Assalammualaikum
Menu petang sabtu kami....
Durian Crepe...
Berjalan2 dari satu blog ke satu blog, ramai yang dah cuba buat crepe durian ni malah ramai juga yang menjualnya. Terpulang aje kepada tahap kerajinan yang nak membuatnya. Sabtu lepas selepas hantar anak2 gi kumon, Amy dan en hubby gi membeli durian kat Pandan Jaya... dah lama tak makan durian.
Petang tu apalagi tak melepaskan peluang nak mencuba salah satu resepi durian crepe ni yang Amy salin dari blog kak Azlita. Amy suka sangat tengok blag kak Azlita tu... gambar2 makanan kat situ semuanya cantik2 lepas tu rasa terliur aje. Kepada Kak Azlita, terima kasih banyak2 kerana sudi kongsi resepi yang sedap2.
Nasib baiklah Amy tak double kan adunan ni... satu adunan Amy dapat 16 ketul dan..... dan.. Anak2 Amy tak makan pun huhuhu... kaler hijau punya pasal. Dah lah Amy dan en hubby yang kena habiskan. Nasib baik en hubby tu suka. Bertambah2 Kg lagilah jawabnya.
DURIAN CREPE / DURIAN PANCAKE
By : Fatmah Bahlawan
Rujukan : Hesti
250 gm tepung gandum
3 biji telur
500 ml santan
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh pandan emulco
1 sudu teh pewarna hijau
Satukan semua bahan di atas di dalam bekas
Kacau rata
Masukkan dalam blender dan kisar
Kemudian tapis
Sediakan kuali leper untuk membuat crepe yang tidak melekat
Panaskan hingga kuali benar-benar panas
Oleskan sedikit minyak pada kuali
Kemudian kecilkan api
Tuangkan satu senduk kecil ke dalam kuali dan masaklah adunan tadi hingga menjadi crepe
Adunan tak perlu di balikkan
Bila permukaan atasnya dah kering terus angkat
Buat sehingga habis
Biarkan sejuk.
Durian Filling
By: Nia Kurniasih
Rujukan : Hesti
1 cawan Non dairy Whipping Cream
Isi durian secukupnya
Pukul Whipping Cream dalam mixer hingga kental
Pisahkan isi durian dari bijinya. Lumatkan sedikit
Amy Kongsikan kat sini gambar dari blog kak Azlita... cantikkan gambarnya.
Bentangkan 1 keping crepe
Letakkan Whipping Cream di tengahnya
Letakkan isi durian
Tutupkan semula dengan Whipping Cream
Lipatlah crepe
Kemudian simpan dalam peti ais sebentar
Enak di hidangkan dingin
Selamat Mencuba...