. Setakat ni resepi yg diorg bagi memang sedap.
Banyak pulak Amy membebel pepagi ni.. hihihi. Semalam pada mulanya rasa mcm malas nak masak .... ingat nak masak nasi ayam berempah aje, senang. Bila buka kabinet dapur nampak pulak sebungkus besar roti masih belum berusik. Exp date dia smlm.. sayang pulak jadi amy buatkan puding roti kayu manis yg memang "febret" anak2.
Baki roti buat puding tu byk jugak... Amy ada save satu resepi puding roti yg nampak sedap dari blog Kak Nor, so ape lagi nilah masa nak cuba. Amy buat dlm dua bekas tapi bekas kecik tu payah nak kuarkan dia... tu yg tak hensem tu.
PUDING ROTI KARAMEL
Amy ambik kat : Kak Nor
Bahan-bahan
3 sudu besar gula untuk dijadikan gula hangus
4 keping roti gardenia
3 biji telur A @ 4 biji gred B - di pukul manja dan di tapis
2 cawan air suam @ (1cwn susu cair+1cwn air suam)
1/2 cawan susu pekat - resepi asal 1 cawan
esen vanilla (1sk)
Cara-cara
Cara membuat gula hangus , masukkan gula ke dalam kuali, masak hingga gula jd perang (guna api kecil takut hangit).
Kemudian masukkan 1 sudu besar air, (berhati2 gula panas). kacau hingga sebati dan matikan api.
Tuang terus dalam loyang. Ketepikan.
Panaskan pengukus.Carik2kan roti kemudian blender bersama air suam dan susu.
Selepas itu masukkan telur yang sudah ditapis itu dan masukkan esen vanilla.
Blend sekejap agar sebati.
Tuang adunan tadi kedalam loyang gula hangus dan kukus sehingga masak.(40min-1jam) - Amy kukus tak sampai 20 minit dah masak.
Sedap puding ni ... tak rugi mencuba. Rupanya mcm karemel telor tu kan tapi... Amy tak mkn karemel telor tu. Terima kasih pada kak Nor kerana share resepi ni.
Puding Roti Kayu Manis
Resepi ni Amy dapat masa gi Home Dec tahun 2010 kat KLCC. Masa tu nak cari oven, masuk aje kat ade bau sedap.. wangi pun ade jugak (bau makanan tau bukan minyak wangi). Bila sampai kat tempat jual oven khind tu nampak ramai org berkerumun. Penjual tu siap buat puding roti ni, masa sampai tak masak lagi tp Amy tak kira nak tunggu jugak. Bila di tanya resepi dia just bgtau bahannya aje, sukatan tak berapa jelas.
Balik rumah apa lagi buat "eksperimen" lah... setelah byk kali cuba barulah dapat sukatan yg agak sesuai.
Puding Roti Kayu Manis.
Bahan2nya:
5 biji telor gred A.
125g butter- dicairkan.
7 1/2 sudu besar brown sugar
3/4 kotak kecil thickened cream (Amy guna paul's)
Serbuk kayu manis ( ikut suka.. Amy letak 1 sk)
Lebih kurang 3/4 bungkus besar potong kecik2.
Caranya:
Campurkan telor, gula, butter, thickened cream, serbuk kayu manis dan kacau sehingga sebati.
Masukkan roti dan gaul. Kalau mcm kering aje tambahlah lagi thickened cream tu, Klu nak mcm basah2 sikit kurangkan roti tu...
Bakarlah macam bakar kek biasa... sehingga masak.
Senangkan.. puding ni tak manis sangat jd sapa yg suka manis sila tambah lagi gula.
Hari ni buat lagi Nasi ayam berempah...
Ayamnya Amy letak sikit aje rempah kari, klu byk nanti budak2 tu tak nak. So... sila abaikan ayam yg tak hensem tu hihihi.
Goreng samosa 2 keping aje takut tak habis.
Selamat mencuba... selamat berpuasa.
Selamat mencuba... selamat berpuasa.
sedapnya puding roti.....
ReplyDeleteBanyak betul resepi hari ini Amy...
ReplyDeletealahaiii semuanya nampak sedap2 belaka
ReplyDeletemamavogue xtau buat nasi tu..
ReplyDeleteselalu x bape jadi. x bape rase sangat..huhu
redha!
sedap sungguh nampaknya..
ReplyDeletesedapnya tgk kak amy hihi
ReplyDeletetgk puding roti amy teringin lak akk nak buat..lama dah x buat ni..
ReplyDeletesedapppp..
ReplyDeletepuding roti kayu manis?? biasa mkn pdg roti biasa j
Sedapnya puding roti karamel.Klik nuff di sini.
ReplyDelete