Cerita hari Jumaat yg lepas...

Assalammualaikum...

Hari Jumaat minggu lepas, selepas menjemput anak2 dr sekolah singgah kejap kat rumah kak Ros ( rumah nabil, classmate irfan), gara2 Ameer Nasiim yg dah tak tahan nak gi toilet. Nak balik rumah takut tak sempat pulak.

Kalau dah singgah umah dia memang jawabnya lamalah kat situ. Hari Selasa sebelum tu, Afrina...budak yg kak Ros jaga tu, maknya nak buatkan besdaynya kat sekolah dia. Maknya tempah kek kat Amy. Memandangkan kaki amy masih sakit lagi... dapat kek yg ringkas aje.  


Kek coklat Moist.. Toppingnya coklat ganache yg cair tu. Ni ajelah yg boleh buatkan. Deco pun ala kadar aje sbb topping yg cair tu tak leh nak letak mcm2 tak mcm ganache yg biasa tu.

Baru keluar... belum betul2 jadi lagi.

Rupanya tak jadi buat besday kat sekolah sbb Afrina demam dan maknya pulak cuti tp kena gi keja jugak... so diorg nak buat kat rumah kak Ros aje. Amy pun dijemput sekali. 

Balik dari rumah Kak Ros kelang kabut buat 2 jenis kek lagi. Amy buat cheese cake dan  chilled cheese cake. Teringat pulak pada kulit tart yg dah buat seblm puasa tp tak sempat nak buat utk raya tu. Apalagi tambah lagi satulah... cheece tart. 

Dahlah kek besday tu dia tempah kat Amy nanti anak2 amy pulak yg mkn byk.. tak bestlah kan.



Chilled cheese cake...

Bawah sekali biskut oreo, cheese, choc moose dan choc ganache. Gambar cheese cake yg biasa amy buat tu dan cheese tart tak dapat nak ambik gambar... dah ramai2 pok pek pok pek tau ajelah hihihi. Yang bestnya... semua kek tu habis. 




Besday girl yg pakai baju hitam tu, mak dan adiknya. Ada Ameer Irfan dan Ameer Faris menyibuk kat situ. 

Happy birthday Afrina.. 

Comments

  1. Oh.. Amy selalu dapat tempahan ye. Boleh business bila dah pencen atau agak-agak dah malas nak kerja kelak..

    ReplyDelete
  2. Sedapnyer nmpqk kek tu...terus rasa mengidam nk mkn kek...

    ReplyDelete
  3. Ya Allah.. kek tu betoi2 menggoda!

    ReplyDelete

Post a Comment

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts :)