Cuti tiga hari


Assalammualaikum...

Hari ni internet tenat lagi, Amy masih belum pergi beli top up Yes lagi. En hubby smlm agak lewat sampai rumah dan bila dia sampai aje kami terus gi klinik. Nasib baik ade draf yg dah ada gambar.

Amy tak taulah kalau weekends aje jalan mesti 'jem' dari pagi sampai ke malam, pukul 11 lebih pun 'jem' lagi ... bosan betul.   Kalau sebelum ni hari bekerja aje yg byk kete tp skang dah terbalik.



Hari Sabtu pagi... dekat station LRT Hang Tuah, kalau jalan kaki pun lagi cepat.


Kami nak ke Ikea hari tu, dah lama tak gi sana. 


Mesti semua dah tahu kan... malas nak tulis ambik gambar aje. 


Ada satu kali tu Amy lupa nak catat konon 'terrer' boleh ingat bila nak gi ambik dah lupa terpaksa pulak gi kat tempat yg kita org tengok tu.


Amy suka design dapur camni. Kalau pergi mesti nak ambik gambar ... boleh sambung berangan kat rumah hihihi.




Cantik walaupun kat tempat sempit... 


Dah penat jalan perut pun dah lapar, singgah makan kejap. Walaupun dah pukul 3 orang masih ramai. Q pun punyalah panjang, meja pun susah nak dapat. En hubby dah siap beli makanan pun kami masih lagi tak dapat meja. Amy paling tak suka betul klu kena mengendeng kat meja yg orgnya dah nak habis mkn. Tau tak MENGENDENG tu apa?


Bagi Amy western food hat Ikea ni lebih murah berbanding kat tempat lain, kiranya kalau setahun 2-3 kali tu bolehlah. Ameer Irfan kalau gi sana mesti nak ayam... dia boleh habiskan sorang pastu boleh mkn spaghetti lagi. Amy ngan en hubby ambik salmon aje. Ameer Faris n Ameer Nasiim share meatball. 


Skang botol n dah murah ... 4 biji dalam RM4.++ aje.


Ambik benda ni jugak sebab dinding kat umah Amy nampak kosong. Satu RM13.++ tahun lepas RM16.++.



Hari Ahad kami pergi Jln Masjid India nak cari tudung tapi tak de yang berkenan. Singgah  Restoran Insaf kat Jln TAR, en hubby teringin nak makan nasi beryani. 


Dulu2 kalau gi sana park kete kat Semua House, skang dah tak leh parking kat situ... mahal. Selalunya park kere kat Cap Square, kena jln kaki sikitlah tapi byk kosong dan murah. 


OTW nak balik singgah pulak kat KLCC, sekejap aje tak lama pun. Budak2 ni klu masuk kedai Machines tu mesti nak mengadap ipad kadang2 sampai bergaduh berebut ipad tu.


Dah penat jalan... duduk kejap.



Lepas tu tak terus balik rumah lagi... gi ambik karpet pulak. Skang harga cuci karpet dah mahal. Dulu kalau yg 10 kaki tu baru RM5+.++  hari tu kena RM8+.++ yang kecik sikit RM5+.++.



Hari Isnin selepas gi rumah MIL ajak en hubby singgah kat nursery bunga kat Jln Kuari. Bunga yang beli kat Sg buluh dah mati tinggal bunga ros aje. Beli bunga 3 RM10 tu, tanah, pasu dan kaki pasu.

Bangku putih tu beli kat Ikea hari sabtu, satu RM12.90 meja tu dah lama ada. Tak taulah sampai bila pokok2 tu dpt bertahan selalunya 3 bln dah mati. 

Sekian... dah pukul 2 lebih baru siap n3 ni, bila preview aje background tak ade... emmm lantaklah asalkan n3 ni keluar.










Comments

  1. Amboi...berjalan sakan >_<. Dah lama tak gi ikea dan dah lama tak makan kat restoran insaf tu. Nasi beriyani dia memang sedap.

    ReplyDelete
  2. xsuke betoi saya kalu jammed... selalu kalu g sana, mesti jammed.. pening kpala duk dlm kete lama2.. hihi.. nasib dkt sg petani ni xda nak jammed cam kat sana :-)

    ReplyDelete
  3. betul2 kuar umah ni..
    dari 1 tempat ke 1 tempat..
    Ari Isnin cuti lepas gi Ikea ramai sgt org jln2 kejap je pastu balik..

    ReplyDelete
  4. seronok baca n3 ni padat.
    setiap hari ada je xtvt amy ek..

    ReplyDelete
  5. Mengendeng tu bahasa apa sebenarnya...mcm selalu dgr je prkataan tu...hehe...

    ReplyDelete
  6. akak pun kalau ke ikea mesti byk amik gmbar hihi.suka tengok gaya deko ikea tu.hari tu pegi just beli kerusi rotan je.tggu la cuti sekolah balik kg nnt leh la sggh kesana lg.

    ReplyDelete
  7. hurm..jalan2 cari makan & cuci mata erk..

    ReplyDelete
  8. klu g ikea mesti mkn meatball..sedap hehe

    ReplyDelete

Post a Comment

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts :)